♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Rindu Dendam ku Terubat jua

Photobucket


Alhamdulillah, selamat sampai sudah kat kampung. Home sweet Home! hehehehhe... Wah, happy nya hidup! Sampai Kota Bharu pagi tadi, ayah dah tunggu terpacak kat stesen bas. Betul- betul plak depan bas. Alahai , sayang betul kat sy ye... Ma pun turut jemput sy... Sayang ma ayah! ^__^

Laju giler ayah drive tadi. Selalunya hampir 30minit jugak nak sampai. Tapi, tadi tak sampai 15 minit pun dah sampai. Bayangkan la, xleh nak duk diam, sekejap gerak kiri ,sekejap gerak kanan. Unimbalanced. Hey, awesome lah balik kali ni,... Entah apa yang buat jadi macam ni. Memang awesome! Bermanja-manja dengan ma ayah. ( entah sejak bila aku jadi  manja macam ni,. Sebelum ni tak pun. ). Sampai rumah, terus lolos masuk bilik ma! nak merasa katil baru sebenarnya! haha! tidur dan dakap nga ma. haha! Macam gedik je tadi. Kesian ayah tidur kat luar. hehehehe..... tak pe lah ayah , bila lagi org nak dakap nga ma macam ni. Nak dakap nga ayah segan plak.

Nak tahu tak apa 'aim' nak balik kampung ? Nak bodek ayah beli motor baru.! Tadi dah bodek ayah. Tapi ayah cakap guna motor tu dulu, nanti habis belajar nak beli kereta. Kalau beli motor, dua tiga tahun guna. Pastu, dah tak naik laa.... Hurmm, betul jugak ayah! Beli kereta eh , beli kereta eh.. hehehehehe.. Oh , nampaknya Abang Bad yang akan menemaniku susah senang ku nanti. Abang Bad, jangan merajuk eh! Tak nak lah nangis2 sakit sana sakit sini. Penat la nak bawa pergi workshop nanti. Ciksaa akan bersama Abang Bad. Susah senang kita harungi sama2 eyh , LOVE YOU SO MUCH! heheheheh....

Apa-apa pun, terubat jua rindu dendamku.... Nak tunggu balik lepas ni, susah plak.. Sebab banyak event yang aku get involves. Ma ada cakap kalau nak balik, cakap je... Tiket bas dia support. Alahai, ma....... Jangan lah manjakan saya sangat. Kan naik kepala plak! Dah la tak bagi kerja, ( haritu tesco ada call bila nak start kerja.. tapi tak jadi kerja )... " Belajar dulu , tak payah fikir pasal kerja. Duit tu , tak apa. Ma ayah boleh tanggung, Mampu lagi. ( memang la ma , tapi nak jugak independance.. belajar pakai guna duit sendiri. Hasil titik peluh sendiri. ) Kalau tak cukup duit telefon ma ayah. Belajar molek! " .... Alahai, syahdunya dengar... Sayang ma ayah sangat! ( nangis jap )

Haaa , lagi satu sebab kenapa balik. Ma ciksaa bank-in duit banyak sangat! Minta sket je. Dua kali ganda plak bagi! Aihhh, that why la balik ni. Cukup tiket pergi balik. Terima Kasih ma! terharu gilerrrr.... 



p/s : Ya Allah, panjangkan lah umur kedua ibu bapaku. Agar mereka sempat melihat ku mengenggam segulung ijazah. Agar aku dapat berbakti kepada mereka. Agar aku dapat membalas jasa baik mereka membesarkan aku, mendidik aku menjadi seorang insan yang baik ( tak berapa nak solehah, insyaAllah aku berusaha untuk itu ), menyanyangi aku, menolong ku ketika dalam kesusahan. Ya Allah, besarnya pengorbanan mereka! Terima kasih Ya Allah ,kerana diatas kurnianMu ini. Amin ya robbal alamin.........

Ore saye ko ma ayoh........





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd