♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Single vs Couple





hurmmmhhhhh! tarik nafas jap!
puhhhhh!
clears my mind! ^__^

Single vs Couple
dua perkataan yang berbeza
Maksud yang berbeza...
tanggapan yang berbeza daripada orang yang berbeza..

Ada yang lebih suka single...
sebab tidak terikat apa2 dengan pasangan
boleh buat apa sahaja tanpa menyakitkan hati siapa2
tidak perlu menipu semata2 nak jaga hatinya
tidak membazirkan kredit untuk menghubunginya,.. HAHA!
bebas berkawan dengan sesiapa sahaja!
boleh melakukan apa sahaja tanpa minta kebenaran dia.
dan apa-apa sahaja perkara yang tidak melibatkan dia...


Ada yang lebih suka couple...
sebab boleh meluahkan perasaan
boleh mintak pertolongan dia
tidak rasa sunyi....

ermmm... However , S I N G L E  itu pilihan ku..
nak tahu kenapa?
mungkin aku takut untuk jatuh cinta dan dikecewakan~
yeah! I admit it!
its hurt! such as tapping with saws...
cukup sudah apa yang telah berlaku terhadapku...
biarkan... biarkan dia happy with his wife...
B U K A N  S E N A N G  U N T U K  J A T U H  C I N T A  B U A T   K A L I   K E D U A


AKU FOBIA AKAN CINTA


lagi sebab lain...
aku malas mencari masalah dengan my braderr!
huh! kemana saja aku pergi dan buat pasti ada yang jadi reporter!
uh! aku ni ala2 artis yang dihendap paparazzi gitu lah!
aku tak tahu apa yg my braderr pkir!
seriously! 
aku pernah hampir nak kene tampar...
sebabnya jumpa dengan member laki...
its nonsense la! 
thats why laaa aku malas nak jumpa lelaki-lelaki ni...
lain lah kalau kawan laki yang betul2 aku kenal dan rapat..
hurmm, apa masalahnya kalu jumpa pun kan! ?
janji time tu , jumpa ramai-ramai... okey lah kan ?
xde lah orang nak syak yang aku tengah bermadu kasih...
eeuuuw!

aku suka single 
sebab aku tidak perlu nak tipu dia..
*aku memang suka tipu orang!
HAHAHA!
lagipun, aku bebas berkawan dengan sesiapa yang aku suka...
tengok lah dalam Facebook! 
ramai kan ? hhuhu!
the best things when I am single...




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Cukup-Cukup MaKan oRang KaTa




hari ni hari apa eak? oohh... hari isnin..
Oppps! Selasa lah! hahaha!
cuti dua bulan~ biasa lah kan.. =P
20/12/2011
HARI SELASA
JAM 8.35 PAGI
diumumkan bahawasanya... menda merepek ni!!! HAHA!
p/s: actually, semalam lagi tahu! tapi aku saje nk kol arini..
okey! berbalik pada cite yang nak aku luahkan....
hurmmm.. aku just dapat pointer 2.56..
teruk kan? jauh beza dgn target aku!
aku target 3.00 atas...
sedih kot! serius! dah laa semua membe aku dapat 3.++
aku ? hampehh!
by the way, thank to ALLAH...
atleast, semua subjek lulus!
alhamdulillah..
jap! Mandarin aku cemana eakk? ahahaha! lulus ker? HAHAHA!

Hurmmm...
aku rasa aku tahu kenapa aku teruk macam ni...
Pertama sekali,
time exam hari tu, aku banyak mengumpat!
sebabnya...
aku banyak tak puas hati dan terasa hati dengan roomate aku..
tak mahu lah aku bagitahu siapa dan kenapa kan.~
benda dah lalu.
malas dah nak mengungkit!
tapi yang pastinya...
mesti dia dapat result dekan!

dan  yang kedua,
aku banyak menghabiskan masa dengan online!
yeahhh!
hahahhaa! fuhhh!
memang tak dinafikan yang ni..
mentang2 ada broadband n lappy~ memang nikmat lah kan!

Yang ketiga,
banyak tidur... okey, yang ni aku tidur pom bersebab taw!
time tu aku sakit giler pinggang! serius weayy!
kalau bole aku tido xnak bangun2!
sakit sangattttt!
datang bulan kan...

Okey! lepas ni....
aku dah tak mahu ulang kesilapan yang aku buat ni..
tapi yang datang bulan tuu.. xkan nak elakkan jugak dah nk datang kan?
HAHAHA!
yang pasti untuk next sem..
kurangkan bermuka buku!
setakat nak femes dalam muka buku tuu.. apalah sangat kan!
kalau femes dengan result yang gempak ok lah! huh!
bukan setakat bermuka buku je okay!
tagged
yahoo messenger
skype
kurangkan!
ehh2! lagi satu! 
twitter!
lepas ni dah xde dah 24 jam tuuuu!

lagi satu pasal puas hati tak puas hati tuuu...
aku just nak buat tak tahu je!
dah cukup! banyak sangat mengumpat!
habis keluar segala ilmu.....

okey cik saa! chaiyokk!
do all the best for the next sem!
gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya , kan?

walawehhhh! HAHAHA! steady! steady!










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Memoirs of a GEISHA


Photobucket  
Hai, korang tahu tak apa itu ' GEISHA '... urmm, kalau korang pernah tengok ceritanya dan baca novelnya mesti korang tahu apa maknanya tuu.. Setahu aku lah, cerita geisha ni pernah masuk panggung kat Malaysia tapi tak ingat r bila.. Lagipun, time tu aku mana kenal lagi panggung2 ni.. haha! alaaaa, maklum r kelate mne ade pangung... Ini MB besar punya undang2 uh! well~ 

Aku baca novel je...erm,Novel ni aku beli time pesta buku awal tahun ni kat Dewan Jubli Perak , KB...haha! nak tahu kenapa aku beli ? murah kot! RM4! normal price RM 32.90.. tak silap nya laa... fuhh! banyak uh beza! haha.. thats why la aku beli..Saje nak memperbanyakkan koleksi novel. hehehe... beli je bacenya tak! haha.. ni pun , aku baca sebab dah xde keje nk dibuat.. cuti dua bulan kotttt~ nak tahu tak ? perghhh! 2 minggu nak habis baca novel ni... tebal 3inci , ada 689halaman (tak termasuk nga kulit)...tulisan plak kecik! huh! mencabar ah baca.. HAHA! tapi alhamdulillah.. habis jugak aku bace.. ^__^





Meh aku cerita serba sedikit pasal cite ni...


Mengisahkan tentang seorang budak yang bermata biru-kelabu iaitu Chiyo-san. Dia tinggal di 'rumah senget' kat Kyoto. Tempat tu boleh dikatakan tempat tinggal para nelayan. Encik Tanaka meminta kebenaran dengan Sakamoto(bapa Chiyo) untuk menjaga Chiyo dan kakaknya, Satsu. Tapi niat sebenar Encik Tanaka mahu 'menjual' Chiyo dan Satsu dibandar Gion. Semasa sampai di Gion, Encik Bekku menghantar Chiyo ke okiya manakala Satsu dihantar ke tempat lain. Mereka dipaksa berpisah. 

Chiyo tinggal di okiya Nitta(nama ketua rumah) bersama dengan Hatsumomo(seorang geisha yang terkenal di Gion). Dalam tu juga, Chiyo meengenali Si Labu yang sebaya dengannya. Di okiya , Nenek merupakan ketua rumah. Emak menjaga kebajikan orang dalam okiya. Mak Cik pulak ketua orang orang gaji (rasanya). 

Sepanjang Chiyo tinggal diokiya itu ,dia didik supaya dapat menjadi seorang geisha perantis. Namun begitu, Chiyo tidak mahu menjadi geisha dan rindukan 'rumah senget' serta kakaknya. Chiyo juga tidak tahan dibuli oleh Hatsumomo. Dia berusaha untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya. Malah terpaksa menanggung hutang yang banyak. Oleh kerana dia banyak melakukan kesalahan dia tidak boleh menjadi geisha tetapi menjadi orang gaji. Sementara kakaknya terpaksa menjadi pelacur di daerah Miyagawa-cho,dekat selatan Gion.

Di Sungai Shirakawa, Chiyo menangis sebab tidak berjaya melarikan diri bersama Satsu. Semasa Chiyo menangis mengenangkan nasibnya lalulah Tuan Pengerusi bersama rakan-rakannya serta seorang geisha. Tuan Pengerusi berhenti apabila melihat Chiyo lalu menegurnya. Dia memberikan Chiyo sedikit wang dan juga sehelai sapu tangan yang berwarna kuning.

Chiyo mengenali Mameha ketika dia melawat ke okiya selepas kematian Nenek. Mameha merupakan seorang geisha yang terkenal dan kaya. Mameha menyukai Chiyo kerana matanya yang memukau. Selama mengenali Chiyo , Mameha selalu meminta Chiyo mengikutnya pergi kemana sahaja. Mameha banyak membantu Chiyo dari segi pakaian dan mengajarnya menjadi seorang geisha perantis. Oleh sebab Chiyo tinggal diokiya Nitta , Mameha berjumpa dengan Emak dan berunding dengannya. Pada mulanya, Emak tidak menyokong cadangan Mameha sebab Chiyo banyak berhutang dengan okiya itu. Tapi Mameha bertaruh dengan Emak dan Emak terpaksa bersetuju.

Dalam usaha untuk menjadi seorang geisha, Hatsumomo mejadi penghalang. Hatsumomo juga menghasut Si Labu(adik angkatnya) supaya dapat mengagalkan rancangan Chiyo dan Mameha. Dia selalu berusaha melemparkan fitnah dan menceritakan keburukan Chiyo kepada geisha-geisha lain serta orang yang berpengaruh termasuk Nobu-san.

Namun begitu, Chiyo berjaya menjadi seorang geisha perantis diusia yang masih muda. Chiyo juga menukar namanya kepada Sayuri Nitta.

Nobu-san , Dr Ketam , Baron saling membida harga untuk mendapatkan mizuage Sayuri. Bidaan paling tinggi dipegang oleh Dr ketam. Jadi dapatlah Dr ketam menikmati mizuage (dara seorang perempuan).

Untuk menyara kehidupan dan menampung perbelanjaan okiya , seorang geisha memerlukan seorang danna(lebih kurang macam sugar daddy). Mameha menyuruh Sayuri memilih Jeneral berbanding dengan Nobu untuk menjadi dannanya. Namun begitu, Jeneral tidak lagi menjadi danna Sayuri semasa berlaku peperangan di Jepun.

Selepas peperangan itu berlaku, Nobu-san berusaha untuk menjadi danna Sayuri. Tetapi Sayuri tidak mahu. At the same time,Tuan Menteri juga ingin menjadi danna Sayuri. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku , Sayuri terpaksa mengorbankan reputasinya dan sanggup melakukan hubungan sulit dengan Tuan Menteri semasa di Pulau Okinawa. Selepas kejadian itu , Tuan Pengerusi menjadi danna Sayuri.

Untuk mengelakkan daripada Sayuri bertemu dengan Nobu , Tuan Pengerusi mengajak Sayuri mengikutnya merantau. Selepas kematian Tuan Pengerusi , Sayuri membuat keputusan untuk tinggal dibandar New York, Amerika.


Fuhhhh! mak aih panjang nya! boleh dapat A+ kalau Bahasa Melayu SPM ni! HAHAHA! Okey, itu aku cerita serba ringkas je. Kalau nak faham lagi baca lah novelnya , ok ? Kalau nak tengok filemnya lagi bagus! sebab novel ni ambil masa nak faham taw!... Teringin nak tengok filem dia lah plak! ^__^

Ermmm, buat siapa yang nak tahu apa itu geisha.. Geisha ni adalah penghibur untuk kaum lelaki. Tapi kalau kat Malaysia ni orang tak panggil geisha dah tapi panggil pelacur! Pelacur yang ada kelas!




 ...Photos of a Geisha...


 
Semasa Tuan Pengerusi terserempak dengan Chiyo a.k.a Sayuri di Sungai Shirakawa.


 Tuan Pengerusi menatap mata Sayuri.


 Pertemuan Sayuri dengan Satsu kat lorong kediaman Satsu.


 Cara geisha melayan kaum lelaki. Iatu menuang sake dan menghiburkan mereka.



 Bilik Hatsumomo time mengamuk. Rasanya lahh....


 Nobu-san berbual dengan Sayuri.


 Nobu-san. Mungkin la.. Sebab dalam novel cakap muka Nobu berkedut!





 Yang ni time Sayuri jumpa dengan Tuan Pengerusi semasa perang berlaku.


Agaknya ni kot , Dr Ketam menikmati mizuage sayuri.



p/s : cerita ini asalnya kisah benar seorang geisha,Nitta Sayuri. Jakob(Arthur Golden) sendiri telah menebual Sayuri untuk menceritakan kisah hidupnya. Mungkin bagi geisha lain perbuatan ini memalukan diri dan juga orang terlibat. Mana tidaknya, orang yang terlibat itu semestinya orang atasan. Kisah ini dibukukan selepas kematian Sayuri kerana ini adalah kemahuannya bagi mengelakkan aib orang yang terlibat.
Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Salaam Namaste

Photobucket


SALAAM NAMASTE? hmmmm.... apa anda tahu dengan perkataan tu? bertanya khabar? anda sedang buat apa? or anything else? hahaha! actually, aku pun tak tahu! hahaha! Yang aku tahu , tajuk tu hanya sebuah cerita  made from INDIA...haha! whatever lah! yang penting sekarang, aku nak kongsi something about thats story... 
aku baru je habis tengok cerita ni... kat channel 133 (B4U)... kalau siapa ada astro and amek channel ni... mesti tahu lah kan?~

Okey,... aku bagi tahu dulu sinopsis pasal cerita ni dulu eak~


Nick (SAIF ALI KHAN) dan Ambar (PREITY ZINTA) bertemu disebuah stesen radio. Start dari situ, Nick try tackle Ambar dan berkeinginan nak tinggal bersama sebab Nick terlalu cintakan Ambar. Lagipun, mereka ni tinggal kat overseas(AUSTRALIA) dan berjauhan dengan family. Pada mulanya, Ambar tak berminat dengan hasrat Nick tu... dah Nick selalu pujuk so faham2 jelah.. hati wanita..... nak tahu apa sebab Nick punya hasrat gitu,..
  •   Ingin mengenali hati masing-masing.
  •   Nak tahu mereka ada persefahaman tak.
  •   Sejauh mana mereka cintakan satu sama lain.
Tapi mereka tak kahwin tau! kiranya mereka tinggal bersama tanpa ikatan... owh okey! mereka tinggal bersama dalam satu rumah tetapi bilik berasingan... tandas mereka perlu share sebab ada satu je.. mereka tinggal kat rumah tu kene bayar setahun deposit! so, mereka tak boleh la tinggalkan rumah tu suka-suka hatilah...


Selama satu bulan mereka tinggal berdua... hmmm... ada something yang berlaku... sehinggalah Ambar disahkan hamil.. Nick tahu pasal ni, dan dia nak Ambar gugurkan! sebab dia tak bersedia! tapi Ambar tak berbuat demikian... so, berlakulah konflik antara mereka ni!

Tapi,.. lastly, mereka bersama jugak dan dengan kehadiran anak kembar.. (biasalah cerita last2 pun bersama jugak kan! ? hahaha)




Okey, nak tahu kenapa aku tertarik nak cerita  pasal cerita hindustan ni... hmmm~ sebenarnya ada part yang aku nak cakap... lagipun, benda yang aku nak cakap ni.. memang ada kaitan dengan dunia zaman sekarang! (pada pendapat aku la)... 

Majoriti remaja dan dewasa... mereka lebih suka hidup tanpa ikatan sah (pernikahan) macam cuople gitulah!
sebab kalu mereka kahwin mesti banyak tanggungjwab yang mereka perlu pikul,. Pastu cara hidup mereka pun berubah jugak tambah2 kalu ada anak...hmmmm... 
So, bagi mereka (not all) hidup tanpa nikah lagi best! hidup enjoy! nak lepaskan nafsu pun boleh je... asalkan jantan dan betina open minded! si jantan always give and si betina always accept!
Then, bila dah boring dengan teman tu... Anytime! boleh tukar! macam tukar baju gitu.. bila dah selalu duk pakai ataupun koyak... buang je~ takpun bagi orang... hmmm~ itupun kalau orang tu nak...
Pastu, kalau pregnant... senang je GUGUR! 

Tapi, dalam cerita ni,... aku suka peranan Ambar.. tak ikut cakap Nick ... sanggup jaga kandungan tu! Nick?!
just take it easy je kan? What the hell ? huh!  


p/s : mereka xpe r kalau tinggal bersama pun... sebab agama mereka tak larang (iye ka? sorry r aku pun tak pasti )... kita orang islam dan tinggal kat Malaysia.. Jangan haraplah boleh buat macam tu! silap haribulan kene tangkap khalwat , naik turun mahkamah , kene bayar denda... lagi bagus kalau dapat KAHWIN FREE!




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Careless!

Photobucket



hehehehehehe~
aku ada something yang nak dicerita kat sini...
benda ni lah yang menjadi pengajaran dan kenangan buat aku..

tapi cerita ni dah lama berlaku!
dulu, memang ada niat nak cerita dan kat sini tapi
tak berkesempatan dan xde masa..
iye ka? hahah! whatever...

jeng! jeng! jeng!
al-kisah nya macam ni, dulu kan aku selalu gak r jadi driver adik aku, mak aku...
driver lah sangat! hahaha! lesen pun xde masa tu~
ermmmm... adala., lesen L je...
time tu dalam proses belajar kete...
so, lesen P pun x dapat lagi laa...

adalah satu hari tu lah kan~
adik aku ajak lah aku temankan dia beli barang sekolah
dekat Beris... apa nama kedai tuuuu?
haaaa... pustaka dinamis! rasanya! haha!
tak ingat lah...
ermm! kereta uh aku maen ambik cam tu je!
time tu ma aku kat dapur... ayah? hmmm... nga keje dia r..
xde kat rumah...
elok je , kunci kete sangkut kat paku (tempat biasa kunci2 disimpan)
apa lagi? boleh jalan lah! hahaha!

dah sampai sana an... PUSTAKA DINAMIS...
aku tgu je r dalam kete.. adik aku yang kuar beli barang...
lagipun, dia yang nak beli,.. aku just teman je lahh..,
bukan apa~ sebenarnya, malas nak turun.. tengah syok mesej nga pakwe nih!
huhee!

dah siap adik aku beli barang dia...
aku start r kete.. pastu pusing stereng sambil2 mesej ouhh!
pro lah konon! tiba-tiba....
DUMMMMM!
yakkk! bunyi apa uh?
semua pakat tengok! malu gak r time tuu.. huhu!
jatuh saham! hahaha! aku buat dont know je lah!
terus jalan! apa tengok2???

dah sampai rumah.... aku tengok lah bumper depan tuh!
takut ada apa2 kerr....
ALAMAKKKK!!!!
giler ouhhh!
tengok nih kete!




HAHAHAHAHAHA!
bengom lah aku!

pas tu aku bagi tahu lah mak aku pasal kete tuhh..
mak aku terkejut! start r dia bising!
haduii...
kebetulan plak ayah aku balik,..
pastu mak aku cakap kat ayah sal aku langgar cover longkang!
start ah ayah aku dengan cara dia plak!
dia tanya .. " doh bakpo buleh g tepuh semin loke tuh?''
jawab aku.. "tok nampok ayoh! ore ingat ko lepas doh"
"kalu tok napok gak.. bakpo xg turun tengok!?"
hahh! amik nak! hahaha! lawak gak ayah aku p0m!
hahahhaa!
nasih baik dia marah2 je... fuhh! =)


NAK TAHU TAK?
sebenarnya,aku rsa syukur gak.. sebab
pasal kete tuh aku akan ingat kat dia 
ADRI BIN ZAINAL ABIDIN.. seriously!
mana taknya, time tu tengah mesej nga dia.. hehehe..
sampai sekarang,asal tengok bumper kete tuhh.. dia jugak aku ingat..
tapi sayang seribu kali sayang....hmmmmmmmmmmm










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

KediAmAn UniKL AmpanG




Dalam kenangan





















Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

~ BeRkaT Doa SeOrang Ibu ~

Photobucket



wink! wink! wink!



Wah! serius aku tak sangka! tak percaya dengan markah ANATOMY yang aku dapat tadi.. 
seriously! rasa macam bermimpi...

Masih ingat lagi time aku jawab soalan tu..
perghhh! MENANGIS!
lagi-lagi paper 1..
nak diceritakan, time tu
aku jawab soalan tu dalam buku soalan.
bukan dalam kertas OMR tuu terus!
dah laa , ak jawab mcm tu.. sikit je!
susah kot!
tiba-tiba aku terpandang madam tengah kutip kertas OMR ..
terkejut! 
ak pun  tengok r kertas OMR aku..
KOSONG kot!
apa lagi, kalut ah! tulis nama..
pastu ,....
bulat! bulat! bulat! bulat! bulat!
tembak jeee! 
time tengah bulatkan jawapan tu...
aku menangis...
seriously!
time tu,macam2 aku fikir...
habislah aku! hancur dah result aku nanti!
nak nak nak sampai je tempat aku,
dah siap tembak!
bagi je madam~ redha... Y__Y
pastu , pastu aku jawab r kertas 2 tuuu... 
dengan keadaan yang kecewa...

but.....
ALHAMDULILLAH! Bersyukur padaMu Ya Allah!
terima kasih dengan markah yang aku dapat tu...
mungkin ini berkat daripada doa ibuku... terima kasih mak! 

nak tahu tak? aku tengok markah kawan-kawan aku tadi kan~
uishhhh!
giler! terukkkkkk~
aku tak tahu apa yang diorang jawab...
bukan nak bangga! tapi korang study ke tak?
ish3! tiada ungkapan lain yang dapat aku luahkan....

pape pun! do all the best lah!
buat yg terbaik untuk final ni...!
supaya markah final ni dapat back up markah korang yang sebelum ni!
Chaiyokkkk!



Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Begitu PanTasNya MaSa BerLaLu

Photobucket

''dah pukul kak yong? "
"pikul 11 d0h mek weh! bngun2 lah study nyah! esok Final dah~"

teringat dialog tadi.. perghh!
terdiam seketika n thinks about that.
Perghhhh! cepat giler masa berlalu~ serius!
aku rasa macam semalam je ak daftar masuk sini.
aku rasa macam semalam je balik raya puasa kt kg.
aku rasa macam semalam je aku balik kg settle kan borang "kahwin".
aku rasa macm semalam baru habis buat test 0SCE.
aku rasa macam semalam je sambut hari raya haji nga  EMY kat hostel berdua!
Semua ''aku rasa''!
weyhhhh! cepatnya masa...
tak perasan masa berlalu! seriously!
tup3! esok nk FINAL EXAM daaa...

maybe masa aku banyak habiskan dengan LEPAK, BERBUAL2, ONLINE,
TIDUR,MASAK,MAKAN,TENGOK MOVIE
entah apa lagi lah! semua benda buang masa je!
gile ahhh!
dah nk exam esok ni aku wt bodoh gitu je...

pastu, aku rasa macam banyak benda yg ak nak buat..
UPDATE BLOG! 
hohohoho! dah lme tak update!
mungkin xade mase...
xde mase?
tipu! masa2 byak habis dgn buat something yg entah apa2
uishhhh!
haha!
sebenarnya, line berukband lembap !
bosan menunggu... sebab tu malas nak update...
tak pe lah! lepas ni aku nak update semua benda yg aku nak update!
biarlah tarikh tuuu.. lame ke apa.. lantok ahhh!
HOHOHOHO!

k ah! chow! banyak benda rasa nak buat pulak!
hihihihi... benda apa tuu?
study? gud luck ah!
do all the best! ^_^














Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

duit! duit! duit! Damn it!

Photobucket


Hey! What the hell is going on???
fuhh! gilerrr~
tak mahu tido lagi??? terbaekkk!
esok ada kelas! fuhh!

Hahahahah! rileks luh!
Malam masih muda lah katakan... hoho!

By the way, i've something to sharing!
huuuuu...
thats all about money!
MONEY!
MONEY!
MONEY!
MONEY!
MONEY!
MONEY!
$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Damn! huhhh!
serius bajet aku lari lani!

tu lah... ma kasi duit awal bulan...
hang buat apa?? berjoli??? kan?
padan muka!
masuk minggu kedua ,mula lah risau !




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

bukan BERKIRA

Photobucket


Wǎn'ān!

hehehe!
mandarin tuwww.... ^_^
tahu tak apa makna?
tak ?? okey, ciksaa translate kan eaaa...
maknanya... SELAMAT MALAM.. heeee
tu je actually....hohoho

hey! hey! hey! 
amboiiii! kerja banyak... sempat lagi eaa nk berblog2 nie..
aihhhh!
memang xleh nak tahan lahh... rasa nak luahkan jugak!
selagi tak luah.. 
selagi tu rasa macam tak sedap je.. harap2
dpt hilangkan sikit feeling yang ada sekarang ni..
banyak pun tak pe.. lagi bagus dan lagi lah mudah nk study..
hohohoho! InsyAllah...

Sebenarnya,... alaaaa, tak tahu lah cemana nak luah ni..
ahhh! bantai je lah! at least aku dapat luahkan jugak malam ni!
pasni nak study ANATOMY lak!

Sebenarnya enn.... aku rasa macam urghhhh!!! rasa ap eh??
bukan apa weyhh.. aku jadi macam nak marah pun ada..
nak mengata depan2 dia pun ada!
tapi takut benda laen lak jadi...
tak mahu gaduh2! tak mo! tak mo! tak mo!

uihhhh~ aku benci lah! apa yang ada kat aku, 
semua ko nak en... 
apa yg aku makan , ko pun nak jugak...
nak rasa laa.. apa laaa...
kadang2 ko makan tu byk daripada aku...
amboiii...
(nak marah jugak tapi tak sampai hati)
haduiii... lembutnya hati ciksaaa...
pastu, barang aku kau pegang macam harta kau sendiri..
suka minta2!
haaaaa... tak sukaaaaa!
sebab kau kawan aku, roomate aku...
aku tak sampai hati nak marah,
tak sampai hati tak nak bagi.. entah lah!

AKU BUKAN NAK BERKIRA...!!!
tapi cara kau mempengaruhi aku untuk berbuat demikian...!!!
urghhhhh!
kalau aku nak cerita ni...
alamaknya... tak study rasanya,.. hoh!
benci! benci! benci!

Ya Alllah~ ikhlaskan lah hati aku...
tolonglah Ya Allah..
setiap kali dia minta apa2 dari aku..
aku mesti rasa mcam entahlah..
macam tak ikhlas bagi..
tidak seperti mula2 kami berkawan!
apa dia minta, aku bagi dengan seikhlas hati..
tapi sekarang,...
apa2 hak dia.. mesti akan ada kata2 something
yang buat aku serba salah nak pinjam or guna barang dia..
sejak itu... aku pun rasa macam berat nak bagi kat dia...
dan aku pun rasa malas nak minta or pinjam apa2 daripada dia...
kalau boleh aku nak miliki sendiri barang2 tuu,,,...
rela beli sendiri....
MAAFKAN SAYA KAWAN!
aku tidak mahu berperasaan macam ni.......









Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

rasa serba SALAH

Photobucket


Ya Allah, begitu besarnya dugaan-MU terhadap ku...
sesungguhnya aku rasa amat bersyukur dengan ujian mu ini kerana 
ujian ini mematangkan diriku.
Ya Allah... tiada kata lain yang dpt aku ungkapkan selain 
bersyukur kepada-MU..

Kau kurniakan kawan-kawan yang mengambil berat terhadapku
lebih-lebih lagi ketika aku dalam kesusahan..
Ayah dan Ibu yang prihatin,..
Kakak dan adik yang prihatin...





NAK DIJADIKAN CERITA

hari ini aku rasa tension yang amat!
serius! satu satu masalah yang datang~
adoyaii....c

first sekali,tension kene hafal cranial nerves and spinal nerves!
kena baca dan hafal cranial nerves sebanyak 12 pairs serta functionnya!
bukan senang nak ingat semua tu!
huh!
spinal nerves pulak sebanyak 31 pairs babe!
banyak tuuuuu~

yang ni yang aku tension sangat nih!
macam mana aku boleh pegang broadband yang atas nama orang lain
entah siapa aku tak kenal!
yang operator maxis tu tak habis2 duk call aku mintak confirm
payment tuu.. sebab aku cakap aku dah bayar bill tuu..
pastu dia mintak nombor telefon broadband yang aku bayar tu, aku bagi jelah!
"maaf cik syarmimi, nombor itu bukan milik cik syarmimi"
dushhhh!
terkejut aku dengar ayat tuu.. !
apa masalah pulak ni...
habistu? mana broadband atas nama aku tu???
woiii! aku dah bayar RM100 !
so cemana pulak ni?? xkan lah BURN gitu duit aku..
dah la bajet lari... Adoiiii!
nak tuding jari kat sapa aku tak tahu..
xkan lah ada orang nk tukar broadband nga aku...
tak mungkin lah!

Lagi satu hal, operator tu suruh aku pergi
maxis centre.. hadoii! broadband pulak aku tak bawa!
tapi kan ~ nasib baik ADIB ada...
pinjam motor dia.... sebab nak pergi ambil broadband kat hostel...
*time tu duk kat kelas..


Bab ni aku terasa gilerrrr....
aku mintak abang driver bas tu hantarkan kat main kampus...
aku cakap kat dia nak pergi Greentown nk pergi Maxis centre.
lepas cakap tu, aku pergi lah kat tempat duduk aku..
Entah macam dan tak tahu sapa yang salah..
tetiba plak abang driver bas tu ckap nk pergi "klinik kesihatan"...
pada mulanya aku tak perasaan dia cakap sal klinik tuu,sebab
aku menyampuk cakap dia..
kat Greentown tu lah!
pastu dia iya2 lah kannnn...
kebetulan RAIHANA  kat sebelah aku tuu tanya
" nak pergi klinik ke? buat apa?"
pelik jugak dengar ayat dia tuu... bila masa lak aku cakap nak pergi klinik?
duk sekejap, abang driver bas tu tanya.." nak berhenti kat mana?"
saya nak pergi Greentown lah abang!
tiba-tiba dia cakap " tadi awak cakap nak pergi klinik kesihatan!"
aku balas lah "saya nak pergi Greentown lah abang"
pastu start lah dia membebel!
aku diam je..... huh!
ok fine! lepas ni saya nak kemana2 dah tak mahu dah minta tolong abang!
okey! saya faham! abang dibayar hanya mengambil dan menghantar
kitaorang dari hostel ke kampus!
tu je kan!? okeylah abang driver bas..
MAAFKAN SAYA SEBAB MENYUSAHKAN ABANG TADI

tinggallah aku,IRAH dan BISMI kat UO (Greentown Mall)
dah sampai sana , cari lah maxis centre!
perghh! hampeh! bukan kat situ!
maxis centre kat Greentown Bussiness Park!
Hadoiiii! buat penat je....
tension!
takkan lah nak berjalan ke sana ... dah la pukul 4.45 time tu..
sampai2 dah tutup , baik ak payah kan! ?
so, satu mall kitaorang tawan tadi! hohohoho!

Malam pulak......
mak aihhh, terharunya aku... serius!
kawan-kawan aku prihatin giler kat aku!
terharu kottt!
time tu, aku baru lepas nangis!
adik aku lah ni punya pasal!
boleh pulak dia g cite kat ma aku prihal aku kat sini!
kuang asam punye adik! ingat nk share cite tuu,..
boleh lah release tension sikit2...
aku tanya dia apa reaksi mak aku
dia cakap mak aku gelak2
tipu lah tuuuu!!!!


FOR MY MOM,

Ma,ore nak minta maaf....
duit belanja yang ma bui tuuuu.. abes!
mesti ma marah kea .. iyer lahh, baru mgu lepas ma masukkan..
dah la banyak! RM400 !!!!!! giler ah!
boros betul!
sebenarnya kea maa... duit tu ore beli keperluan ore jugak ma..
ore beli beg... beg tuk ke kelas..
pastu ore beli kasut,baju dan seluar..
duit yang habis tuu dalam RM300...
banyakkan ma? dalam satu hari tuu..
mesti ma marah kalu ma tahu ni..
anak ma meme tak tahu menghargai!
boros! tak reti berjimat!  tak reti berdikari!
hanya tahu berjoli! kan ma???
Maaa.... ore nak minta maaf ma...
tak dgr kata2 ma...
" make tu jgan lah cermat sangat.... pah jgn lah beli bendo hok tok pekdoh!
pandai2 lah cermat saa deh?"
fuhhh... masih terngiang2 lagi pesanan ma tuu...
MAAAAA....
maafkan ore ma.. ore meme xdop duit lani
topup pun tak mampu beli.. nk kol ma pom xleh..
MAAFKAN MC'SAA MA~






Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com
diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd