♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

trip to Medan

Photobucket


oh my blog ! hoho! miss u damn much laa!
a long time never seen... =P
hahahaha ! poyo laa weh !

ehemm... hari ni berapa haribulan ? 15/6/2012 .... okay , genap dua minggu lah kira aku kat Malaysia... hurm , the atmosphere in Malaysia is freshie lah and also have a beautiful scene ! very different at my hometown Medan , Indonesia... Bertuahnya rakyat Malaysia , kan ? ( hahaha! poyo gila nak mampoihh ! )... berbalik kepada cerita asal.. Ini adalah kali kedua vacation aku ke overseas. Yang first , overseas at Thailand. Tapi tu bila , time aku kecik ! Tak berapa nak ingat moment tu...

Sebenarnya, aku tak dapat pun nak ikut vacation ni. Sebab, clash dengan kuliah. Hah ! ada aku kisah !? ikut jugak... bantai je laa! tak aci la, diorang je selalu jenjalan kat overseas! aku pun nak jugak! Bali , aku dah terlepas... Padang , Bukit Tinggi pun terlepas jugak. Singapore pun sama! Sedih woo! mana boleh cenggini ! 

Before that, thanks to Allah sebab dapat jugak join vacation ni... bukan senang nak dapat oih! okay lah , naik flight tambang murah je.. Berbaloi jugak RM 270 satu kepala untuk tiket flight. haha! Senang cite , kau ada ? *annoying face!


FIRST DAY VACATION...  30 May 2012 (on the way, Danau Toba)

"Wargh! mak aih gilerr...! lewat dah ni..." haha! semua pakat kalut. Mana taknya , pukul 4.30pagi baru tersedar. Nak siap2 lagi pastu nak pergi LCCT tu bukannya dekat ! Fuhh , nasib baik barang dah siap packing. Almost 6.00 am baru sampai LCCT. Ramai kot orang! pagi pagi buta ouh! Sampai je , terus pergi surau. Solat subuh.. Dan check-in around 6.45 am. Fuhhh , lepas check-in and masuk ruang balai menunggu tu... sambung tidur! hehe.. weh , penat weh! tidur pukul berapa malam tu. Pukul 2 lebih gitu tidur. Tengok movies.. Best! 
muka bajet comel... huahua! tapi saya memang comel pun kan ? 
( jgn buat muka annoying! aku sula kan! )

Alahh , sekejap je pun tidur. Sebab tengok makanan kat depan! haha! ada dunkin's donut , curry-puff , tea panas.. umphhh! sedap ,kebetulan perut lapar time tu. hehe.. duk sekejap , dengar announcement suh gerak pergi kat flight. Kesian ma aku penat jalan. bukan dekat oih! hurmmm , nak buat cemana. Dalam flight , mak aihh.........~ semak jetak pramugara! haha! *okay , sambung tidur! hehe

Urm , dari LCCT, Sepang ke Airport Polonia, Medan xde lah lama sangat. Tak sampai 45minit kot! Sekejap giler! nak tidur pun tak sempat nak bermimpi.. Lagi lama dari Airport Pengkalan Chepa ke LCCT. Lebih jugak 45minit.. Dekat sejam jugak laa.

Pukul 8.30 Malaysia sampai kat sana. Wah! sejuk kot... Keluar je dari pintu utama, kami disambut baik oleh tourist guide dan mereka bawa kami ke tempat parking bas. Best jalan time tu, tak perlu bawa barang. Pekerja dia yang bawa! haha! *pemalas! ... Kami naik bas PARIWISATA ( bas persiaran ) dan menuju ke HOTEL GRAND ANTARES yang terletak ditengah2 kota Medan untuk menikmati breakfast. Sedap kot menu kat situ... Nasi goreng , Mee goreng semua berbeza cara masak. Lain dari Malaysia. Aku suka omelet! umphhh! sedappp! chef dia yang buat. On the spot plak makan. 


After that, we continued our journey. hehe. Around 10.00 am gitu la, gerak ke Danau Toba. Nak tahu berapa jam ambil masa nak sampai sana ? 5 jam kot ! macam Ipoh nak balik Kelate! hoihh! Sepanjang tu kan, aku paksa diri tak nak tidur! oi, rugi kot... Jalan jauh2 nak tidur! Baik balik tidur rumah! Tapi , ada time aku kalah. Tertidur jugak! haha! Sape boleh tahan ngantuk 5 jam dalam bas. aih! 

On the way tu, kami ada singgah kat Rumah Paten..( betul ke nama tu? main hentam! ) tempat tu, lebih kurang macam tempat jual asam-asam gitu la. Pada jam 3.00pm waktu Malaysia kami singgah di RESTORAN GARUDA for lunch and tunaikan solat fardhu. 

Kami disajikan makanan tradisional masyarakat jawa ( minang ).. erm, makanan diorang not bad laa... Boleh la diterima tekak aku yang tengah lapar ni. hehe! ( lapar sokmo! ) Tapi kebanyakan sedap kot makanan dia! Ayam goreng dia sedap! Kerabu sayur. Jeliro mulut weh! 


Sambung balik perjalanan yang terbuang! hehe... Part ni menarik, pelbagai cara hidup mereka yang dapat kita tengok. ( mana taknya, time ni jela aku boleh tengok sebab sebelum ni aku tidur je.. hoho! ) Cara diorang berbeza sangat dengan Malaysia. Tengok lah budak sekolah diorang plak! Perghh! selamber giler badak , rambut tu macam2 fesyen, pakaian pun apa kurang , handphone tak yah cakap. Tapi paling ketara budak perempuan laa. Kalau kat Malaysia ni , masuk bilik disiplin hari2 rasanya. 

Pastu pengangkutan diorang pun agak kelakar jugak. ( pada pandangan aku la.. haha!) diorang naik van je... kira macam taxi laa function van tu. Haaa , yang paling obvious! Besar giler gedabak area ( pemancar eletrik ) rumah sorang2! buleh muat aku sorang dalam tu.. letak toto boleh buat tempat tidur! haha! Pastu kan, rumah diorang berlantaikan tanah je... *sedih tengok! Kira bertuah la ada bumbung dan dinding. Yang peliknya , bila kaya , kaya terrlajak ! bila miskin , sesok terrlajok! 

Pastu , disepanjang perjalanan tu kan... Banyak kubur kristian. Merata! tepi , depan rumah. uish! macam mana lah orang rumah tu hidup? tak takut ke ? kubur tu... Kubur tu plak, pelbagai pattern.. Dan pattern tu la yang menggambarkan ketinggian darjat seseorang yang meninggal tu... yelaa , kepercayaan animisme kan.

Yang ni pun tak kurang hebatnya, cara diorang bersawah. Unik! bila tengok sawah padi tu, teringat time belajar Geografi form 3. Di Indonesia mengamalkan tanaman berteres sebab faktor geografi so, diorang buat macam tu. Dan mereka menanam padi huma. 


Okay, guys! sampai sudah hotel yang dicari. PARAPAT VIEW HOTEL !  ( haha! kelakar giler nama ! @__@ ) Around 6.00pm kami sampai kat sini. Awesome giler! Subhanallah... sungguh cantik ciptaanMU.. Bilik kami menghadap tasik. haha! best!  Nak tahu tak ? semua bilik hotel kat sini. Tak ada aircond dan tak ada kipas! so , maknanya. tempat ni memang sejuk! Swimming pool ada , tapi sayang. tak bawak swimming suite. Lagipun, kolam tu nampak kotor laa. 

Sebelah malam , kami dibawa ke Rumah makan Islam Murni ( kedai makan ). eh , lupa nak cite. Jalan kat sini , ya Allah sempit gilerrr... kalau kat Malaysia bas takkan masuk jalan sempit , jalan kampung gitu laa. Its so hard sikit time kami nak masuk ke Parapat Hotel tu. Jalan sempit kan! 

nyum! nyum! nyum! sedap jugak makanan dia. Walaupun nampak macam lebih kurang sama dengan Restoran Garuda. Dua kali tambah nasi ! hehe! Kat Restoran Garuda tu pun aku tambah jugak ! lapar weh lapar ! hoho! 

Lepas tu, kami balik hotel. Rileks! yang tua-tua masuk bilik, rehat. Kami budak2 lepak kat tepi kolam sambil tengok tasik. Fuhh! nyaman nya udara! 




SECOND DAY VACATION... 31 May 2012 ( Danau Toba )

Kami bersiap dan berkumpul dilobi hotel pada jam 8.00 waktu Malaysia. Dan breakfast. Kami disajikan bihun dan mee goreng. Sedap! hehe..! 


Lepas breakfast. Terus check out! tak lupa candid2 gambar... hoho! Ambik gambar tu pentin taw! 



Then, kami gerak menuju ke jeti untuk naik kapal. Ada nama tempat tu, tak ingat la! pelik sangat nama. hurmm,.. Bertuah kami naik kapal waktu pagi. Udara nya nyaman. Sang mentari pagi pun okay! Tak panas. Redup2 gitu. Masa atas kapal tu kan , wah cantiknya ! Subhanallah... gunung ganang disekeliling memang tak pernah aku jumpa! Terlalu cantik lah! Sometime aku fikir , rasa macam kat New Zealand. Cewahh! Hotel- hotel ditepi tasik. Wah, unik kot! Kolam dia lagi best, air tasik tapi dia buat benteng. It's so amazing la! 

Dalam sejam tu, lastly sampai jugak tempat yang ingin dituju. Pulau Samosir ! maksud pulau tu , tasik diantara gunung. 





Ini tugu yang melambangkan peringkat kebesaran seseorang raja , pembantu macam tula.. Tapi kalau melihat kepada sejarah, lebih kurang macam zaman kesultanan Melayu Melaka. Yang mana peringkat pertama adalah sultan diikuti dengan syahbandar, bendahara, laksamana dan anak-anaknya.. hoho! Tapi yang ni, kalau raja tu mangkat diganti dengan yang bawah dia tu ( keturunan raja )...Percaya atau tidak? Dalam tugu ni ada mayat raja-raja. Apa nama raja ni.. erm , Raja Silanagan. Mereka ni dipanggil orang batak atau masyarakat batak. Mahu tahu lebih lanjut tentang orang batak. Klik Sini . Rumah mereka pun agak menggelikan hati ( bagi aku la ) sebab pattern rumah diorang berbeza lelaki dan perempuan. Kalau perempuan tangga pintu depan rumah lebih kedalam manakala yang lelaki menjulur keluar. So, senang la nak tahu mana rumah lelaki dan perempuan. Kalau korang nak tahu rumah mereka lebih kurang macam Rumah Minangkabau. Tapi yang bezanya kedudukan pintu tu! Beza ! 


Heheheheh.. part ni paling best ! hahah! *otak kuning!  apa yang empat bijik tu ? hihi.. apa tu ? apa tu ? korang tahu ? agaknya apa? hoho... itu adalah payudara wanita. Kenapa 4 ? haha! normally 2 kan ? pelik aih! apa jadi tu ? hoho! Okay, meh nak cite apa semua ni. Orang Batak dulu, sebelum pergi merantau dia harus pegang itu. Untuk mengingati jasa ibu menyusukan kita. Kalau dia tak pegang itu sebelum merantau kiranya dia pergi tanpa restu. Cicak plak , erm kalau korang perasan kan. Cicak kalau tercabut ekor takkan mati kan. Malah cicak tu boleh hidup lagi .So, maknanya cicak ni melambangkan yang diorang ni boleh hidup dimana mana sahaja. Apa yang penting. HORAS! HORAS! HORAS! 

Yang ni plak , dia cerita pasal hukuman kepada penduduk yang bersalah. Pada mulanya, mereka akan berbincang sebelum manjatuhkan hukuman. Manakala yang tertuduh tu duduk didalam kandang pesalah. Alaaa , functionnya lebih kurang macam mahkamah kat Malaysia ni. Dalam berbincang tu , mereka mesti terdiri daripada sembilan orang! Kalau genap tak boleh susah nak tentukan. Dah berbincang siapa yang bersalah. Yang bersalah tu akan dibawa ke tempat hukuman dilaksanakan. Cara mereka pelik kot! Yang bersalah akan dibaringkan diatas batu. ( actually aku dah lupa caranya.. lagipun banyak senjatanya.. aishh!



Sebenarnya, aku tak berapa nak ingat la part ni. hoho! sorry! tak leh nak sharing la.. Tapi kat ni lebih kepada sejarah kehidupan masyarakat dulu la. Cara pengamalan hukuman mereka tu , dah tidak digunakan pada masyarakat kini. Sebab cara nya mungkin nampak kejam kalau nak diamalkan hari ini. Sejarah hanya tinggal sejarah. 

Then, lepas tu. Kami ada beli souvenir kat sini. Harganya macam standard Malaysia je. Tapi siapa belanja kat sini ( bukan setakat sini je , seluruh Indonesia ) mungkin dipanggil jutawan. HAHA! 


Our journey still diteruskan. Kami bergerak ke jeti naik kapal dan menuju ke TOMOK.. haha! kelakar nya bunyi! bila tengok nama tempat tu , teringat tomok new boyz.. hiuhiuhiu! Percaya atau tidak mungkin Shah Indrawan Ismail ( tomok ) ada kenangan yang tertinggal kat sini. So, nak ingat kenangan tu dia menggelarkan dirinya TOMOK. Mungkin! hahaha! *suka hati aku je!    

Haaa... nak bagitahu sape2 yang belum datang lagi dan nak bershopping. Better datang kat sini. Lagi banyak pilihan berbanding dengan Pulau Simosir. Okay dipendekkan cerita , Pulau Simosir dan Tomok ni banyak cerita pasal sejarah masyarakat dulu. ( actually aku bosan la bab2 sejarah ni. adeh! ingatkan nak berjalan sakan jeh!


Around 2.00pm waktu Malaysia kami  balik semula ke jeti kat mana kami mula2 naik dan lunch dekat Istana Minang. Wah! tak lupa minum sik sak ( betul ke eja? ) atau jus durian belanda. Jus kat sini best kot! Sebab guna buah betul2 buah. Bukan kordial! Nice! Lepastu , kami solat dan get ready for other journey. 

Time ni, hujan. Perjalanan yang agak mencabar. Sebab jalan sempit dan berbukit. Banyak tanah runtuh. Tapi alhamdulillah kami tidak apa-apa. Laluan kali ni lain dari laluan yang kami lalu. Sebab jalan ni dia pusing tasik dari atas bukit. Pemandangan nya tak payah cakap! memang cantik giler! susah nak jumpa. hoho! entah pukul berapa kami singgah di Simajarunjung. Menikmati minum petang! ceh! hoho! tempat ni terletak ditengah2 bukit. Sejuk kot time ni. Bila bercakap keluar asap. hoho!  


Lepas minum petang , kami gerak menuju ke Sipiso piso waterfall. Tempat ni memang the best place la. View nya cantik. Kita boleh tengok air terjun yang turun dari bukit yang tinggi pastu pada masa yang sama boleh tengok danau toba tu. Kalau korang nak tahu , ni la destinasi last and last boleh tengok danau toba tu. Lepas singgah sini. Bergerak ke tempat seterusnya. Brastagi! Dan dinner kat apa nama rumah makan tu, lupa laa.

Setelah sampai di HOTEL GREEN GARDEN , penginapan kedua dan malam kedua buat kami. Check-in. Dapatkan bilik masing2. Haha ! yang ni best! bilik aku betul2 depan kolam. So, apa lagi. Kami mandi la! haha! giler ah kan , jam pukul berapa r masa tu.. Dalam kul 11 jugak. Bayangkan, kat sana dah la sejuk pastu g plak berendam dalam kolam! haha! beku badan aku! tapi mandi sekejap je la.. Terrrrlalu sejuk! tak sampai setengah jam pun berendam. 
MALAM YANG TAK DAPAT AKU LUPAKAN, time ni entah pukul berapa la. Nak tahu ? ma aku kejutkan aku suruh berganjak sikit sebab dia nak tidur dengan aku. Katanya , dia takut. Ya Allah , tak tahu kenapa ma aku macam tu. Satu katil single tu kami tidur berdua. Tak lama kemudian plak tu, ma aku menjerit kesakitan. Kaki dia cramp. Bangun lah aku dengan keadaan mamai. Urut2 kaki dia. 



Untuk family aku memang ditempah 4 bilik. Satu untuk kakak sulong dan suaminya. Satu lagi untuk kakak aku azlina dan anak2 nya. Dan lagi satu untuk kami budak2. Selebihnya untuk ma dan ayah. Oleh kerana , ayah xdapat ikut , so aku lah yang tidur dengan ma aku. 



THIRD DAY VACATION   1 June 2012 ( Brastagi )

Hari seterusnya..... seperti biasa. Pukul 8.00am waktu Malaysia berkumpul kat lobi. Then, breakfast makan kenyang2. hoho! Check-out. 




Sebelum naik bas. Bergambar dulu depan hotel! hoho! Then , bergerak pulak menuju ke Brastagi. Tempat shopping. Bak kata ma aku , tempat ni lebh kurang macam Tak Bai kat Selatan Thai tu. Sebab kat sini banyak jual buah-buahan. Kat Brastagi tak beli apa-apa pun. Nak beli buah ? Buat apa ? kat Tak Bai tu ada. Heh! buat penat je angkut. So , kami just naik kereta kuda ala ala cinderella gitu. hoho! harga naik tu Rp 34000. Mahal kan ? haha! tahu tak berapa? RM10 je kalau duit Malaysia. 

Tak lama sangat pun kami kat situ. Dalam pukul 12.00pm waktu Malaysia gerak ke Kota Medan. Dan kami breakfast kat Rumah Makan Famili. Tempat ni bukan sahaja kedai makan je , tapi kat atas tu hotel kot! Hotelnya nampak agak mewah jugak la. Makanan ? macam biasa je... Lebih kurang sama dengan Restoran Garuda , Rumah Makan Islam Murni, Istana Minang... Tapi yang penting ada ayam goreng! yang tu penting! sedap kot! different laa ayam goreng Medan dengan Malaysia. Diorang goreng macam mana haa? Pastu ayam goreng diorang nampak kecik je... Tak macam kat Malaysia   besa gedabak! hahah! betul lah kan ? Isi banyak.   Dan macam biasa. Setiap kali makan mesti tambah nasi! Wajib! haha! Pastu , jus sik sak wajib order! tak ada jus ni  rsa tak sedap , rasa lain! hoho!                                      


Lepas makan, solat apa.. Kami bershopping! Singgah di kedai jual kain sembahyang. Apa nama kedai ntah. Lupa la plak. Tapi kedai tu banyak jual telekung la. umphh! Orang-orang tua time ni serius addicted giler! sampai tak tahu nak pilih yang mana. Pastu , nak tawar menawar harga plak! haishhh! 
Nak tahu tak ? Kat depan pintu masuk kedai ni, mak aih ramai giler penjual jalanan. Dah la paksa orang suruh beli barang dia. Pening aku dibuat mereka mereka ni.


Lepas bershopping tu, kami check-in hotel kat Hotel Antares. Anak beranak Hotel Grand Antares. haha! Memandai je aku !



Pada sebelah malamnya pula , kami dinner kat Rumah Makan Ayam Penyek  (eh , betul ke ?macam pelik je! Bantai je! ) Then, lepas makan tu kami dihantar ke hotel. Dan time ni boleh la nak pergi mana-mana. depends la! macam bagi peluang gitu laa.. Aku nga family berjalan menuju ke medan selera.. Nama tempat ni , lupa jugak! aishhh! nama pun pelik laaa... susah nak ingat! hoho! Best giler kot makan kat sini. Menghadap pentas. Diorang wat macam konsert gitu la. Wah! kagum la! Band diorang pun okay! Suara sedap! Menikmati bakso sambil menikmati konsert....



LAST DAY VACATION... 2 June 2012 ( Kota Medan )

Pagi tu, buat hal sendiri. Nak breakfast anytime pun boleh. Ikut suka hati nak turun kafe pukul berapa. Jangan masuk waktu lunch baru nak turun plak! Memang tak laaa. Ehemm, macam biasa. Makanan hotel. Sedap lah kan.. hoho! owesome! berselera makan!

Pada sebelah pagi tu, kakak2 dan yang lain keluar bershopping. Entah diorang pergi kat mana. Diorang beli kain cotton. ( buat baju raya ). Beli cadar pastu entah apa lagi la. Aku just duk diam2 dalam bilik. Jaga bebudak tu haa... hurmmmmmmmm ( macam bibik plak. hoho ).. Bukan apa, diorang ajak tapi taknak ikut.

Tepat pukul 2.00pm waktu Malaysia semua berkumpul di foyer hotel dan check-out. Then , terus gerak ke Istana Maimoen Sultan Deli Medan. Tempat ni, banyak menceritakan sejarah sultan diorang. Kalau korang nak tahu, sultan diorang macam ada relations dengan sultan kat Malaysia ni. Sebab sultan ( nama apa. Lupa ) pernah berhijrah kat Malaysia dan membina keluarga kat sini.

Korang boleh je nak pakai baju macam yang sultan pakai. Bayar  r rm7.
Gambar ni diambil depan istana. Ada macam stage kat depan istana tu.




















































Lepas ke Istana Moimoen, kami dihantar ke pusat membeli belah yang terkemuka di Kota Medan, MEDAN MALL. ( iye ker terkemuka ? ). Dalam mall ni kan, rasanya macam lebih kurang kat Malaysia je. Barang-barang kat dalam tu,harganya pun macm lebih kurang jaa. Tak ada beza pun dengan Malaysia kita. Puas jenjalan dalam mall tu. Kami singgah kat kedai makan 77 Eslteller.

Restoran 77 Eslteller ni macam kedai ABC Air Batu Campur ( kalau kat Malaysia ). Pastu restoran ni menyediakan bakso. Hohoi! sedak mak aihh!

Bakso Super Jamboo Special


Dah habis pusing2 dan melepak dalam mall tu, tepat kul6.30 berkumpul kat ruang legar Mall tu. Then, gerak pergi Airport Polonia. Dalam pukul 8.00pm waktu Malaysia check in. Pastu pukul 8.45pm waktu Indonesia baru berangkat menuju ke Malaysia. SELAMAT TINGGAL MEDAN.



p/s : fuhh! penat menaip. Macam diari je. Panjang gilerrrrr! Hohoho!










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd