♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Memoirs of a GEISHA


Photobucket  
Hai, korang tahu tak apa itu ' GEISHA '... urmm, kalau korang pernah tengok ceritanya dan baca novelnya mesti korang tahu apa maknanya tuu.. Setahu aku lah, cerita geisha ni pernah masuk panggung kat Malaysia tapi tak ingat r bila.. Lagipun, time tu aku mana kenal lagi panggung2 ni.. haha! alaaaa, maklum r kelate mne ade pangung... Ini MB besar punya undang2 uh! well~ 

Aku baca novel je...erm,Novel ni aku beli time pesta buku awal tahun ni kat Dewan Jubli Perak , KB...haha! nak tahu kenapa aku beli ? murah kot! RM4! normal price RM 32.90.. tak silap nya laa... fuhh! banyak uh beza! haha.. thats why la aku beli..Saje nak memperbanyakkan koleksi novel. hehehe... beli je bacenya tak! haha.. ni pun , aku baca sebab dah xde keje nk dibuat.. cuti dua bulan kotttt~ nak tahu tak ? perghhh! 2 minggu nak habis baca novel ni... tebal 3inci , ada 689halaman (tak termasuk nga kulit)...tulisan plak kecik! huh! mencabar ah baca.. HAHA! tapi alhamdulillah.. habis jugak aku bace.. ^__^





Meh aku cerita serba sedikit pasal cite ni...


Mengisahkan tentang seorang budak yang bermata biru-kelabu iaitu Chiyo-san. Dia tinggal di 'rumah senget' kat Kyoto. Tempat tu boleh dikatakan tempat tinggal para nelayan. Encik Tanaka meminta kebenaran dengan Sakamoto(bapa Chiyo) untuk menjaga Chiyo dan kakaknya, Satsu. Tapi niat sebenar Encik Tanaka mahu 'menjual' Chiyo dan Satsu dibandar Gion. Semasa sampai di Gion, Encik Bekku menghantar Chiyo ke okiya manakala Satsu dihantar ke tempat lain. Mereka dipaksa berpisah. 

Chiyo tinggal di okiya Nitta(nama ketua rumah) bersama dengan Hatsumomo(seorang geisha yang terkenal di Gion). Dalam tu juga, Chiyo meengenali Si Labu yang sebaya dengannya. Di okiya , Nenek merupakan ketua rumah. Emak menjaga kebajikan orang dalam okiya. Mak Cik pulak ketua orang orang gaji (rasanya). 

Sepanjang Chiyo tinggal diokiya itu ,dia didik supaya dapat menjadi seorang geisha perantis. Namun begitu, Chiyo tidak mahu menjadi geisha dan rindukan 'rumah senget' serta kakaknya. Chiyo juga tidak tahan dibuli oleh Hatsumomo. Dia berusaha untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya. Malah terpaksa menanggung hutang yang banyak. Oleh kerana dia banyak melakukan kesalahan dia tidak boleh menjadi geisha tetapi menjadi orang gaji. Sementara kakaknya terpaksa menjadi pelacur di daerah Miyagawa-cho,dekat selatan Gion.

Di Sungai Shirakawa, Chiyo menangis sebab tidak berjaya melarikan diri bersama Satsu. Semasa Chiyo menangis mengenangkan nasibnya lalulah Tuan Pengerusi bersama rakan-rakannya serta seorang geisha. Tuan Pengerusi berhenti apabila melihat Chiyo lalu menegurnya. Dia memberikan Chiyo sedikit wang dan juga sehelai sapu tangan yang berwarna kuning.

Chiyo mengenali Mameha ketika dia melawat ke okiya selepas kematian Nenek. Mameha merupakan seorang geisha yang terkenal dan kaya. Mameha menyukai Chiyo kerana matanya yang memukau. Selama mengenali Chiyo , Mameha selalu meminta Chiyo mengikutnya pergi kemana sahaja. Mameha banyak membantu Chiyo dari segi pakaian dan mengajarnya menjadi seorang geisha perantis. Oleh sebab Chiyo tinggal diokiya Nitta , Mameha berjumpa dengan Emak dan berunding dengannya. Pada mulanya, Emak tidak menyokong cadangan Mameha sebab Chiyo banyak berhutang dengan okiya itu. Tapi Mameha bertaruh dengan Emak dan Emak terpaksa bersetuju.

Dalam usaha untuk menjadi seorang geisha, Hatsumomo mejadi penghalang. Hatsumomo juga menghasut Si Labu(adik angkatnya) supaya dapat mengagalkan rancangan Chiyo dan Mameha. Dia selalu berusaha melemparkan fitnah dan menceritakan keburukan Chiyo kepada geisha-geisha lain serta orang yang berpengaruh termasuk Nobu-san.

Namun begitu, Chiyo berjaya menjadi seorang geisha perantis diusia yang masih muda. Chiyo juga menukar namanya kepada Sayuri Nitta.

Nobu-san , Dr Ketam , Baron saling membida harga untuk mendapatkan mizuage Sayuri. Bidaan paling tinggi dipegang oleh Dr ketam. Jadi dapatlah Dr ketam menikmati mizuage (dara seorang perempuan).

Untuk menyara kehidupan dan menampung perbelanjaan okiya , seorang geisha memerlukan seorang danna(lebih kurang macam sugar daddy). Mameha menyuruh Sayuri memilih Jeneral berbanding dengan Nobu untuk menjadi dannanya. Namun begitu, Jeneral tidak lagi menjadi danna Sayuri semasa berlaku peperangan di Jepun.

Selepas peperangan itu berlaku, Nobu-san berusaha untuk menjadi danna Sayuri. Tetapi Sayuri tidak mahu. At the same time,Tuan Menteri juga ingin menjadi danna Sayuri. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku , Sayuri terpaksa mengorbankan reputasinya dan sanggup melakukan hubungan sulit dengan Tuan Menteri semasa di Pulau Okinawa. Selepas kejadian itu , Tuan Pengerusi menjadi danna Sayuri.

Untuk mengelakkan daripada Sayuri bertemu dengan Nobu , Tuan Pengerusi mengajak Sayuri mengikutnya merantau. Selepas kematian Tuan Pengerusi , Sayuri membuat keputusan untuk tinggal dibandar New York, Amerika.


Fuhhhh! mak aih panjang nya! boleh dapat A+ kalau Bahasa Melayu SPM ni! HAHAHA! Okey, itu aku cerita serba ringkas je. Kalau nak faham lagi baca lah novelnya , ok ? Kalau nak tengok filemnya lagi bagus! sebab novel ni ambil masa nak faham taw!... Teringin nak tengok filem dia lah plak! ^__^

Ermmm, buat siapa yang nak tahu apa itu geisha.. Geisha ni adalah penghibur untuk kaum lelaki. Tapi kalau kat Malaysia ni orang tak panggil geisha dah tapi panggil pelacur! Pelacur yang ada kelas!




 ...Photos of a Geisha...


 
Semasa Tuan Pengerusi terserempak dengan Chiyo a.k.a Sayuri di Sungai Shirakawa.


 Tuan Pengerusi menatap mata Sayuri.


 Pertemuan Sayuri dengan Satsu kat lorong kediaman Satsu.


 Cara geisha melayan kaum lelaki. Iatu menuang sake dan menghiburkan mereka.



 Bilik Hatsumomo time mengamuk. Rasanya lahh....


 Nobu-san berbual dengan Sayuri.


 Nobu-san. Mungkin la.. Sebab dalam novel cakap muka Nobu berkedut!





 Yang ni time Sayuri jumpa dengan Tuan Pengerusi semasa perang berlaku.


Agaknya ni kot , Dr Ketam menikmati mizuage sayuri.



p/s : cerita ini asalnya kisah benar seorang geisha,Nitta Sayuri. Jakob(Arthur Golden) sendiri telah menebual Sayuri untuk menceritakan kisah hidupnya. Mungkin bagi geisha lain perbuatan ini memalukan diri dan juga orang terlibat. Mana tidaknya, orang yang terlibat itu semestinya orang atasan. Kisah ini dibukukan selepas kematian Sayuri kerana ini adalah kemahuannya bagi mengelakkan aib orang yang terlibat.
Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

4 people pray for me ✿:

Anonymous said...

cite nie genre romantik kn???
ker slh ye??
hihi

cik saa said...

romantik ? tak jugak..
entah lah.. tak de part yg romantik pun

Anonymous said...

yeke..slh teka la nie..hahhaa
nie la akibatnye apabila men serbu jer...hahhaa
cite psal ape ye?

cik saa said...

@Anonymous

pasal kehidupan seorang geisha..
sy dah update cerita dia..
awak boleh baca kat situ, kalau nak faham lagi. bacalah novel nya! tak pun tengok filem.

okay! selamat membaca! =)

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd