♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Karangan Perihal diri dan Kerjaya

Perghhhhh! 
lastly, siap jugak esei ni. Mana taknya! 
asyik bertangguh-tangguh! nak daftar tak lama lagi daaaa.. 

Ni haaa! esei untuk UniKL! 

Saya NorSyarmimi Bt Sallehudin juga merupakan anak ke-7 bagi pasangan Sallehudin Bin Hamid dan Siti Haliah Bt Deraman.Saya dilahirkan pada 29 Mac 1993 bertempat di Kampung Kubang Golok,Bachok,Kelantan iaitu dirumah tempat saya dibesarkan.Saya mempunyai 3 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik.Kesemua kakak saya dan 2 orang abang saya telah berkahwin. 

Didikan dan pelajaran amat penting dalam kehidupan seperti mencorakkan kain putih menjadi secantik sutera.Dengan pegangan itulah saya pertama kalinya dihantar ke sekolah tadika KEMAS ketika berusia 4 tahun.Seterusnya bapa menghantar saya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Golok bagi melanjutkan pengajian sekolah rendah.Sewaktu Ujian Penilaian Sekolah Rendah saya memperolehi 3A, 2B dan terus melangkah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok.Sekali lagi saya berhadapan dengan peperiksaan besar bagi sekolah menengah rendah iaitu PMR dan kali ini saya berjaya mendapat 6A,2B. Saya bersyukur dengan pencapaian itu kerana melepasi target saya.Untuk menambahkan lagi pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar sekolah , saya menyambung lagi pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) bagi tingkatan 4 dan 5.Bertemankan semangat dan perjuangan serta sokongan daripada tenaga pengajar saya berjaya memperolehi keputusan SPM yang baik.

Aktiviti yang lasak menjadi minat saya seperti permainan hoki dan olahraga.Permainan badminton juga menjadi peneman saya dikala lapang selain membaca novel dan melayari internet bagi meningkatkan pengetahuan saya.Saya mempunyai perancangan dalam membina tahap pendidikan yang lebih tinggi.Menjadi seorang yang kreatif serta inovatif  dalam mengimbangi diri dari segi jasmani dan rohani serta berintelektual untuk membina personaliti yang lebih hebat dan berketerampilan.

Dalam aspek kerjaya pula saya melihat kepada ruang yang lebih luas dan ingin mengecapi kerjaya yang profesional dalam sektor awam mahupun swasta.Saya ingin menjadi seorang insan yang berguna dan seorang anak yang cemerlang dalam membina kerjaya sebagai seorang ahli fisioterapi.Kejayaan yang datang itu adalah hasil usaha keras saya itu dan  berkemampuan untuk mengecapinya.








Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd