♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Bermulanya di twitter....

Photobucket


Hye guys! wah! lamo benor tak blogging ni aih! Al-maklum lah sekarang tengah study week dan mungkin sedikit busy lah sebab nak prepare untuk final kelak. Ewah! lagak macam study gila gila nak mati! haha! Hanya ilusi je semua tu! Jangan percaya! 

"bertemu di twitter ku jatuh hati padamu bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu" Ewahhh! kemain seronok ye! By the way tak ada apa pun sebenarnya. haha! Saja nak tukar-tukar lirik najwa latif ni. huhu! Tapi saya ada cerita dengan "twitter"ni sebenarnya. Apa? nak tahu? Jangan menyibuk boleh? hehehe 

Encik Satria... familiar kan? haha! okay sebelum ni saya pernah mention nama ni dalam entry yang lepas-lepas. (kalau perasan la)  Kenapa aku bagi nama ni? Mestilah sebab dia pakai kereta satria kan! Podah! 

Al-kisahnya macam ni... Bila, kenapa, mengapa dan sebab apa dia follow aku, tweet aku selalu itu tidak aku ketahui. Pernah bertanya kepadanya, apa semua itu. So, katanya dia pun tidak tahu tapi yang pasti sebab suka tengok tweet aku. Haaa! Apa peliknya dia ni! Apa hebat sangat entah tweet aku. haha! Okay, dia suka tweet aku sebab kebanyakan tweet aku bahasa kelantan. hehe! See! hebat kan bahasa kelate! Dan dia jugak nak kenal dengan awek kelate. Haduiii! Kenapa aku? Ramai lagi kan awek kelate yang lain? 

For your information, aku tak layan pun mamak tu. (pada mulanya laaa). Dah tiga bulan berlalu layan dia macam nak tak nak je. Adalah satu hari tu dia usha no fon aku. Usha punya usha at last dia tinggalkan no dia. Tiga hari berturut-turut begitu. Sehinggakan naik kesian pulak tengok mesej dia yang last tu. Dek kerana kesian lah kan. At last aku pm dia jugak. Huuu! 

Tapi untuk seketika lah kot berhubung via handphone tu. Entah aku tak tahu kenapa. Tak ada mood nak layan. (mana taknya sebab time tu aku gilakan orang tuuu hurmm). Stop berhubung dengan dia sebab aku posting tempoh hari. Hampir sebulan jugak la. Lagipun, aku off handphone aku yang satu tu. So, that why la kami tak contact. (ishh! jahat betul aku!

Lepas pada tu, time aku kat Putrajaya. Tetiba tercontact semula dia. Haha! Nak tahu kenapa? sebab aku tweet dapat free call 7 hari tu haa. Time tu la berconversation semula dengan dia. Dan aku pulak tetiba jadi gatai minta no handphone dia. Tapi sayang seribu kali sayang la dia bukan celcom user! adehh! Membazir jugak! 

Tapi lepas pada tu jugak laa kami slow slow berconversation. heeee! 

Kalau sebelum tu dia pernah ajak lepak tengok bola, makan apa bagai tu. Time tu jugak pun sama lah. Dan macam biasa lah kan. Aku tolak! Segan menguasai diri! Mana aku kenal dia! Perkataan yang selalu dia guna time aku buat-buat tak tahu macam tu, tahu apa? Berlagak lah mek ! Haha! 

Ada satu hari tu, dia usha aku. Mana taknya kan, aku je selalu terjumpa dia. So, katanya tak adil! Uish! sanggup dia usha aku dan cari aku sampai kat Ipoh Padang sana! OMG! Tapi dia tak nampak aku pun! HAHAHA! tu lah sape suruh pakai kereta macam tu? Memang dari jauh orang tengok pun boleh cam la maod! 

Ada satu malam tu, hujan. Dan aku pulak kena hantar roomate aku ni kat stesen bas. Nak tak nak terpaksa mintak tolong dia. Sebab dia lah yang paling dekat time tu. Kawan-kawan aku yang lain pulak berjimba-jimba entah kemana. At last, bersua muka jugak kami. 

Kali pertama aku jumpa lelaki yang kenalkan aku kat member-member dia. Pulak tu kali pertama jumpa, kali pertama keluar. Fuh! Kalau sebelum ni, lelaki yang aku mula kenal sebolehnya-bolehnya mengelak dari tu semua. 

Apa-apa pun, tak ada pun sebenarnya! Makan? bukan berdua okay! Lepak? pun bukan berdua! Overnight? Tidak berdua jugak. Futsal? lagi laa bukan berdua! Berjogging? join bersama kawan dia. wayang? setakat ni belum. hehe! So, aku dengan dia samalah macam aku dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Nothing special! Lagi pun aku dengan dia sebaya okay! huheee!

hey! hey! hey! yang bestnya. Housemates aku pun boleh tumpang sekaki. Nikmatnya ada dia sebab jadi delivery man kami! harharhar! Lewat pagi pun dia sanggup beli dan hantarkan makanan! Wahhh! untung! untung! 

Bak kata aku sebelum ni pasal dia. "kalau kau kenal dia, mana pergi mesti orang kenal kau" Haaaa! itulah yang jadi kat aku sekarang. Mana aku pergi je, ada lah yang kenal aku. Aduhaiii... Dah tak ada privacy dah duk kat sini. huhu! 

Agaknya mana satu dia tu haa? hehe
Ibnu Mas'ud bin Mahmod. Nice name! tak pernah ku jumpa nama sebegini. Jumpa pun, kebiasaan nama para ulamak. By the way, Welcome to my life maod!


p/s: agaknya berapa bulan entah? haha! lepas ni boring lah tu.. huuu! tunggu dan lihat sahaja =)

p/s:: something yang buat aku terfikir.... orang yang tengok aku dengan maod keluar ni mesti akan cakap aku gila besi ! harharhar! Mana taknya, dia ada kereta pastu pulak geng X-tuned! walawehhh! 



Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Jangan cari aku

Photobucket

Salam Aidiladha buat teman-teman, blog readers and also those for muslims. Semoga raya korban memberi  seribu makna buat anda. Tidak seperti diriku, raya korban hanya biasa-biasa sahaja. There is nothing special. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. So, semua itu kebiasaan bagiku. I didn't know why.

Okay! Kita lupakan pasal raya. Aku ada something yang share kat sini. Before tu nak tanya, pernah tak korang ada someone special likes girlfriend/boyfriend? huhu! Mesti ada kan? Kalau tak ada pun, mesti pernah ada. Like me! 

Zaman sekolah dulu aku pernah ada "someone special". We are happy together, pahit manis kami harungi.   He was like a hero to me. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. 3 tahun menyulam kasih akhirnya dia tinggalkan aku menikahi insan lain. How difficult it is to me to face with all that. How could you!? ohhh! Your actions like killing myself! 

Begitu payah untuk aku lupakan semua itu. Kau tinggalkan aku begitu sahaja, tanpa alasan! Tapi aku tak lupa something ni. Perempuan itu a.k.a isteri kau sekarang texts me before you guys berkahwin. She said "dia sayangkan awak lebih dari saya sayangkan dia" WTF!!!  Kalau betul dia sayangkan saya, dia tak akan buat macam ni. Never! 

Sudah dua tahun aku lupa semua itu. Aku bahagia dengan keluarga, kawan-kawan dan insan yang ambil berat pasal aku. Pahit manis kehidupan, aku telan. Aku independence kan diri aku. Aku buat something yang boleh beri ketenangan untuk diriku tak kira ada yang menemani atau tidak. Aku tutupkan hati aku buat insan bernama lelaki. Aku takut dikecewakan sebagaimana kau kecewakan aku. Sekali aku dikecewakan payah untuk aku senyum semula. Apa yang penting aku bahagia sekarang! Bahagia! Sangat bahagia! 

Tetapi kenapa kebelakangan ini kau muncul? Untuk apa? Sakitkan hati aku? Aku tahu itu kau! Aku tahu! Aku tahu! Saban bulan nombor yang tak dikenali menghubungiku. Bila diangkat tiada suara yang kedengaran. Hanya diam! 

Hampir setiap bulan begitulah yang berlaku. Nombor yang sama, tiada suara pemanggil kedengaran.

Mungkin sebelum ini, aku tak tahu. Aku tak hafal nombor yang menelefon aku. Aku angkat bila ada panggilan. Oleh kerana acapkali nombor tu yang muncul, so menjadi familiar buat aku. Bila difikirkan, aku tahu siapa! 

Dan sejak dua menjak ni, nombor tu kerap muncul! Aku biarkan. 

Tolonglah jangan cari aku! Tolong jangan kacau hidup aku! Aku bahagia sekarang. Begitu payah untuk aku lupa semua itu tahu! Sekarang semua kenangan lalu sudah aku tanam dan buang dari hidup aku! 


Bina mahligai dari air mata lagu untuk kau!


TOLONG JANGAN CARIKU LAGI !




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

pahit manis di negeri orang #2

Photobucket


hahai! Kita sambung balik cerita pahit manis di negeri orang yep! Hak sebelum ni, Cik Saa cerita pasal geram kat orang. Geram kat orang ke? erm, tak jugak! errr... Whatever laa... Ni nak cite pasal feeling duk kat Sungai Petani pulak! huhee! (Amboihh! excited naa)

Okay! Pada mulanya, (first week kat sana) kitorang asyik duk fikir... "ermmm, macam katak duk bawah tempurung la kalo cenggini. Nak jenjalan cemana tak dak transport. Dah laa kt kawasan ni tak dak facilities , pastu pulak duk agak pedalaman. Alohaiii~"

Hahaks! Ni nak g buat pratikal kat hospital ka nak g buat sijil travel guide ni? haha! Cik Saa ni duk ja mana-mana mesti nak jenjalan. Tambah lagi kalau ada yang satu kepala, duit ada lagi syokkk! Nikmat sungguh lah hidup! Mati hidup semula pun tak apa! hehehe...

Ada satu moment yang buat aku "terkalut".. huhu! Hari yang encik Rahimy kasi motor dia kat aku. First tahu encik Rahimy nak kasi motor tu, ewahhh! sengih sampai ke telinga. Ye la, mana taknya. Boleh pergi beli makanan. Kedai jauh kot! Okay, part ni yang agak gila lah sikit! Aku ambil motor dengan encik Rahimy sambil tu suruh classmates aku 3 orang tu tunggu dan teman aku. Al-maklum laa, aku sorang ja perempuan. Motor tu encik Rahimy letak kat depan deparment fisio kat hospital tu buat pameran. Huhu! Katanya, motor tu ayah dia punya. Tapi dia jarang naik, sebab kereta kan ada.

Dah dapat motor tu, terus aku ride balik rumah. Yang classmates aku tu, aku tak bagi diorang ikut aku. Bukan apa, susahkan diorang pulak. Jalan tak sama, diorang hulu aku hilir. So, faham2 je lah kan. Bukannya dekat! Erm, tengah ride tu kan tetiba motor mati! Oihh gila mak kau! Dah la handphone duk rumah. Housemates aku semua dah balik dengan Pak Tam. Usaha punya usaha start motor tu. At last, hidup gak. Then, motor tu mati pulak buat kedua kalinya. Kali ni mati kat tengah ladang kelapa sawit! Macam mana perasaan time tu,memang tak leh nak cakap la. Dah la dua tiga buah kereta ja lalu time tu , tambah plak angjing liar 3 ekor kat depan tak jauh dari aku. Tak sampai beberapa minit, motor hidup balik! terus aku pecut tak pandang kiri kanan. Macam minah rempit oo! Erm, motor tu nak kata buruk tak jugak. Motor EX5 baru lah kan ada starter tu. Ini kes mati sebab tak de orang guna. Btway, alhamdulillah aku selamat.

First weekend yang paling best dan awesome! Haha! Tak pernah lagi aku jumpa jiran kasi je apa hak diorang kat orang yang baru dikenali. Jiran aku ni ustaz, cikgu sekolah lah lebih kurang. Dia cakap kalau nak pergi jalan2 ambil la kereta dia. Kebetulan, rumah dia ada 3 buah kereta. Satu untuk dia, satu untuk bini, satu tu buat sako! haha! So, aku apalagi? Sengih laa. Dapat jalan! Keretanya, not bad la.. Ford Laser? kereta vintage gitu. Cepat pick up taw kereta tu. Ingat pesanan ustaz "Jaga elok2 taw kereta ni, walaupun nampak lama tapi saya sayang kereta ni" hahaha! oraite ustaz!

Lastly, satu bandar Sungai Petani kami jelajah. Pergi Village Mall and Central Square. Lepak kat pusat membeli belah. Tengok wayang pastu gelak sampai tak ingat dunia. Untuk Tiga Hari memang kelakar dan agak censored. haha! Then, karaoke yang murah. RM1 untuk satu lagu. Walaupun duit hampir pokai, sempat lagi enjoy! Pastu lunch mc'D.. amboihh!

The things that make me happy, hari elaun masuk! Hahaha! Rasa macam "jutawan" kejap! Time tu masuk second week. Pastu pulak, Cik Puan bagi kereta suami dia kat kami. Dia siap amanahkan kereta tu kat aku. Fuhhh! Kebetulan pulak haritu Iman nak balik. So, aku volunteerkan diri hantar dia kat stesen bas. Biasa lah kan, "meksaa ada kereta" hahaha! Lepas dari tu, apalagi. Pizza la! duit masuk kan. huhu!
Second weekend tu pulak, kitorang pergi jenjalan. Tempat yang sama. Central square! hehe. Shopping, karaoke, tengok wayang, makan, cuci mata. huhu! Makan yang paling best! Perghh, sedap giler! Betul2 orang siam yang buat. Order tom yam, pulut mangga,. Perghhhh! Air dia sedap! Rasa orange dia lain dari yang lain kot! Tom Yam tu bea umphhhh abes! huhu
Sebelah malam pulak, jenjalan kat Ambangan Mall. Mall yang baru bukak. Hohoi! Part ni yang enjoy habis! Elok2 time tu astro buat perasmian apa ntah. Pastu ada buat karaoke, 'Luahkan bakat anda'. Elok ja, dalam group kami ada yang suara best! WAWA! Paksa dia nyanyi! hahahah! Gelak2 lah kami seolah2 mall tu kami yang punya! Wawa terbaikkkkk! 

Permintaan wawa. "Meksa, jom kita pergi Pantai Merdeka. Saya teringin nak pergi" alahaii, saya anytime on! Jom! huhu! Pergi lah kami............. TERSESAT jalan! hahaha! pukul 10.20  kat Ambangan Mall. Pukul 11.20 kat Pantai Merdeka,.. hewhew

Kuatnya berjalan. Pukul 11pagi keluar rumah, pukul 2pagi sampai rumah. Ish! ish! ish!

Minggu Terakhir kami posting.......

9/10/2012.... Hari yang best! HAHAHA! *poyo lah pulak! Petang tu kan, perghh! Tak sangka dapat drive Chevrolet Cruz milik encik Rahimy. Bravo la! (kembang lobang hidungku) hahaks! Walaupun tak sampai 15minit aku drive. At least dapat merasa ouh! haha! *jakungnya aku.. Ayat yang paling melucukan. Ini "bini" saya, elok2 "kawan" dengan dia. HAHA! hurmmm, Encik Rahimy? still single, umur 31tahun daa.. tak kahwin lagi. Kahwin dengan saya lah encik Rahimy! haha! (amboihh! ni nak harta duit dia ka.. nak dia? haha!) By the way, semoga encik Rahimy bertemu jodoh yang baik, yang dapat membahagiakan encik Rahimy.

Sebelah malam pulak, encik Rahimy belanja makan Mee udang banjir. Perghh! sedap siottt! Untungnya dalam beberapa hari tu, ustaz suruh aku guna je kereta tu. Tak payah hantar lagi. Gunalah sepuas2nya. OMG! Bea betul ustaz! haha! So, drift la aku dengan ford laser. Berlumba dengan chevrolet encik Rahimy! hakhakhakhak! 

Then, lepas tu kami pergi karok dekat pusat karakoe sekeluarga. Woooo! Kenyang makan pastu karaoke. Perghhh! enjoy habis! 

Encik Rahimy feeling habesss! haha!
Pstt! sedap kot suara dia.
Kami nyanyi dan nyanyi dan nyanyi. Pedulikan suara sedap tak sedap janji enjoy! hahaha! 2jam karaoke rasa macam sekejap jaa.. hehehehehe! First time karok dengan lelaki ada sekali. Eh, second time lah ni kira. First time dengan cousin aku time dia pergi jalan Ipoh tempoh hari. huhu! Tak leyh blah, mula2 malu nak nyanyi. Nak pegang mic pun tak nak. Last2 mic duk kat tangan nyanyi tak ingat dunia. HAHA! sampai kene tegur , "meksaa, sabar meksaa" haha! time tu nyanyi lagu Bougainvillea by Spring. Memang kene feeling lah kan! hahaha! 

Enjoy muda mudi. Around 0010a.m baru ingat rumah! hewwww!  Aishh! dah la keesokan harinya tu kerja..huhu 

10/10/2012... Moment yang takkan aku lupa! I didn't expects that thing berlaku dalam hidup aku. And that thing will make me smile like a crazy when I remember it. HAHAHA! tahu apa? tayar kereta tercabut! I'm not joking! I'm serious! Macam tak percaya kan? tapi itulah yang berlaku! HAHAHAHAHAHA! Time tu on the way nak ke hospital naik kereta Ford Laser.

Yela, selalunya aku terbaca komik tengok drama. Tapi ni betul2 berlaku kat aku. Eh, not aku. kami! Anyway, aku bersyukur sangat2 sebab tayar tu tak tercabut time aku tengah laju. Around 100kmh/j tayar tercabut boleh buat kereta terbabas tahu! Alhamdulillah umur kami masih panjang. 

Sebelum tayar tercabut, aku dah rasa macam tak sedap dengan keadaan kereta. Sebab tetiba bunyi something weird. So, aku perlahankan sikit turun 40kmh/j. Lagipun time tu mana boleh nak laju dah kereta tengah banyak sebab masing2 on the way nak pergi kerja. Bunyi tu terus terusan keluar bunyi. Bajet nak tengok nanti sampai hospital. Yela sikit lagi nak sampai kot! Lastly,.....

Elok ja, lepas potong "keto galo", tetiba drenggg kereta straight and stop statically kat tepi jalan. Dekat2 nga semak! Dalam pada masa yang sama, terkeluar biji mata aku tengok tayar sebelah penumpang depan terlompat2 terbang jatuh masuk dalam parit. Terdiam semua! 

Tengok muka kawan2 semua  nampak macam pucat dan terdiam! aku? Keluar kereta dan berjalan pergi tengok tayar kat dalam parit sambil call ustaz. Hahahah! Nak tergelak aku, ustaz apa lagi? Pom gelak jugak! Pastu dia suruh aku ambil tanyar tu. Mak aihh! kotor uniform aku! Masuk dalam parit ambil tayar dengan tanahnya yang lembik. Oh kasut ku kotor! arghhh! pedulikan! Pastu orang lalu lalang, pun tengok! Abang2 , pakcik2 takkan tengok jaaa? aihh~ Gelek2 lah aku tayar tu dengan muka sempoi bersahaja. huhu! pedulikan orang!

Kawan-kawanku duk dalam kereta ja. Aishhh! takut lagi ka? haha! Then aku, masukkan tayar tu dalam kereta pastu kunci apa dan ambil apa2 yang patut. Ustaz suruh tinggalkan kereta kat situ nanti dia ambil. Berjalan kaki lah kami ke hospital. Serius kelakar! haha! 

Aku ada mesej ustaz, minta maaf dengan apa yang jadi pastu tanya keadaan kereta. Balas ustaz "tak apa, kamu tak payah riso. Krta tu mmg patut kene jmpa doktor dah pun. Apa yang pnting kamu dan kawan2 kamu selamat". huhuhuhu! Tak tahu nak kata apa! 


p/s: Gilakan aku? hahha! sempoi.....! Pedulikan orang!  ENJOYYYYYY!

p/ss: pedulikan orang? kawan2? haha! Tak tahu nak kata apa. Siapa berkawan dengan aku tahulah macam mana aku berkawan. kaq cha! huhee





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

pahit manis di negeri orang #1

Photobucket


Selamat pulang ke Ipoh! heeeee.... I miss all memories that are created here. oh eh ? haha! By the way, tamat sudah pratikal di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani selama 3minggu. Fuhhh! rasa macam baru semalam aku sampai di Sungai Petani yang mana ma ayah hantarkan. Serius masih hangat terasa pelukkan ma adik sebelum mereka tinggalkan aku di Sungai Petani tu. Ya! baru rasa macam semalam! 

Bagaimanapun, itu hanya ilusi! Kini berlalu sudah 3minggu di rantau orang. Begitu jerihnya hidup terjatuh bangun duduk sendiri. *tak ley blah ayat! haha! Yeah, thats life! Kalau selalu happy langsung takda masalah, tak best jugak kan. Macam mana nak be matured kalau gitu? That why la orang tua selalu kata, banyak masalah yang berlaku dalam hidup seseorang tu, makin banyak lah pengalaman. Kerana pengalaman tu lah mengajar seseorang tu supaya berfikir dengan lebih matang

Al-kisahnya begini,.... Alamak! tak tahu nak start dari mana. Terlalu banyak moment yang nak distorykan. Ahhh! cincai2 je. Sebab nanti aku boleh remembering balik moment tu. Kalau nak tahu satu ayat can figures out all of the moments that we make tahuuu... kan? betul tak!? betul tak!? Sama macam sekeping gambar jugak.

(Bila aku nak start bercerita ni!!!) NO ENDING, NO STORY okayyy!..

First day, kami sampai kat Sungai Petani. Uishh! biar betul jalan nak masuk ke rumah yang kami sewa (area AMBANGAN HEIGHT guna jalan yang lalu kot mahkamah). Kiri kanan ladang kelapa sawit kira2 3KM... Mak aihh! jauh tuu! Dan kalau korang nak tahu, jalan tu jugak digunakan sebagai tempat nak hapuskan bukti dimana mayat dijumpai kat jalan tu. Motif? dadah. Kisah ni seminggu sebelum kami posting.  Memang jalan tu jarang ada kereta lalu. Melainkan sebelah pagi dan petang. Orang keluar dan balik kerja guna jalan tu. So, bayangkan lah cemana keadaan jalan tu lagi lagi sebelah malam. Lampu jalan pun, just diletak kat selekoh sahaja. Scary woooo! Encik Hayazi ada cakap salah satu selekoh tu ada yang "makan orang".

Ini ada something yang memang boleh panaskan hati aku. Tapi suam2 je la. Dibilang nya cik puan tu kat member kami yang posting sebelum kami tu, katanya sewa lah rumah dengan dia. Full furniture tapi tak ada wash machine dan ada transport sekali. Bayarannya RM90. Okay! terus kami terima before kami sampai. Pada asalnya, nak sewa kat Taman Ria, double storey, full furniture dan RM60 satu kepala tapi takdak transport. Yela, kami mana ada transport so amek je la yang cik puan tu.

Tapi bila ditanya pulak cik puan tu, berapa nak bayar. Pastu dia kata RM120. Time tu parents aku ada. Diorang apa lagi angguk2 pastu bayar sebelum balik tu. Pada mulanya, aku terkejut jugak banyaknya naik, RM30 tu! Tengok bilik kami just ada tilam 5. Tapi guna 4 jela sebab space dalam bilik tu tak berapa nak mengizinkan guna semua tilam tu. Padahal master room dah tu.  Yang aku tak boleh nak terima. Macam2 cakap kat parents aku, TV pun ada tapi tak sampai lagi. Ada astro sekali. Kabinet kat dapur kejap lagi sampai la sekali dengan dapur memasak. Hahaha! ma siap pesan tahu, "hah! ada tv tu, jangan duk ngadap tv sapa dok ingat ko book laa"

Itu lah cik puan dok kata. Tapi yang duk kata2 tu satu haprak tak ada! TV? kata dah order, nanti cina tu hantar. 3 minggu aku kat situ skrin tv pun tak nampak! Astro ? apatah lagi. Kabinet dapur pun tak sampai! Yang sampai dapur dan gas tuk memasak tu je. So, memasak la kami sambil duduk mencangkung. Bila ditanya Cik puan tu pulak beriya2 suruh tanya ustaz. Ustaz? tak tahu cerita. Apa sebenarnya ni? Cik puan! duit kami RM120 tu buat apa? Takkan sewa rumah yang kata full furniture sebanyak tu bayarannya? It's not fair! Dah la apa yang duk kata2 tu tak ada!

Bukan setakat tu saja, transport nak ke hospital tu haa.. First week, waaa! best lah kan, naek innova pergi hospital. Tup tup tup! 2nd week tu, naek kereta dengan diorang laki bini. Aik? habistu Pak Tam yang selalu hantar kami tu? Just hantar tuk sementara shj. Sebab van yang ditempah ada masalah.

Dah la, first day naik kereta dengan diorang kena marah. Sebab cik puan tu call senior suruh kami keluar tunggu dekat taman permainan (tak tahu taman permainan yang mana) senang tuk dia dengan laki dia ambik. Tak perlu pusing2 ambik kami. Ohh! Dan hari first naik dengan diorang kene blebel. Sebab pergi tunggu kat tempat lain. Wehh, sapa tak bengang weh! Kami baru kat sini, mana lah tahu!

Setiap hari, terpaksa lah berjalan tunggu ditepi jalan besar. Tak pasai2 kene exercise pagi-pagi tak lebih 10minit tu. So, mestilah kene bangun awal kan? nak breakfast lagi.

Ni ada something yang buat aku rasa nak marah, sebak, bengang macam macam! Malam last nak balik ni. Kami call cik puan ni, tanya nak ambil kami dan hantar ke stesen bas pukul berapa? sekarang dah pukul 8.30 dah ni. Tetiba, "apa ni? saya tak tahu apa2 pun! suami saya kat hospital dan tak ada bagitahu saya pun. Nanti saya call suami saya." Tunggu punya tunggu dah 10minit daa. Cik puan tu tak call kami lagi. Then, aku call cik puan tu balik, "saya kat rumah ni, suami saya tak angkat fon, cuba kamu tengok ustaz ada kat rumah" .. Elok2 je buka pintu pagar, tengok bini ustaz keluar dengan kelisa. Pastu call ustaz tak angkat. Ya allah, saat tu jugak aku rasa nak mati! Tengok jam 8.50 daaa..

Apa yang terlintas kat mind aku time tu. Encik Rahimy! Call lah dia, time tu aku tak leyh nak pegang fon da bagi wawa je cakap dengan dia. Ya, aku lemah! Dah tergagap tak tahu nak kata apa daa... Tengah2 bercakap tu jugak cik puan tu call. Dia kata apa, nak hantar boleh. Hantar sampai kat hospital pastu ambik taxi. Tak ke bangang nya! Suami puan dah cakap nak ambil! kami kami ni saksi! Suami puan sendiri cakap kalau saya tak boleh hantar saya minta tolong ustaz. Tapi satu haprak tak ada inform dari suami puan! Kalau awal2 suami puan inform, tak perlu kami menyusahkan orang lain! Kami call sahaja taxi! Tapi dah terlambat!

Nasib baik encik Rahimy sudi hantar. Pukul 9.10 sampai depan rumah. Memang eloklah bas pukul 9.15. Bas Aen pukul 10.. Perghhh! encik Rahimy drift chevrolet cruz dengan gaya cool nya... (sempat lagi puji) .. Dan aku bernasib baik sebab sampai sahaja kat stesen bas, jalan jem. Jalan disekat sebab keretapi nak lalu. Berlari-lari lah kami dalam jem. Aku lari2 pastu ketuk tingkap driver bas. Encik Rahimy lari2 bawak luggage aku yang besar dan berat, Aen bawa bag yang diisi bantal dan macam2 la. Fuhh! lega aku dapat duk dalam bas. Penat berkejaran. *nak tergelak tengok encik Rahimy lari2... cool! dengan short pants cream then baju kaler hitam. Bertambah kesegakkan dia. hehe

Tengah2 melayan perasaan dalam bas tu,  tetiba ustaz call then minta maaf tak angkat call aku sebab sibuk dengan program sekolah dekat Pantai Merdeka. Ya Allah ustaz! kalau saya tahu macam tu, saya tak call ustaz. Huishh! manangis aku time ustaz call. Dia yang over minta maaf dengan aku. Sepatutnya aku! Niat dihati nak cerita pasal Cik Puan tu tapi tak sampai hati bercampur dengan tangisanku yang tak henti sudah! adehh! Lemahnya aku. Dan rasa bersalahnya aku, sebab tak bagi apa apa kat ustaz walhal terlalu banyak dia menolong kami. Serius rasa sangat bersalah. Ustaz, insyaAllah panjang umur kami turun Sungai Petani jumpa ustaz. May Allah bless you.

Cik puan? saya tak tahu nak kata apa. Janji puan hanya tinggal janji. Dan saya tak tahu nak halal kan tak duit sewa tu. Puan dan suami puan sama sahaja, Cakap besar! Saya takkan lupakan apa yang Puan buat kat kami. Dan saya sikit taknak bantu puan cari orang, sewa rumah dengan puan! Saya bernasib baik tak berada under puan time kat hospital tu. Kalau tak, tak ada la nak halal mengahalalkan ilmu tu. By the way, TERIMA KASIH PUAN! atas segala yang puan buat kat atas kami sepanjang kami kat sana.




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

melewati malam

Photobucket


Salam malam yang hening dan sunyi terkadang bunyi bunyian cengkerik memainkan irama yang agak merdu dan mengasyikkan tapi sedikit memberi rasa scary. Bagaimanapun, aku suka keadaan begini kerana memberikan ketenangan jiwa tapi pada masa yang sama terasa bosan! Harharharhar! *entah apa dok merepek! ayat pun tak ley blah...  Ahh! kaq cha! kaq cha!

Sebenarnya, ceq ni bosan tak tahu nak buat pa dah! Nak study tak ada mood, buku tu memang ada ni haa dok depan mate. Tapi nak bukak tu rasa macam satu masalah. Alahai~ nyah pergi lah kau dari sini syaiton!!! Go to hell! Nak study lah! (eh, syaiton plak? Diri sendiri tu yang malas nak usaha!)

Esok nak 'kerja' , diorang ni mesti tido awal. Senior senior sibuk duk prepare tuk presentation masing2. So, tak ada time nak bergalok! huhe! Bosan! Aku ni pun satu, tak reti reti nak tido. Almaklum la, penyakit imsomnia kembali pulang.

Nak tengok movie? Alahai, movie yang ada dengan aku ni semua tak leh pakai! Setiap part tu, nak nak je ada scene 18sx.. WTF! Harharhar! okay! aku yang salah yang p dok copy movie cenggitu pehal. Semua movie tu bersumberkan senior (students KKM buat praktikal kat HSAH) kat sini . Hohoi! Giler giler lah diorang ni! Layan cerita menda macam tu.. Aishh! Movie yang ada dengan aku ni, perlu simpan atau apa? *okay nanti aku fikir.. Tunggu tengok reramai lah! Mungkin best kan? HAHAHA! 

Okay,.. Like as usual, I'm alone... Duk sorang2 kat dining room menghadap facebook, twitter sambil makan apa yang ada atas meja ni haa. Pastu layan lagu westlife, backstreet boys, secondhand serenade, coldplay  and also lagu Bruno Mars TALKING TO THE MOON..... Lagu lagu yang mendamaikan jiwa. Sayang awak sony mp4! 






Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Macam mana perasaan jatuh cinta

Photobucket


Morning! Morning! Morning! Amboihhhh... awal benor bangun hari ni... *bangga jap! hehe Bangga kot! semalam tidur lewat dalam jam 5 pagi gak tidurnya. Then pukul 9 pagi bangun.  Walhal kat Ipoh ni hujan, tidur best ni! Tapi mata plak ni haaa... Dah terjaga tu , all of a sudden, there's something disturbing to me. I think, that is silly things for me laaa... Falling love? What the ****!? 

Then, aku buka laptop dan search something.... 

........Cemana perasaan bila someone jatuh cinta........ 



Sesetengah drpd kita thu cmner rasanya bila jatuh cinta...but masih ada certain 
dari kita yg masih belum dapat bezakan antara ''suka2 jer''@ memg betol2 
''jatuh cinta"... (^_^)

Jadi kali nie...my time tok kongsikan dengan korg serba sikit...ape yg kita alami..dalam sedar..separa sedar..or xsedar terus..haha...
1. Rindu
Dah menjadi lumrah...bila hati mula jatuh cinta...kita rasa rindu jer...
entah tiba2 jer rasa rindu...tiba2 jer terlintas kt kepala pasal 
insan istimewa tue...
walaupun baru jer kenal...kdg2 ngah baca bku nie...
tup3...stop kejap...terkenangkn 
si dia..pastue kn..sambung membaca balik..hehe...

Kalau yg dah memg fallin in luv betol2 tue...sepanjg masa jer 
teringatkan si dia...hehe....
2. Handphone 24hours
Yg paling jelas kelihatan...agak2 ape eh...?? hehe...
yg pasti pabila seseorg tue mula jatuh cinta pd seseorg tue...
tgn die xley duduk diam....
mesti jer rasa mcm der org pksa tok msg si dia kn...kalau xanta msg 
'' salam...nga watper tue..." dalam sehari..hati xsenang....

Kalau xpown seseorg tue akan rasa gelisah...
10 minit sekali akan cari handphone...
tgk sama der new message receive ker x...
kalau dah nmpk icon new message receive plak...hati tue dah mula fikir or mgharapkan sesuatu... ''mintk2 la die yg anta msg'' huhu..... (^_*)
3. Hadiah/Belanja
Emmmm...next plezZZzz...hehe...actually...k
ita ley nmpk kt diri kita sendiri....dlu kita susah nk keluarkn duit utk 
belanja or give something to someone else...
but bila kita dah jatuh cinta nie..kita jadi ''pemurah'' sikit..hehe..

Xcaya!! ?? hehe...see 4 urself k...hehe...bila keluar ngn kwn2...
susah kowt nk keluar duit dr poket..
but bila keluar ngn someone special...senang jer nk bg pape..
nk belanja pape...
asalkan kita ley bg die eppy...tgk wajah die tersenyum... 
(^_^) hehe..tue mknanya kita dah fallin in luv..huhu
4. Jeles
Haaaaa....nie la ''petanda'' yg paling mujarab 
kalau nk thu jatuh cinta ker tidak..
hehe...actually bila kita dah jatuh cinta kt someone..
hati nie cepat rasa jeles...kecik hati...n mudah merajuk.. 
even though org yg die sembg tue juz kwn2 kita jgk...

Kdg2 tue...anta msg kt org len ker...sembg ker..berjumpa ngn org len ker...
kita da rasa jeles dalam diam...gggrrrrr....hihi... (^_^)
5. Penampilan diri
Yang nie jelas kelihatan kontra nya...
kalau dulu nmpk skema and serabai jer...
skunk kita ley rasa kita nie nmpk lebey bergaya..
kalau boley nk nmpk kemas jer tiap2 hr...
xkira tempat masa @ ketika..
kalau boley nk nmpk cantik or hemsem di mata si dia...

Kalau xcaya...korg g tgk cermin kt rumah masing...
then fikir pasal si dia..if korg tersenyum sorg2 tue..
hahaha...betol la tue...b4 nie kalau kita nie seorg yg susah nk senyum...
kali nie 4 sure..sampai kdg2..kwn2 tnya.. 
''nape ko gelak sorg2 nie...xbetol ker..?? " hahaha
6. Berangan-angan
Part nie la paling best....''berangan-angan''....
wahhh...mcm2 la nk imagine...
1. mesti best kn if boy/girl tue truly cinta 
kt aku mcm aku cinta kt die...hehe..
2.agak2 la kn...die nk keluar ngn aku x 
if aku ajak die keluar jalan2 ker..makan2 ker..
3. cmner eh...nk face to face ngn die esok..
segan la plak..die bukan kenal aku sgt...
7. Malu
Of course malu...sape xmalu angkt tgn..?? 
hehe..mula2 perkenalan mesti la malu2...
kalau kita dah jatuh cinta..satu perasaan akan hadir...
kdg2 ..malu xkena tempt..dlu ok jer...
tp skrg rasa mcm nk jumpa tue..mcm der something block...
Kalau terserempak lg la...
blushing xtentu pasal....
sampai kdg2 tue guna org tgh nk ckp...haha...
8. Dating/Pertemuan
Setiap org impikan utk bersama 
insan tersyg walaupun seketika kn.. (^_*)
 selalu nya bila kita fallin in luv nie..
kita mudah menerima ajakkan insan yg kita jatuh hati...
cz tue la moment yg paling bermakna n paling sweet sekali ..
cuba org len ajak...of course bg alasan mcm2..
der keje la...der assignment la...kenderaan xdak la..hehe..
Cuba insan tercinta yg ajak keluar kn...
siap teruja lg...nk pkai bju ape...
semua siap tersedia la senang citer...
tunggu nk g amek or dijemput jer....
9. Future
Bila dah ada perasaan jatuh cinta nie...
of course kita harap org yg kita cintai 
ada sentiasa di samping kita xkira masa...
sama ada suka mahupun duka....
kita plak mula akan fikir masa depan...
mcm2 perancangn ada...for short term or for long term..

Lagi satu...if kita dah mencintai seseorg...
semuanya nmpk perfect....pd mata kasar...n hati....
si dia merupakan pilihan yg terbaik 
dan xsesekali salah pemilihan kita kn...
kalau tgk org len tue..kira mcm pandang sebelah mata jer..
cz kita dah menjumpai someone yg betol2 ley kita cintai..hehe (^_*)

Mengikut petua dr pengalaman...cikgu asyraf pown penah ckp... '
'layan jer hormon tue''....
memang natural utk kita jatuh cinta..cuma jaga batas2 pergaulan...
yg pasti perkahwinan merupakan jalan dan langkah terbaik dalam kehidupan... sekian..


Credited to : asyraf

Hahahha! serius nampak macam kelakar kan ? LOL! Speechless.... 







Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

A stains I want to erase

Photobucket


Salam petang buat semua bloggers , stalkers dan siapa2 yang terbaca blog ciksaa yang kiut miut macam tuan  punya tanah ni dan selamat beriadah. huhu! *gedik pulak! Ermm, terasa awkward sekejap bila nak taip satu ayat nak buat entry baru. Al- maklum laaa, sudah lama menyepikan diri kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan iaitu kemalasan menguasai diri. hehehe!

Okay, there is something I want to story here. Something yang makes my heart touched. ouchh! Nak tahu, tengah syok2 likes status orang dekat news feed. Timbul lah satu tagline blog empunya seorang kawan aku suatu ketika dahulu. Then, aku click dan baca semua post entry dia sampai lah aku terjumpa entry ni......
Hurmmm... speechless kejap! Imbas semula apa yang terjadi suatu masa dulu...... Dan mencari kesalahan diri.. hurmmm........


RECALL BACK!

21 MARCH 2012 (not really sure about the date) The things truth that I told her.... 

"Wan, aku rasa aku nak confess something buat ko. Mungkin something ni akan buat ko sakit hati. Yeah! I admit it! Aku bukan kawan sebaik-baik kawan. Aku tahu aku memang hipokrit dalam berkawan ni. Something ni, ermmm... Boleh tak kalau ko berhenti sandiwara ko? ko fahamkan?"

Okay, lebih kurang macam tu laa ayat aku. Start dari situ, kami bercakap baik2 sampai lah satu tahap tu... Dia macam tak boleh terima. Macam2 laaa... Then, kak Na tetiba calls dan marah tanya apa dah jadi. LOL! hah? memang terkedu seketika. Dah ni kenapa? Oooo.. kau cerita kat mak kau, pastu tak pasal2 kak Na terlibat sekali dan aku plak kena marah sebab buat hal. OMG! 

Huh! Pada asalnya, kak Na marah aku... Apa aku dah buat kat anak aunty tu sampai nangis2... Ahh! aku back up r diri aku balik! Bengang doe! Dah kenapa? kak Na pun satu... takkan tak faham2 lagi masalah diorang tuuu! aishh! 

Okay, aku buat macam tu bukan nak cari gaduh. Serius tak ada niat nak buat macam tu! I don't like for fight with the people around me. Jika ada something yang tak puas hati, aku just take it easy dan pandang sebelah mata serta buat tak tahu! Itu aku! Maybe my way a bit rough. Hurmm, lebih baik aku confess daripada aku duk mengata pasal kau. Ternyata sekali kau tak boleh terima. 

Actually, sudah lama aku simpan dalam hati dan pejam sebelah mata pastu dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hurm, aku ingat boleh je buat tak tahu and in hope you can changes also stops your "daydreaming"... Ternyata sekali aku tak boleh! At last, aku luahkan juga! 

Dan tak sangka begini berakhirnya sebuah ikatan persahabatan yang kita cipta. Semoga kau bahagia dengan hidup kau dan berjaya mengecapi impian yang duk kau ingin2 kan. May Allah bless you and thanks for wished my birthday. GOOD LUCK! 


p/s : why did I do like that...? You will find the answer if you "rajin" read my previous entry. Aku kah yang bersalah....? hurm, Just forget about that! Don't blame yourself. You are right ciksaa! =)





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Bila diri ini ingin didampingi

Photobucket


Ohhh..! hari ni, amatlah membosankan! Serius! bosan! bosan! bosan! bosan gila tahap gabang seyh! arghhhh! tension! I'm alone in Ipoh.. Waaaa! housemate semua tak ada. Tinggal lah diri ini sensorang. woo woo woo

By the way, best jugak macam ni! hehehe... Rileks! Tenang.... 

Ehemm, rasa macam nak tergelak lah! haha! Sungguh tak ku sangka. Diri ini ramai peminat. Woooo! *mendabik dada! Okay, bukan aku nak perasan dan bukan aku nak jual mahal tapi memang harga nak mahal tak boleh tawar-menawar. So biarlah begini.... (ehh, apa aku merepek ni!)  hehehe.... Actually, hari ni aku rasa macam tersempit dalam jiwa sendiri. Tak tahu apa nak buat.

Hari ni, ada laa 3,4 orang laki-laki yang ingin 'mendampingi'ku (mendampingi? laen macam! haha! lantak ahh!)... Sorang tu ajak pergi tengok wayang. Sorang tu ajak keluar dan sambil tu boleh saling kenal mengenal dengan lebih dalam. Al-maklum laa, kami baru kenal dan dia merupakan kawan kepada kawan aku. Pastu, sorang lagi ajak keluar lepak kedai mamak tengok bola. Dan, sorang lagi... tak habis2 duk menelefon aku pastu duk text mesej entah apa2 bajet nak mati daa gitu. Alahaiii~ tension! tension!

At last, semuanya aku tolak dan buat tak tahu. Oh, kejam nya aku! Eh, bukan apa. I have a reason why I reject their 'offer'. Okay, first. Encik Is (not truly name)  ajak aku tengok wayang? Mak aihh... segan la oiih! Aku kenal dia pun time sama2 terlibat dengan satu program tu. Dan dalam program tu pun. Langsung tak pernah diri ni bersua muka apatah lagi berbual-bual. Inikan pulak, tetiba dia offer tengok wayang bersama. Oh tidakkkkk!!! For your information, aku TAK PERNAH tengok wayang berdua laki perempuan. Serius! Kalau ada pun, ramai2. So, standard lah kan. Aku bukan cop dia "haaa haa". Aku tahu dia merupakan lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Apa-apa pun, maaf yerrr.... Tapi seronok la berIM dengan awak! hahaha! Sempoiii......

Second. Encik...... (encik apa aku nak panggil ni.. hoho!) haaa... Encik Satria? Hurmmm, aku kenal dia pun dalam laman sosial twitter. Dia follow aku dan selalu tegur aku kat twitter. Dia merupakan kawan kepada classmate aku yang duk Ipoh ni haa. Hampir 2 bulan jugak kot kenal. Weh! weh! weh! Hensem kot dia. Smart giler! tinggi, putih, ada kete. Oih! sape tak nak ni...?  Rezeki kot rezeki! haha! Biar lah dok pom. Ku akui dia memang hensem. Tapi tak tahu la realiti macam mana plak kan. Selalunya gambar dengan kat luar, lain! Kadang-kadang gambar tu fake! Please jangan terpedaya! hohoho! Okay, tadi pun dia ajak aku keluar jugak. Bukan sekali ni je di ajaknya aku keluar dengan dia. Banyak kali jugak laa.... Dan macam biasa, asal terkeluar je topik macam nak date2 ni. Terus tukar topik! Hehehehe.. aku pun satu, tak nak! tak nak! Layan jugakkkk..... huhu! Tak apa, teman suka2 dalam dunia maya aje. Why aku tolak? Dia terlalu hensem! haha! segan laaa weh! Okay, memandangkan dia tu orang Ipoh, mesti punya ramai member kan? So, aku tak nak laa bila kenal dia kat luar ni pastu mesti ada member2 dia akan kenal aku kan? Nanti aku keluar kemana2 susah pulak! Aku ni jenis suka pergi tempat orang tak kenal aku. Sebab aku rasa bebas nak buat apa sahaja! Orang tak kenal kita kan, mesti diorang tak ambil peduli hal kita. So, elakkan! Kalau tak nak aktiviti sosial aku ni terganggu. hoho! 

Third,.. My classmate ajak keluar melepak dan tengok bola. Memandangkan aku ni jenis layan bola jugak, so diajak nya lah aku. hoho! Aku rasa lah kan, dalam 58 orang girl students dalam batch aku ni, aku sorang je yang suka bersengkang mata layan bola! wahahaha! Apa nak jadi entah aku ni. Hurm, tadi time tengah syok bershopping kat tesco, tetiba Izzat text ajak keluar. Mula2, nak je aku join. Yelaa, aritu pun aku cancel  nak join tengok bola daa... Tapi bila tanya dengan sape lagi, dia cakap sorang. Okay! aku nak tidur! huhu! Kalau ramai2 okay jugak. Baru syok 'berperang mulut'. Gamat lah suasana jadinya. Baru best! Kalau aku dangan Izzat berdua? Nak bual apa? bosan! *Pernah tengok bola berdua... eh, bukan berdua. Oleh sebab sampai awal sebelum yang lain2 sampai.. Jadi lah berdua! hoho! Izzat, sorry. Hurm, aku rasa ni kali ketiga aku tolak. Eh, kejamnya aku! kawan sekelas je pun! aishh! tak ape, chelsea menang malam ni! hehehe...

Haaaaa.... Yang ni paling aku tension sekali! Serius aku tak faham dengan mamat sorang ni. Adess! (tu laa, gatal sangat dok layan dulu)...  Myraa lah ni punya pasal! hoho! Aku pun satu, bagi izin kat myraa bagi je nombor telefon aku ni kat Mr. Beard tu. haaa, sape salah sape? erm, Mamat ni bestfriend Myraa kot. Tinggal sekampung plak tuuu...... Aku ada dengar cerita2 dari myraa pasal dia ni, perkara yang paling aku tak suka dengar dan kurang enak didengar. Dia ni duk mengharapkan aku, pastu kat bbm tu ada dia letak nya gambar aku. Gambar aku? Dia download kott.. entah kat mana dia ambil. Oohhh, matiiiii! Dia ni selalu telefon aku. Dulu selalu jugak bergayut dengan dia. Banyak plak kredit dia call aku.. hurmm, time bergayut dulu. Dia banyak cerita2 pasal hidup dia. Ahhh, stress nya! Tak faham betul aku. Mudah plak dia ni cerita2 pasal peribadi dia bagai. Kenal pun tak sampai sebulan. Biar betul dia ni. Pastu pulak, cerita2 dia tu banyak melerettttttt....  Mengantuk aku dengar. Dan maghrib tadi aku terima text dari dia... katanya begini

  "Sory gngu awk. lme xkecek dgn awk. mne tau lpas nie xleh dgr suara awk dh. k, salam"

aku tak tahu apa yg dia nak nga aku ni.... alahaaiiii...  6 missed call dia ptg tadi... huhu! Semuanya tak berjawab! dan mesej pom tak berbalas! Ahhh lantak ah..... Kejam kan aku ? 

Ohhh, awak, awak, awak, awak, awak..... Maafkan saya! Saya memang kejammmm! 


p/s: Aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya... Aku bukan memilih, aku bukan demand nak yang kaya2, aku bukan pandang rupa,  tapi aku nak something yang buat aku senang dan happy bila bersama. Apa orang selalu dok kata tu.... Haaaa! "Ada chemistry" macam tuuu.. baru iye~ 





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Salam Lebaran #1

Photobucket



Selamat malam semua! Amacam raya? Best ? Ada makna tak ? huhuhu!  *Actually, tak tahu nak merapu apa daa nih! 

Before that, I want to appreciated to our Greatest God sebab masih memberikan nyawa untuk jasad ini dalam meneruskan kehidupan didunia fana ni. (cewahhh! ayat!) Alhamdulillah! Jasad ini masih bernyawa. Dan sungguh terkilan, seorang teman ku yang tak berapa nak akrab tapi selalu sangat IM kat facebook kini sudah pun kembali ke rahmatullah pada hari Nuzul Al-Quran bersamaan 6 Ogos 2012 hari Isnin. (Hari aku dalam perjalanan pulang dari Gua Musang)...Beliau meninggal kerana terlibat dengan kemalangan yang mana dia dilanggar lari oleh orang Melayu yang tengah mabuk! Dannn beliau meninggal ditempat kejadian... Innalillahiwainnailaihirajiun........ Al-Fatihah untuk nya, Mohd Tajudin a.k.a Mat Ju...

Alhamdulillah diri ini masih berpeluang bertemu keluarga dan menyambut hari lebaran bersama. Semenjak kakak2 dan abang2 berkahwin, inilah kali pertama menyambut hari yang penuh makna tu bersama2. Semua ada hari tu! yipppiiiii!

For your information, ni lah kali pertama kami memakai baju raya yang sedondon ala2 boria. Seriously! I had along dreamed of it. Selalunya, aku boria2 dengan adik aku je laaa setiap kali raya... hehehe! Tak apa laaa... Tunggu kahwin nanti dan ada anak ramai2... Boria lah nak boria gak! (poyo giler ayat!) Tapi xpe, aku ada jugak matching dengan 'someone' time first Hari Raya... weheeee! (gedik kan? gedik kan? haha!)



KELUARGA BESAR
HAJI SALLEHUDIN + HAJJAH SITI HALIAH

Anak-anak ma dan ayah
Belakang dari kiri : sulung, kedua, ketiga, keempat
Depan dari kiri : ketujuh, keenam, kelapan, kelima

Anak perempuan ma ayah...


Anak laki-laki ma ayah...


Hajjah Norliza and family
Anak sulung Haji Sallehudin
Hariri and family
Anak lelaki sulung merangkap anak kedua Haji Sallehudin
Hasimi and family
Anak lelaki kedua merangkap anak ketiga Haji Sallehudin
Juliana and family
Anak kedua perempuan merangkap anak yang keempat Haji Sallehudin
Azlina and family
Anak ketiga perempuan merangkap anak yang kelima Haji Sallehudin
Teruna dan dara Haji Sallehudin + Hajjah Siti Haliah

ANAK MENANTU HAJI SALLEHUDIN + HAJJAH SITI HALIAH

cucu-cucu tok ma ngan tok ayah
hero tok ma ngan tok ayah


Agaknya... bila lagi  family mok su yah dan pok su jen nak bertambah yep!? hoho!






Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com
diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd