♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

BeSt Trip at Gua Tempurung

Photobucket


Wahhh! Nikmatnya hidup! alhamdulillah.... ( tadah tangan dan aminkan ).. Hai, guys! hehehe... nak cakap apa haa ? ( tak reti nak susun ayat ).. Okay, nak tahu? Pagi tadi kami buat trip ke Gua Tempurung! Walaweh! best gilerrrrr kot! First time kot masuk gua! haha! *Berfikir sejenak... Aku rasa kan, kebanyakan member2 aku ni, lebih banyak habiskan masa dan wang diorang dengan main bowling, tengok wayang, shopping ntah apa lagi laa... Tak ke membazir benda tu semua? ( ecehh... macam laa aku tak buat benda2 tu )... Tapi aku tak addicted sangat dengan benda2 tu semua. Alangkah bagusnya buat benda yang boleh puaskan hati malah boleh menerokai ciptaan Allah SWT. Setakat tengok wayang ? Apalah sangat... kalau cerita tu best, mungkin berbaloi. Kalau tak? Membazir! Lagipun, sekarang kan dah maju. Boleh je download cerita apa kita nak tengok! Free plak tu! ( Tapi tak best lah kan, nak tengok tu nak2 suasana macam dalam panggung. ) Bowling? first games boleh la. Rasa best main. Masuk 2nd games~ sure akan rasa bosan! ( kalau aku, 2nd games mesti kacau orang main.. haha! ni baru best! )... Shopping ? Nak bershopping tu, tunggu la time tengah sale. Baru jimat duit! Apa2 pun, tirulah macam ciksaa! hehehe! Rela habiskan duit dengan jalan, jalan, jalan dan jalan. Makan belakang kira! Bagi ciksaa ni lah kan. Berjalan ni memang berbaloi sangat! We can make an experiences, add our knowledges, and also dapat melihat dengan mata kita sendiri ciptaan Ilahi yang mungkin kita tak dapat jangkakan. Subhanallah! Engkau lah yang Maha Pencipta segala langit dan bumi.

( Panjang plak membebel ).. Okay, straight to the point! Time nak pergi ni, memang pagi yang kalut sikit. Macam biasa, pukul 5,6 pagi baru reti nak tidur ( aku je laa...hehe ).. Pastu, paginya baru nak kalut! Macam biasa, mesti masak kalau nak pergi jalan2 macam ni. Baru jimat! Tapi, saru nya aku, orang yang nak pergi hantar kami tu pukul 9.20pagi baru nampak batang hidung! aih, sedangkan kami pukul 8.15pagi dah terpacak kat depan pintu! ( asalnya, sewa dua kereta.. tapi nak jimat. just sewa satu je.. yang kami bertiga member punya member tolong hantarkan! hohoi! jimat! )

Around 10.00am sampai la dekat Gua Tempurung. Setengah jam dari Pekan Razaki. ( tak jem. Kalau jem memang lebih 1/2 jam ). Oihhh, ramai gila kot orang time aku sampai. Parking full. Mostly, yang ada time tu rombongan sekolah laa. Hari2 minggu mungkin macam tu kot keadaan. Haa, nak masuk dalam gua tu kan. Ada pakejnya. Tapi kami ambil pakej 3. Asalnya nak ambil pakej 4. Tapi diorang xdan duit. So, aku ikutlah diorang. Pakej 3 ni agak mencabar jugak! dan berbaloi dengan harga. ( ada rezeki nanti nak try pakej 4. Paling mencabar! ehemmmmmm )

For your information, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Gua tempurung boleh tekan QuicK FacT of Gua TempuRungBerita Harian.... Cerita dan fakta tu semua lebih kurang apa yang aku tahu dari tourist guide kami hari tu. So, tak susah2 la aku nak explain panjang lebar. Bukan apa, kat sini aku just nak storykan pengalaman aku kat sana je. That's only! ( hehehe.. kedekut ilmu! )

Time nak masuk haritu, kami join sekali dengan rombongan sekolah. Rombongan sekolah tu majoriti india, cina sket2 je. Dan yang melayu, kami bertujuh! tak apa 1 Malaysia kan ? hoho! Lebih kurang 40 orang dalam satu trip siri menjelah Top of the World and Short Adventure.
Mendengar briefing sebelum masuk Gua Tempurung.
Tepat jam 10.30 pagi. Siri jelajah mula bermula. Hehehe! Before starting step to entrance of the cave, say "Bismillahiramanirrahim"... Ya Allah, uniknya, indahnya, cantiknya, lawanya. Memang tak dapat nak diungkapkan dalam sebaris ayat. It's so amazing! Itu je boleh cakap! Dinding2 gua kelihatan cantik dengan bantuan cahaya lampu yang ada. Pandang kanan, waaa.. Pandang kiri,cantik giler!.. Pandang atas, uniknya! Pandang bawah, cantik kasut aku. Hehehehehehhe.....


Kalau tengok betul2, tu la kristal (bintik2 putih). 
Tak nampak sangat sebab guna 
kamera murahkan.



Perjalanan dalam perut Gua Tempurung tak ada lah susah sangat sebab dah disediakan tangga dan laluan pejalan kaki. So, tak mencabar sangat la. Rasa tercabar pun, naik tangga tu.... alahai penat! Di platform yang pertama , kami diperkenalkan ukiran semulajadi yang amat lah menakjubkan dan memerlukan imaginasi kita untuk describe kan seperti wanita sedang membelai rambutnya, bentuk muka manusia berkepala botak, kura-kura gergasi, siput/ais-krim/kon, Osama bin Laden ( manusia berjanggut ). Dan kat sini jugak, kita boleh tengok kristal! Kristal tu terlekat kat batu-batuan. Dan nampak obvious bila disuluh dengan torclight. It looks shiny! Waaaaa....! Menakjubkan!


Kamu tengok betul2... agak2 nya bentuk apa ? macam
hantu pun ada... hoho!











Tangga ni memang mencabar! Sebab kat dalam gua tu

 ( tanda bulat ) tarikan gravitinya lebih kuat

 berbanding diluar .




Golden Flowstone dikenali sebab dinding2 kat gua tu terdiri dari pasir2 halus seperti kristal. Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Platform ni jugak, tempat untuk merileks kan kaki yang kepenatan lepas panjat tangga "maut" tu.. hoho! 


Selepas melalui Golden Flowstone, kamu akan melalui satu tempat yang ada "neutral air-cond". Tempat ni paling best sekali! Bila berada kat sini, kaki2 yang lenguh, badan yang penat. Secara automatik akan hilang! Serius! Ermm, why "neutral air-cond" is happened? Okay, tempat ni mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk. Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca diluar.

Kawasan paling tertinggi dalam gua ni, dikenali sebagai Top of the World ( pakej yang kami ambil ) yang mana mempunyai ketinggian 125 meter dari aras laut.

Ini adalah tangga dan lampu terakhir. Lepas tu, bermula lah "dfficult journey".
Bermulalah cabaran sebenar yang mungkin kamu tidak akan lupa sampai bila2! huhu! ( ayat poyo ).. Wey, serius wey! Tempat ni tak ada kemudahan seperti mula2 jejak kaki masuk dalam gua ni sampailah ke tangga dan lampu terakhir tu! Bergelap lah kamu! hoho! Hey, kan bawa torchlight. Risau apanya! 

Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah. Tiada lagi trek yang bersimen mahupun lampu2 di dinding gua. Dari sini, kami perlu merangkak, menggelongsor, mencangkung, menyusur, meniarap dalam air sungai dan menyusup ke dalam lubang2 kecil bagi meneruskan "our difficult journey". Kotor dan basah ( dan juga terlanggar or terhantuk batu ) menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ni. Hiruk-pikuk jeritan dan gurauan kami  memenuhi ruang gua. Sesekali bergema. Aihhh! meme gege lah bunyi! 
Sliding : Part ni best. Main gelongsor! fuyyoh! laju giler!
but awesome! hewwww! 




































Setelah berpenat lelah, membanting tulang dalam menjayakan journey tu. Akhirnya, sampai jua di penghujungnya... Bila sampai je pintu keluar gua tu, barulah rasa penat2 nya. hoho! We have succeeded in this mission! yeahhhh! Who would have thought, right ? HAHAHAHAHAHA! It's so awesome lah babe! 


Pictures of the most sweet and romantic that I could take.
Pakwenya caring bertanya makwenya. "Okay tak sayang ? Nak abang dukung?"
kehkehkehkehkeh!
Papanya sambut mamanya time turun sliding. Waaaa... romantik aih! 



The most interesting picture and make it as memorable.






















p/s : On the way nak balik, hehe sempat singgah beli durian tepi jalan. Tak boleh bau durian. Addicted kot! hohohoho! 










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd