♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Rindu Dendam ku Terubat jua

Photobucket


Alhamdulillah, selamat sampai sudah kat kampung. Home sweet Home! hehehehhe... Wah, happy nya hidup! Sampai Kota Bharu pagi tadi, ayah dah tunggu terpacak kat stesen bas. Betul- betul plak depan bas. Alahai , sayang betul kat sy ye... Ma pun turut jemput sy... Sayang ma ayah! ^__^

Laju giler ayah drive tadi. Selalunya hampir 30minit jugak nak sampai. Tapi, tadi tak sampai 15 minit pun dah sampai. Bayangkan la, xleh nak duk diam, sekejap gerak kiri ,sekejap gerak kanan. Unimbalanced. Hey, awesome lah balik kali ni,... Entah apa yang buat jadi macam ni. Memang awesome! Bermanja-manja dengan ma ayah. ( entah sejak bila aku jadi  manja macam ni,. Sebelum ni tak pun. ). Sampai rumah, terus lolos masuk bilik ma! nak merasa katil baru sebenarnya! haha! tidur dan dakap nga ma. haha! Macam gedik je tadi. Kesian ayah tidur kat luar. hehehehe..... tak pe lah ayah , bila lagi org nak dakap nga ma macam ni. Nak dakap nga ayah segan plak.

Nak tahu tak apa 'aim' nak balik kampung ? Nak bodek ayah beli motor baru.! Tadi dah bodek ayah. Tapi ayah cakap guna motor tu dulu, nanti habis belajar nak beli kereta. Kalau beli motor, dua tiga tahun guna. Pastu, dah tak naik laa.... Hurmm, betul jugak ayah! Beli kereta eh , beli kereta eh.. hehehehehe.. Oh , nampaknya Abang Bad yang akan menemaniku susah senang ku nanti. Abang Bad, jangan merajuk eh! Tak nak lah nangis2 sakit sana sakit sini. Penat la nak bawa pergi workshop nanti. Ciksaa akan bersama Abang Bad. Susah senang kita harungi sama2 eyh , LOVE YOU SO MUCH! heheheheh....

Apa-apa pun, terubat jua rindu dendamku.... Nak tunggu balik lepas ni, susah plak.. Sebab banyak event yang aku get involves. Ma ada cakap kalau nak balik, cakap je... Tiket bas dia support. Alahai, ma....... Jangan lah manjakan saya sangat. Kan naik kepala plak! Dah la tak bagi kerja, ( haritu tesco ada call bila nak start kerja.. tapi tak jadi kerja )... " Belajar dulu , tak payah fikir pasal kerja. Duit tu , tak apa. Ma ayah boleh tanggung, Mampu lagi. ( memang la ma , tapi nak jugak independance.. belajar pakai guna duit sendiri. Hasil titik peluh sendiri. ) Kalau tak cukup duit telefon ma ayah. Belajar molek! " .... Alahai, syahdunya dengar... Sayang ma ayah sangat! ( nangis jap )

Haaa , lagi satu sebab kenapa balik. Ma ciksaa bank-in duit banyak sangat! Minta sket je. Dua kali ganda plak bagi! Aihhh, that why la balik ni. Cukup tiket pergi balik. Terima Kasih ma! terharu gilerrrr.... 



p/s : Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku. Agar mereka sempat melihat ku mengenggam segulung ijazah. Agar aku dapat berbakti kepada mereka. Agar aku dapat membalas jasa baik mereka membesarkan aku, mendidik aku menjadi seorang insan yang baik ( tak berapa nak solehah, insyaAllah aku berusaha untuk itu ), menyanyangi aku, menolong ku ketika dalam kesusahan. Ya Allah, besarnya pengorbanan mereka! Terima kasih Ya Allah ,kerana diatas kurnianMu ini. Amin ya robbal alamin.........

Ore saye ko ma ayoh........





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Perempuan Minat Bola... So what! ?

Photobucket



Salam petang dan salam sejahtera. Aihh, plan nya nak pergi AEON. Bukan main beria-ria diorang ni kata nak pergi. Aku pergi mandi , pastu siap2. And then turun bawah, semua tidur! Alahaiiiii~ Layan facebook lah kalo cenggini.

Hye guys, you think what I want supposed to share here? Alaaa ,kat atas dah ada, mestilah tahu kan ? Okay, aku nak gelak sekejap ni! There are many things that make me feel very amused! Haahahahahaha! Do you know what is the matter ? 


Haha! Apa agaknya kalau korang baca status and comment kat atas tu ? hihihihi.... Yang si Dayana pun sorang,.. Kau memang minat bola ker , atau kau nak tunjuk yang kau ni memang gila bola? haha! Yang nak tergelaknya, most of her status talked about my hero, okay! Heh , sejak bila Messi main EURO ni haa ? *curious ... Okay, mungkin kau over obsess dengan Messi. Pastu plak, barcelona kan kat Spain. So, ko bajet Messi main untuk Spain la?  haihhh~ ( tumpang simpati.. Jadi bahan lah kau Dayana. Bawa2 bersabarlah ya? ) Memang teruk kau kena bahan, tak kurang ada yang back up kau. Okay lah , yang back up tu.. Tapi yang bahan tu, .......

Ciksaa ni bukan apa sebenarnya, kalau tak tahu. Diam-diam je. Jangan bajet tahu , kau tahu apa akan jadi? Kau seolah-olah memperbodohkan diri kau! Nak bajet tahu pun ikut keadaan lah jugak. ( aku pun kadang2 buat bajet tahu je.. hehe.. )  Ciksaa ni pun bukan tahu sangat pun pasal bola ni, tengok bola pun sekadar nak habiskan masa lapang. Pastu nak lepak2 dengan member. So, apa2 pasal bola pun just as my knowledge jaa... Tak da laa nanti lepak2 dengan member nampak macam aku ni "kongo" dan tak  ber"educated". ( cehh, tak bereducated.. poyonya! haha!

Yang member perempuan yang aku kenal pun... Apa kurang jugak... Alahai , update status pasal bola kat facebook , twitter... Mengalahkan pages bola! Bila aku tanya something pasal bola, eheh , kelakarnya jawapan! Hanya mampu gelak dan senyum jaa... Hahaha! Bagitahu je laa, apa yang aku tahu. Nanti xde la dia "termalukan" diri dia sendiri nanti. ( Bajet tahu semua lah ciksaa ni kan ? haha ) Eh ,betul laa.. Boleh la dia nak menganjing sape2 kan. ( aku bagi hint tu!

Ciksaa ni bukan nak memperlekehkan dan memperendahkan perempuan or wanita dengan dunia bola ni. Sebab ciksaa sendiri ni pun perempuan, wanita dan minat bola! So, tak heran lah kan. Apa yang nak dicakapkan kat sini... Kalau nak cakap apa2 pasal bola pun , at least kita tahu benda yang kita nak cakap. Jangan main hentam semberono. Nanti kau jugak yang akan malu! Bukan setakat kau je , yang lain juga yang akan terkena tempiasnya.... Tengoklah plak tajuk untuk gambar kat atas tu "Kan saya dah cakap..org pompuan jangan sibuk2 pasal bola...ahaha"
haaah , tak pasai2 plak! Nanti yang gegurls lain baru nak minat bola turut jadi bahan... ish!ish!ish!



p/s: Housemates ajak keluar g Jusco Kinta City.. Ngada lah diorang ngada! Btway, mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa. Salam dari messi's wife.. hihihi!





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Jadi bahan Lawak,.. Memang Best!

Photobucket


Ehemmm, rasa macam baru semalam post entry, tapi tengok tarikhnya agak lama juga 'gap' nya.. hehehe.. By the way, anyway , in my way , in your way , in the best way or whatever way.......oh my head full of shit! Blanks! You know why? I am  "jadi bahan lawak" by my housemates! Oh damnnnnn! 4 vs 1 ? memang aku lah yang akan kalah....

Okay, this is the first time I so like this.... Eh, first time ? ouh, not the first time... But the second time~ ( First time , abang viva tapi biasa je.. not bad! tak macam sekarang ni! ) Abang viva dah "mampos"! But at the same time , ehemmm... he is present in my life.. Who is he ? Do you wanna know who is he ? Jangan harap aku nak bagitahu! HAHAHA! bukan apa, nanti hang plak buat aku bahan lawak. Penat lah weyh layan! Sikit2 tak apa.. Ni tak bedebuk nya kasi! Alahaii.... 

Percaya atau tidak... I met on the same day by two different men, different times, different purposes. FIRST TIME plak! Okay, aku pun tak percaya jugak pada mulanya. Bila difikirkan balik........... Okay , blanks! @^&*)$!~(hehehehheh...malu lah nak cerita. Biarlah rahsia! I know, he would read my post ).... Yang penting, one of them dah get lost!  *Oihh, macam kasar je ayat.......


Sejak dua menjak ni, anything that I do, has an observer....... 

When my phone received some message... " haaa, tengok2! '...' atar mesej tuu......." 

When I smiles tetiba dan sensorang..... " ehemmm, ingat sapo tu saa.... ? "

When I sing with a passion.... " haduii , nyanyi ko '...' ker? "

What the heckkkkkkkkk!! ? Saru lah hati aku... alahai , layan je la eh! Belum cerita yang lain lagi... haha! gilerrrr! haaaaa.... Yang tu okay lagi lah rasanya. Tang ni haa tak suka....

Bila aku syok buat something, "meksaa! meksaa! Ado ore luar! " Baru nak bangun.. Diorang cakap " A...! muhhahhahaha"..... Grrrrrrrrrr! 

THE HOT STORY , dan bahan lawak yang panas!!!!!!!

Okay, sejak dua hari yang lepas...Aku ada planning nak jogging ( tak planning pun, pergi jogging jugak ) and someone want to join me... But, sayang seribu kali sayang... keadaan tidak mengizinkan. Bukan sekali , but twice! Ohhh, okay... I don't know what happened. *Terfikir... ( agaknya apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Yang Maha Esa... Allahualam... )... Dan... dan... dan... dengan hujan itu lah yang menjadi "trademark" buat aku dan "dia"...  " oh hujan , sampaikan lah salamku padanya... Wahai sayangku '...' bersabarlah. Yang pasti akan ada pelangi untuk kita pada hari esok... " *( ayat nak mintak penampar!!! )  Yang selebihnya, malas nak cerita! 

Kawan-kawan! Sudah sudah lah.. Penat lah jadi bahan kena mapuh ni... Penat....! Okay, aku minta maaf sebab suka mapuh sek awok dulu.... trettttttttttttt! 


p/s : Oh my dear Allah , If he is mine, so it is himself with me hover. And, if he is not mine, so it is himself away from me... I don't want to have the heart to be broken later. 










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

BeSt Trip at Gua Tempurung

Photobucket


Wahhh! Nikmatnya hidup! alhamdulillah.... ( tadah tangan dan aminkan ).. Hai, guys! hehehe... nak cakap apa haa ? ( tak reti nak susun ayat ).. Okay, nak tahu? Pagi tadi kami buat trip ke Gua Tempurung! Walaweh! best gilerrrrr kot! First time kot masuk gua! haha! *Berfikir sejenak... Aku rasa kan, kebanyakan member2 aku ni, lebih banyak habiskan masa dan wang diorang dengan main bowling, tengok wayang, shopping ntah apa lagi laa... Tak ke membazir benda tu semua? ( ecehh... macam laa aku tak buat benda2 tu )... Tapi aku tak addicted sangat dengan benda2 tu semua. Alangkah bagusnya buat benda yang boleh puaskan hati malah boleh menerokai ciptaan Allah SWT. Setakat tengok wayang ? Apalah sangat... kalau cerita tu best, mungkin berbaloi. Kalau tak? Membazir! Lagipun, sekarang kan dah maju. Boleh je download cerita apa kita nak tengok! Free plak tu! ( Tapi tak best lah kan, nak tengok tu nak2 suasana macam dalam panggung. ) Bowling? first games boleh la. Rasa best main. Masuk 2nd games~ sure akan rasa bosan! ( kalau aku, 2nd games mesti kacau orang main.. haha! ni baru best! )... Shopping ? Nak bershopping tu, tunggu la time tengah sale. Baru jimat duit! Apa2 pun, tirulah macam ciksaa! hehehe! Rela habiskan duit dengan jalan, jalan, jalan dan jalan. Makan belakang kira! Bagi ciksaa ni lah kan. Berjalan ni memang berbaloi sangat! We can make an experiences, add our knowledges, and also dapat melihat dengan mata kita sendiri ciptaan Ilahi yang mungkin kita tak dapat jangkakan. Subhanallah! Engkau lah yang Maha Pencipta segala langit dan bumi.

( Panjang plak membebel ).. Okay, straight to the point! Time nak pergi ni, memang pagi yang kalut sikit. Macam biasa, pukul 5,6 pagi baru reti nak tidur ( aku je laa...hehe ).. Pastu, paginya baru nak kalut! Macam biasa, mesti masak kalau nak pergi jalan2 macam ni. Baru jimat! Tapi, saru nya aku, orang yang nak pergi hantar kami tu pukul 9.20pagi baru nampak batang hidung! aih, sedangkan kami pukul 8.15pagi dah terpacak kat depan pintu! ( asalnya, sewa dua kereta.. tapi nak jimat. just sewa satu je.. yang kami bertiga member punya member tolong hantarkan! hohoi! jimat! )

Around 10.00am sampai la dekat Gua Tempurung. Setengah jam dari Pekan Razaki. ( tak jem. Kalau jem memang lebih 1/2 jam ). Oihhh, ramai gila kot orang time aku sampai. Parking full. Mostly, yang ada time tu rombongan sekolah laa. Hari2 minggu mungkin macam tu kot keadaan. Haa, nak masuk dalam gua tu kan. Ada pakejnya. Tapi kami ambil pakej 3. Asalnya nak ambil pakej 4. Tapi diorang xdan duit. So, aku ikutlah diorang. Pakej 3 ni agak mencabar jugak! dan berbaloi dengan harga. ( ada rezeki nanti nak try pakej 4. Paling mencabar! ehemmmmmm )

For your information, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Gua tempurung boleh tekan QuicK FacT of Gua TempuRungBerita Harian.... Cerita dan fakta tu semua lebih kurang apa yang aku tahu dari tourist guide kami hari tu. So, tak susah2 la aku nak explain panjang lebar. Bukan apa, kat sini aku just nak storykan pengalaman aku kat sana je. That's only! ( hehehe.. kedekut ilmu! )

Time nak masuk haritu, kami join sekali dengan rombongan sekolah. Rombongan sekolah tu majoriti india, cina sket2 je. Dan yang melayu, kami bertujuh! tak apa 1 Malaysia kan ? hoho! Lebih kurang 40 orang dalam satu trip siri menjelah Top of the World and Short Adventure.
Mendengar briefing sebelum masuk Gua Tempurung.
Tepat jam 10.30 pagi. Siri jelajah mula bermula. Hehehe! Before starting step to entrance of the cave, say "Bismillahiramanirrahim"... Ya Allah, uniknya, indahnya, cantiknya, lawanya. Memang tak dapat nak diungkapkan dalam sebaris ayat. It's so amazing! Itu je boleh cakap! Dinding2 gua kelihatan cantik dengan bantuan cahaya lampu yang ada. Pandang kanan, waaa.. Pandang kiri,cantik giler!.. Pandang atas, uniknya! Pandang bawah, cantik kasut aku. Hehehehehehhe.....


Kalau tengok betul2, tu la kristal (bintik2 putih). 
Tak nampak sangat sebab guna 
kamera murahkan.



Perjalanan dalam perut Gua Tempurung tak ada lah susah sangat sebab dah disediakan tangga dan laluan pejalan kaki. So, tak mencabar sangat la. Rasa tercabar pun, naik tangga tu.... alahai penat! Di platform yang pertama , kami diperkenalkan ukiran semulajadi yang amat lah menakjubkan dan memerlukan imaginasi kita untuk describe kan seperti wanita sedang membelai rambutnya, bentuk muka manusia berkepala botak, kura-kura gergasi, siput/ais-krim/kon, Osama bin Laden ( manusia berjanggut ). Dan kat sini jugak, kita boleh tengok kristal! Kristal tu terlekat kat batu-batuan. Dan nampak obvious bila disuluh dengan torclight. It looks shiny! Waaaaa....! Menakjubkan!


Kamu tengok betul2... agak2 nya bentuk apa ? macam
hantu pun ada... hoho!











Tangga ni memang mencabar! Sebab kat dalam gua tu

 ( tanda bulat ) tarikan gravitinya lebih kuat

 berbanding diluar .




Golden Flowstone dikenali sebab dinding2 kat gua tu terdiri dari pasir2 halus seperti kristal. Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Platform ni jugak, tempat untuk merileks kan kaki yang kepenatan lepas panjat tangga "maut" tu.. hoho! 


Selepas melalui Golden Flowstone, kamu akan melalui satu tempat yang ada "neutral air-cond". Tempat ni paling best sekali! Bila berada kat sini, kaki2 yang lenguh, badan yang penat. Secara automatik akan hilang! Serius! Ermm, why "neutral air-cond" is happened? Okay, tempat ni mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk. Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca diluar.

Kawasan paling tertinggi dalam gua ni, dikenali sebagai Top of the World ( pakej yang kami ambil ) yang mana mempunyai ketinggian 125 meter dari aras laut.

Ini adalah tangga dan lampu terakhir. Lepas tu, bermula lah "dfficult journey".
Bermulalah cabaran sebenar yang mungkin kamu tidak akan lupa sampai bila2! huhu! ( ayat poyo ).. Wey, serius wey! Tempat ni tak ada kemudahan seperti mula2 jejak kaki masuk dalam gua ni sampailah ke tangga dan lampu terakhir tu! Bergelap lah kamu! hoho! Hey, kan bawa torchlight. Risau apanya! 

Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah. Tiada lagi trek yang bersimen mahupun lampu2 di dinding gua. Dari sini, kami perlu merangkak, menggelongsor, mencangkung, menyusur, meniarap dalam air sungai dan menyusup ke dalam lubang2 kecil bagi meneruskan "our difficult journey". Kotor dan basah ( dan juga terlanggar or terhantuk batu ) menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ni. Hiruk-pikuk jeritan dan gurauan kami  memenuhi ruang gua. Sesekali bergema. Aihhh! meme gege lah bunyi! 
Sliding : Part ni best. Main gelongsor! fuyyoh! laju giler!
but awesome! hewwww! 




































Setelah berpenat lelah, membanting tulang dalam menjayakan journey tu. Akhirnya, sampai jua di penghujungnya... Bila sampai je pintu keluar gua tu, barulah rasa penat2 nya. hoho! We have succeeded in this mission! yeahhhh! Who would have thought, right ? HAHAHAHAHAHA! It's so awesome lah babe! 


Pictures of the most sweet and romantic that I could take.
Pakwenya caring bertanya makwenya. "Okay tak sayang ? Nak abang dukung?"
kehkehkehkehkeh!
Papanya sambut mamanya time turun sliding. Waaaa... romantik aih! 



The most interesting picture and make it as memorable.






















p/s : On the way nak balik, hehe sempat singgah beli durian tepi jalan. Tak boleh bau durian. Addicted kot! hohohoho! 










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

I'm the best in the "Drama Queen"

Photobucket



First of all, I want to say sorry. Because this entry hurts a bit when reading. Okay, I don't care what are people think about me. I just try to stay away from person who made my heart " geram "! huhu! Maybe a bit harsh. harsh ? I think not suitable for it... But, like evil!? " talam dua muka macam tu lah kot! " HAHAHAHA! ( gelak jahat! ) This is witch meksaa la! 

Abang viva oh abang viva. Maafkan saya erk! Saya bukan apa, saya tak nak abang mengharapkan apa-apa dari saya. Mungkin kelakuan saya tadi agak menyakitkan hati. Bukan menyakitkan hati. Tapi memang sakit! kan ? I'm so sorry again. Lagi bagus kalau awal2 macam ni. Sebelum jadi lebih parah. 

Umph! menyesal dulu aku cakap aku ni single! Tengok, lain plak jadi. Aishhh! Actually, bukan apa. Aku tak suka abang ni. Serius aku tak suka! Sebab ? hurmmm..... dia terlalu over la! menyampah tahu! Aku dah lah band giler! giler! giler! giler! dengan orang berrrrlagak macam tu! Masih ingat lagi 1st time kami keluar ( itupun, dah banyak kali dia pujuk aku keluar ) boleh plak dia tegur cara aku pakai, tegur itu tegur ini. Gila apa abang ni ! ? By the way, aku boleh terima lagi laa bab ni. ( Tak nak cite pasal ni ). Pastu, ada part ni aku tak suka. Aku rasa macam nak hempok je dia! Suka suka hati je cubit2 bahu aku!

Time dia ajak keluar tu kan, dia cakap nak pergi beli baju. Katanya "abang nak beli baju laa sehelai lagi. Semalam abang dah beli kat SUB dua helai. Pening kepala taw duk cari baju ni. Mimi tolonglah carikan tuk abang sehelai lagi". ( geli geleman ayat dia ni ) Tak nak keluar pun sebenarnya. Dah duk pujuk2 dan galakan daripada housemate aku ni. Pergilah aku keluar dengan dia. ( okay, ini first time aku keluar berdua dengan lelaki semenjak aku berada di Ipoh ni. Oh, damn! first time ni jugak la buat aku sakit hati! ) " mimi, kita nak g mana ni? Abang ingatkan nak cari kasut style lah sket. Tengok abang ni pakai selipar jepun masuk tandas je....... " mimi, nanti pilihkan lah abang kasut ye?"..... "mimi, nak tahu tak? cermin mata yang abang beli pecah,. dah la mahal! kuang asam betul cina tu.!"....... urghh! tuptuptup! aku pilih yang mahal2... xnak plak! tak pandang plak yang mahal! aih! geram betul aku dengan mamat ni! gaya cakap macam orang banyak duit! aku tayang yang mahal2 ( dia tak pandang harga RM50 above ) pergi tengok barang yg lowest price. Aku pilih tu bukan untuk aku pun. Untuk kau jugak! Oppps! abang... Pastu, pilih laa baju untuk dia yang harga murah tu.. Heh! Pastu duk dalam Ipoh parade plak, sibuk2 plak cakap. " Kat sini xde butik PDI kan? Rugi tadi tak pergi AEON" ( tang ni aku sakit hati ni! Sabor wey sabor! ada hati hati nak pergi PDI.. huh! sah kan kat sini pun kau macam ni! 

Time tu dah la penat gilerr nak mampoihh! Mana taknya, kul 6 pagi baru tidur. Pukul 9 kelas. Pukul 12 interview. Pastu layan pulak kerenah dia! Gilerrrrrr r!  Ni ada ayat yang masih aku ingat dan takkan lupa...  "uihhh, kalau abang pakai smart2 ni, naik Gen2 ( time tu keluar naik Gen2 ) duit plak banyak. Wah! memang best lah keluar dengan mimi! " LOL~ okay, kau chop aku ni pisau cukur ke ? Giler besi ke ? Sorry sikit! Aku sikit pun tak hingin apa yang kau ada! Nasib baik dia offer kat aku, nak apa, nak beli apa... Aku cakap tak perlu! Nanti xde la lepas ni aku "terhutang".......

Dan, malam ini. Sekali lagi keluar. Macam biasa adegan pujuk memujuk. Okay aku setuju! Tapi kali ini aku keluar dengan seribu niat jahat. Pergi mana je, gerbang malam. Hhahaha! yang ni aku dah agak! Dia bawa aku pergi gerbang malam sebab nak kenalkan aku kat sepupu dan kawan2 dia! Panggil sayang plak depan diorang! Ya Allah , apa masalah abang ni ?! Umph, layan je lah. Kan aku bantahkan malu dia plak. Alaaa, dalam kereta pun.. asyik sayang la, apa la, tu laaa ( aku byk bantah! tapi dia wat dek! )... Nak terberak aku dengar! Dah laa , mintak "tanda" untuk pertemuan tu. "sayang, ini kali kedua kan kita keluar. Tak nak bagi tanda ke? kita couple sekarang." Lailahaillalah...... *sabor. pandai2 le aku menjawab! 

Tapi aku tak kisah lah! sebab.... time keluar tu, aku tak berhenti mesej! haha! nasib baik housemate aku layan! ( habis tu, aku nak mesej dengan sape? pakwe2 pun tarak! ).. mesej je apa2. Buat nampak aku sibuk! wahaha! siap tukar nama contact lagi. Myraa dyn jadi "amir" ... haha! Mana taknya, dulu aku cakap kat dia.. aku tak de pakwe pun! tapi takkan nak cakap aku ada pakwe tetiba je. hehehe! Time nak balik best! Saja letak  contact "amir" siap dengan gambar laki lagi.. ( gambar anak sedara aku )... So , bila "amir" call keluar lah gambar tu.. Elok2 je "amir" call dia tengok.... pastu angkat la konon2 nya cakap dengan pakwe! hahahhahahahhahahaha! buat lawak ke apa! Opppppsss! terkantoi aku dah ada "pakwe"... hehehehe... dua kali plak, "amir" call! siap panggil b lagi! hahahaha!

Tapi kan , tapi kan........ Abang ni..... nampak macam frust gilerrrr! memang muka frust la. Tapi dalam hati aku terasa jugak kott.. Kejam sungguh aku ni... Memang kejam! abang tu tanya, " kenapa kamu tak berterus terang je yang kamu ada pakwe ?".. Okay, jawab aku.. " memang dulu saya bagitahu abang saya xde pakwe.. time tu saya tengah bergaduh dengan pakwe saya. So, kami putus la.. Pastu, haritu dia pujuk saya nak smbung balik..." then,......... mulalah abang ni merapu. Macam biasa! Nasib baik time tu, nak nak sampai kat rumah daa...... tak perlu laa dengar ayat sedih dia tu... takut nantikan aku plak yang turut bersedih! 

Okay..... berakhir lah sudah lakonan ku! Harap lepas ni, dia dah tak ajak dan pujuk2 keluar... Cukup sekadar hubungan as a customer! Dan harap lepas ni, xde laa aku jumpa orang macam ni lagi. 



p/s : agak kejam apa yang aku buat tu, kan ? Tapi adalah lebih baik sekarang aku buat, sebelum jadi lebih parah... Please forgive me! #Sometimes, terfikir jugak! macam mana orang tu ( org yang kita suka ) buat macam ni kat kita ? fikir la fikir! fikir puas2! nanti dapatlah jawapannya. 









Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

"Nice" called I'll never forget

Photobucket


ehem! ehem! Petang yang yang indah dan amatlah menggelikan hati. Oh my beloved ayah! tak sangka ayah ni kannnnnn.... HAHAHAHA! Pandai ye melawak!

This is first time we are "bergayut" with a few minutes! not like before. Just talks about the important things only. Then , hung up! Tak ade nak buat lawak2 nya. Tak macam tadi.. Weeeeee! ( rasa happy sangat! )... Ehem , actually aku just nak sampaikan keinginan hati nak motor baru.... Motor ni asyik2 nak rosak je! Bosan laa aihh asyik kena hantar workshop. Pak cik india tu pun dah macam lain tengok aku. Dah dua kali tuntun motor g hantar workshop. Jalan kaki plak! Penat laaa kalau selalu macam ni....( belum lagi rosak yang lain tu haaa ).. Duit pun selalu terbang! 

Haha! yang ni kelakar... 
 "ayah, ma oyak ayah beli katil baru ? buleh laa dakap nga ma pah nih".. 
balas ayah, " hoo laa, bosey doh ayah tido bowoh sore2. Kecik sangat katil tuh"
"hahaha! Pah ma oyak ayoh beli sofa baru jugok.. Pah buleh laaa beli motor baru ko ore pulok!" ( part ni ayah aku gelak, gelak dan gelak )
"Amboiii , guna lah motor2 tuh nya. Kito kea nak g belaja"
"alooos , ayah... motor ni berjame doh kea ayoh. Beli lah motor baru. Pah buleh nurun ko ika plok motor tuuu.. Result ore molek ayah! Buleh laa v adioh ko ore " ( suara merajuk )
"Hoo , nanti laa.. Ayoh oyak ko ma suh atar keto." ( sambil gelak )
"hahaha! umphh! ayoh ni. Beli lah motor baru!"
" Nanti ayah beli myvi."
" Nawok ayah! "

( dialog nampak macam gilo sore dok! Lantak pi laa... ) Weay , bukan senang nak cipta moment mcm tadi. Tambah2 lagi tengah bercakap dalam phone. Alahaaii , ayah aku ni bukan jenis sempoi , sporting gitu. That why laa, agak awkward lah sikit untuk aku nak communicate. Nyata sama sekali salah! Ayah aku "sportinggggg".... haha! SAYA SAYANG AYAH! 

Eh, ayat ayah aku yang last tu... Kan baik kalau jadi kenyataan! Perghh! dapat myvi sebijik memang best la! huhuhu! But, I never hoped for it ! Ayah aku ni bukan boleh caya. Kadang-kadang cakap je lebih! At least, dapat motor baru pun dah menggembirakan hati aku. Saya nk nouvo ayah! hehehehe *demand

Heran bin entah apa. Kenapa ayah pelik sangat sekarang ni. Beli perabot ? oh noooo! Jangan harap! Dulu masih ingat ma aku beli meja makan baru... Alahai , membebel ayah aku. Sebab ayah aku ni jenis yang berjimat cermat. Meja makan tu, bukan 1k.. But 2k ma aku beli.. amek nak! hampir 3k plak! hahaha! Bising lah ayah aku. Tapi sekarang lain plak. Dia plak yang sibuk2! Beli katil, sofa.. hahai! pelik betul ayah ni! Tanya ma, "dah bakpo ayoh jadi gini ?".. jawabnya " ayoh mu nok tuka hok baru2 belako laa , nok nanti mu nikoh sikit lagi! " .... oh my....! merapu apa laa orang tua nih! 

By the way, tak rugi telefon ayah tadi.. weheheheheh! I loike! Baru tahu ayah pandai melawak! Sayang ayah! Okay, mana taknya.. sebelum selalu cakap nga ma je! hehe! pah ni nak call ayah lagi.. nak gurau2 nga ayah! hehe! ( nak bodek sebenarnya )


p/s : Ma aku topup plak! Tak minta pun padahal.. Alahaii , baiknya ma! Ma topup masa kita sampai kat Malaysia haritu pun masih ada lagi laaaaa! banyak lagi! Makin banyak kredit aku! hohoii! 










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Life of a "haRpy"

Photobucket


Sekarang pukul berapa ya ? Kalau kat dashboard lappy aku ni. Jam tepat pukul 4.00am. Hurmmmm, masih rasa tak mengantuk lagi. Dan entah kenapa rasa macam nak jugak says something. Pernah tak kamu berada dalam situasi macam ni.?

Kawan kamu, mempunyai perasaan dengan seseorang tu. Dan dalam pada masa yang sama, kamu berhubungan dengan orang tu. Dalam tu jugak, orang tu juga menolak sayang or cinta kawan kamu. Sedangkan kamu suka2 je dapat berhubung dengan orang tu.

Hurmm, agaknya apa kawan kamu akan fikir ye ? Mesti dia akan fikir. Kamu perampas! Right !? Mana tidaknya, kawan kamu meluahkan perasaan dekat mamat tu. Then, mamat tu tolak kasih dan sayang kawan kamu. Dan dalam masa yang sama dia berhubungan dengan kamu. Kalau aku, sure2 fikir macam tu jugak! Mesti akan fikir macam tu!. Agaknya apa yang akan kamu buat ? Tinggalkan orang yang kawan kamu suka tu. Atau teruskan berhubungan denagn dia?

Actually, this situation is no stranger for me. Huh! dah biasa. Agak complicated lah jugak. Always like this. Aku selalu kenal dengan someone through my friends. Hari tu, ada member punya boyfie add aku. Aku just aprove je la. Elok-elok je, selalu jugak chatting. Dia jenis yang mudah mesra dan aku jenis yang melayan. That why la nampak baik hubungan tu. Tapi entah apa sebab, tak lama lepas tu. Diorang terus break up! ( yang pasti tiada kaitan dengan aku. Alhamdulillah

Pastu, yang ni plak. Macam biasa diorang yang add. Aku approve. ( aku approves pun bukan sebarangan. kalau dia tu selalu timbul kat wall aku tu baru aku approves. ) Aku approves pun sebab dia selalu komen dan macam mudah masuk. Gitu la. Orang ni pakwe kawan aku punya member. So, nampak macam tak heran lah rapat pun. Kami komen2 pun macam agak giler2 sikit. Okay, aku tahu dia ada makwe. Sebab tengok kat wall ada relationship. But, I just ignored that. Bosan! Layan je. Tak kemana pun. Dalam dunia maya je. Sampai lah ada makwe dia IM aku via facebook, tanya pasal relation ni. Weh! serius kelakar! Hurmmm, lepas tu. Aku kurang dah layan mamat tu! Malah aku layan dengan dingin sekali! Lantak lah kau nak terasa ke apa. Better aku undur diri daripada menjadi penyebab korang bergaduh! 

Oh, danm! Shit! How could it happened to me? hurmmm. I'm sick of this life. I just wanna scream!!! Kalau nak diceritakan banyak lagi sebenarnya. Okay, konklusinya. Aku adalah perampas! Okay, aku perampas! Sebab, sifat aku suka melayan je! That why, jadi macam ni. Bangang nya kau! 

Kau memang tak layak! Tak layak digelar kawan, kan? Ohh! my dear Allah. Please help me. Why do I always find the wrong person ?




p/s: What should I do ?





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Happy Moment with my housemate

Photobucket



Hye guys. I want to ask some question. Awesome tak saya? hoho! Poyo lah kan. Eh, betul la. Saya memang owesome! Tak caya? Okay. No hal. *Lantak kamu lah!

Actually nya kan, kami satu rumah ni, dah lama plan nak picnic sama-sama. Hari tu, hampir nak pergi. But there is some problem. Tak ada transport!  Ada tu ada, motor laa... takkan nak g nga motor plak,kan? Kami2 ni perempuan. Tak elok lah kan.So, yang pergi tempoh hari tu. 3members only! Aku, myraa din, aen. Yang lain semua tak nak ikut. Sebab, kami pergi dengan member laki. Wawa punya bestfriend. Mungkin, awkward la untuk diorang ikut.Hurmmm..... Time tu join dengan budak rumah Meru sekali. 

So, hari ni,  Aku volunteer kan diri... sponsor kereta... Tak berkira pun! Bila lagi kan? Takut rumah ni makin berkurang. ( Sebab dua orang dah keluar dari rumah ni ). Plan asal, nak pergi pagi esok. Memandangkan diorang ada hal. So, pergi la petang tadi. ( Pagi tu, aku baru bagitahu hasrat ni kat diorang. Spontannya, dioarang cakap "jom sekarang!" Apa lagi. Terus gerak la! Booking kereta. Masak2 apa yang patut.Alhamdulillah, semua bagi kerjasama. )

Saya booked kereta saga blm. Takkan nak viva plak? 6 orang nak muat. Diorang ni bukan kecik2. Besar2 semua! haha! Kalau ada avanza, avanza aku ambik! hohoho! RM8 sejam. Okaylaa.. ( abang viva tu, hoh! kedekut hapah! sepatutnya nak mengorat aku. kene buat baik2, kan ? grrrrrr!
Kereta ni gilerrr! handbreak xde function! nasib baik tak langgar kereta belakang. Dan nasib baik aku cekap handle.


Inilah makanannya. Nasi goreng tu yang asalnya, aku masak untuk breakfast. Dah sayang tengok nasi banyak dalam periuk. Nampak macam membazir, so aku buat nasi goreng. Pastu, tambah bihun, sebab nasi goreng ada sikit. Ekspress kot time ni! Time ni, nak goreng bihun ni kelakar. Yang tu tak reti buat, yang ni tak reti buat. Aku pun buat je laaa... bantai je! HAHAHA! tak menjadi sikit. Lastly, pass kat aen. Biar dia tambah la apa yang tak cukup. Tinggal je kat diorang. Aku keluar g ambil kereta. Then, makanan yang lain-lain tu yang lain masak. Boleh kata siap seorang kene buat. Yang tu goreng nugget, yang ni goreng keropok, yang tu buat air. Hohoho! Bekerjasama!   


Happy faces.. Bukan senang nak cipta moment macam ni. hoho! kan ?


'

Hohoiii! Enjoy benor! Terasa senang hati tengok diorang gembira. Tapi sayang, rasa kekurangan. Waniey tak ada. Liana? hurmm, tak rapat sikit kot. Its okay.




Tak puas makan dalam air. Makan sambil main. Hebat tak ? hehehe... Korang tak ada nya.
Strategik kami pilih port. Ada taman permainan sekali! hahaks!
Lepas mandi main ni.. Best gilerr!  we seem likes "kanak-kanak ribena".
hahahaha!



Lepas tu kan, dalam pukul 6.00pm macam tu laa... Kami gerak balik ikut jalan Silibin. Tak lalu ikut highway, macam yang kami lalu masa nak g Chepor. Alang-alang tu boleh kenal hostel Sri Murni. ( nampak macam teruk je hostel tu ). Pengembaraan belum berakhir, kami singgah Taman rekreasi Gunung Lang. Hohoi! 



ALHAMDULILLAH.... Lastly, what I want, have already occurred. Berbaloi rasanya keluarkan untuk ini.



p/s : hey, I got my result for the last sem.. ( semester 2 )... But, I don't feel satisfied! Because I don't know how about my pointer! oh, damn! Why? Why? Why? I just know "PASS"! Kenapa tak bagitahu je. Tak senang duduk tahu! 








Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com
diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd