♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Jus Buah Gelas Besar

Photobucket


Amigos buenas noches... hehe.. Menda entah merepek! Nak belajar spanish language la konon.... haha!  Wehhh, bosan lah kott dan rasa sedikit mengantuk... Tapi, nak jugak updated pasal Jus Buah Gelas Besar ni! hehehehe.... Tak kira! Sebab ni first time kan jumpa Air Buah Gelas Besar macam tu...

Lastly, my hopes had been achieved! Thanks to Shasha sebab sudi teman aku... Kalau tak, entah bila aku nak merasa Jus Buah Gelas Besar yang hangat diperkatakan oleh teman2 ku.. So, nak jugak la merasakannya! hohoi! At last.... hurmmmmm.. nice! 

Mula-mula nak cari kedai makan tu kan, pening sikit.. Sebab diorang cakap dekat medan selera depan UO Greentown Mall.. Dan depan UO tu plak ada dua medan selera.. So, mesti lah confused kan.. Nasib baik Shasha tahu sebab Awin pernah tunjuk kat dia kedai makan tu... Dah sampai medan selera tu, hurmmm... Confuse lagi! Tak tahu yang mana satu kedai.. At last, call member nak kan kepastian.. 

Okay, nama kedai tu.. RESTORAN ALIFFULLAH... Kat tengah2 medan selera tu... Tak ada lah susah sangat nak cari... hohoho! Masa sampai kat kedai tu kan, teragak2 je nak duduk. Pastu tengok lah, orang2 yang tengah makan bersama dengan jus buah dalam gelas macam jag air tuu... Then, barulah dengan confident je duduk! haha! 


Oihhh! Makanan dia murah murah! Banyak! Sedap! Berbaloi lahhh... First time, aku makan nasi goreng USA ditarukkan sekali dengan ubi kentang dan sosej! Dan biasanya, nasi goreng USA letak daging masak apa ntah bersama telur mata.. Yang ni berbeza! Empat sekali! huihhhh! Sedapppppp! Shasha plak, order nasi goreng sotong ( first time aku dengar dan rasa )... Sedap!

Tang air nih haaa... Mak aihh, banyak gilerr...! Okay, tak habis! ( membazir!!! ) Kenyang kottt..... Rasa nak pecah perut! Even aku ni banyak makan, tapi kali ni aku tak boleh habis kan.. Nak habis kan, tapi takut muntah... sob!sob!sob! kesiannya makanan.......





Total untuk semua makanan tadi RM 5.50... Weh! biar betik! Terkejut den time nak bayar tadi... hoho! Nasi RM4.00... Jus Buah Gelas Besar RM 1.50! Okay! lepas ni nak pergi lagi... Nak rasa Jus Pisang plak... Macam best je tengok dia buat tadi.. huhu!

Okay, dakwat dah nak habis.... tak boleh conteng banyak2! huhee..










p/s: Tak sabar nak balik kampung! Esok balik okay! haha!   




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd