♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Kamu ada buat macam ni ?

Photobucket


Kesunyian kini menyelubungi diri.. Ma ayah dah masuk tidur , adik dah balik asrama , abang hilang entah kemana. Kini ku sendiri.... Alahaiiii , terasa rindu plak kat haousemates. Even siang malam pagi petang aku di'bahan'...Tapi best! hahaha! Rasa macam kami satu family... Have to thank to someone because appear in our lives...........

Straight to the point. Ehem , I got a result for the last semester ( semester 2 )... The result it's not bad, but I feel so sad because I could not result dean' list... Huuuuu... Tapi padan muka! hahaha! Orang lain tengah 'fight' tak tidur malam duk study. Kita ? berjalan , honeymoon , overnight! perghhh! Memang padan muka laa! But, its okay lah kan... Tak ada lah teruk sangat pun. Boleh la nak kahwin ni.. weeee! ( gatal noh!

Recall back! Recall back!.........

STUDY WEEK...... Rela kot tak balik kampung, kononnya nak study. Kalau balik kampung memang tak akan study! Memang tak akan! Ma saya sendiri pun tak kasi balik tahu! hohoho... So, buat apa nak balik kan ? Study je kat Ipoh... Aku rasa tak study pun time tu , duk main2 tengok movie , layan korea.. Hahaha! Ada satu hari tu , esok lusa nak final exam tak silap. Abang ajak pergi konvoi kat Pulau Pangkor. Dia belanja! oih, sape tak nak! hahha! Hari sabtu ( 28 april 2012 ) tengahari gerak pergi Lumut. Sewa kereta sehari. Satu jam lebih jugak saya drive nak sampai Lumut ( pecut laju laju ). Eh, kami naik feri kat Marina jetty. Cepat sikit sampai Pulau Pangkor. Kalau  jeti lumut, setengah jam mungkin. Kat Marina jetty , 10 minit je!



Time tu pergi dua orang je. Asalnya, nak pergi sorang je. Yela, kan nak exam. So, tak nak la ajak kawan2 yang lain. Kan tak pasal2 plak diorang failed exam sebabnya ikut saya pergi 'honeymoon'. Tak nak lah macam tu! Tapi, yang ni sorang ( Bismie Aliah ) nak ikut jugak.. Okay jelaaa... ( dia ni lagi tinggi result dia dari aku! wah! )...


Kat Pulau Pangkor abang saya sedia menunggu kat Teluk Nipah. Maknanya, kami naik teksi la dari jeti ke Teluk Nipah. Happy tak happy, semua perbelanjaan kami kat sana, abang tanggung! Dari sewa kereta, perking kereta, minyak kereta, ferry, chalet, makan... Fuhh! sikit pun duit aku tak terusik! Guna tapi claim balik! hehehehhehe... sapa suruh ajak kan ?

Petang tu, abang ajak main jetski. Alaaa, ajak kawan join. Tapi dia tak nak. Takkan nak biarkan dia sorang2 plak. hurmmm.... Malam tu kan, ada BBQ... Abang pun satu, pukul 1 pagi baru call suruh pergi tempat BBQ tu... Memang tak laaa.. Penat gilerrrrr time tu! tidur tak cukup! Rasanya 3jam je tidur. Sebab malam sebelum tu... Main2 dan tunggu buat surprised birthday kat Aen... hehe! So , tak merasa la BBQ nya. Tak larat langsung nak bangun kot! Tapi malam tu, sempat la bershopping dan melepak tepi pantai. Cantik kot bulan malam tu.

Semalaman kat Pangkor. Esok tu kul8.30 pagi naik feri. Time ni abang sy call and marah. " Bakpo kelik awal ? Ore main air laut dulu. Snorkeling. Naik banana boat."... Zzzzz... "Esok nak pekso! Kalau dok pekso buleh lah nok tido semalaman lagi gak.. " Saat tu , memang rugi laa.. Snorkling ? okay, sekali lagi terlepas! Banana boat and jetski dah rasa dah.. heeee

Lepas tu, tak balik Ipoh lagi. Sempat lagi kami singgah di Teluk Batik. Okay, ramai gilerr orang berkelah! Dan kami breakfast kat situ. Then, time on the way nak balik tu kan. Kami singgah kat Kellie's Castle. Walawehhh! sempat lagi..... hehehhe.... Siapa sangkakan ? haha.. tempat yang memang dah lama saya nak pergi tu.....Around 1.30p.m sampai Ipoh. Terus hantar kawan kat rumah dia, then hantar kereta. Balik rumah, tidur. ( sekejap je pun tidur ) Bangun2 pergi Jom Heboh! Pergi sorang-sorang. Asal janji dengan kawan,. Dia cakap ada masalah. Okay, xpe. Puas hati pergi Jom Heboh. Dapat tengok Tomok. Depan2 mata! Wahh, time tu juga saya rasa nak pengsan! hahahha! Faham2 je lah kan... 



Jumpa jugak la dengan kawan. Ex-housemate. Lepak dengan dia kat Jom Heboh. Hehe. Ada jugak kawan nak buat teman. Dalam pukul 8.30 malam, baru reti cari rumah. Hehehe... Study sekejap je malam tu, penat sangat.. Then, ZZZzzzzzzzzzzzz......

Esoknya exam.. hahaha! Jawab exam tak baca apa2. Baca tapi entah laaaa.... Main hentam je! Exam time tu Health Care System 1. Rasanya, jawab2 pastu tidur. Heheheh.. Teruk giler!

Pastu kan ,.... Pastu kan ,.... Ada satu malam tu... 5hb 5 2012... Kami overnight! Time tu dah lepas 3paper. Oihhh! Memang gilerrr lah! Time tu, xplan pun nak pergi. Tetiba terlintas kat fikiran. " Bosanlahhh... Overnight nak ? " Jawapannya... memang positif la! Hhahaha! Apa lagi, terus call abang viva, sewa keta. hehehe.. Overnight pergi Lumut ( asalnya tak tahu nak pergi mana )... Tepat pukul 12 gerak.. Yang pergi malam tu, just 4 orang je.. Yang lain tak nak ikut. ouh, okay.... Dalam kul1.30 macam tu rasanya sampai...
Nak tahu kami buat kat sana ? Melepak kat jeti tepi laut. Pastu minum2 air dan karokae! hahha! korang ada? korang ada? awesome laaaa.... 





Lepas dah puas lepak kat Lumut. Kami pergi Kampar. hehehehehe... Tahu tak ? Time ni kami sesat! Nak cari tasik yang lawa2 tu.. tak jumpa2! Time tu pukul 4 pagi tak silap. Dah tak jumpa. Singgahlah kat 7eleven ( kebetulan jumpa ).. Beli maggie hot cup! Lapar kot time tu... hohohoho! Pastu, sambung semula pencarian. Alang2 cari tu, cari lah sampai jumpa kan? hahaha! gituuu.... Sampai sesat masuk kawasan perumahan , pastu UTAR.. haha! gara2 nak cari tasik tu lah ni.. Dalam sejam jugak baru jumpa. 

Wah, cantik gilerr kot tasik tu! Romantiknya... Kan best kalau dating kat sini. ( gatai dah gatai dah... hehe ) Lepak sekejap je kat situ,. Sebab nak kejar masa kan. Pastu gerak balik ipoh semula. Orang azan subuh baru sampai rumah... ish! ish! ish! tak tahu nak kata apa.... 

Exam semester ni lah yang paling gempak! giler aku ni giler! By the way, alhamdulillah. Even result tu tak dapat dean's list. Okay, next sem... tak nak buat macam ni! AKU NAK DEKAN! wish me luck........








Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd