♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Menantu ma saya "datin"

Photobucket


Selamat bersahur kengkawan! huhu! Sedap nya bersahur... Makan nasi berlaukkan daging goreng (bawa dari kampung!) Umphh! nikmat betul bersahur! Tapi sayang aku muntah! Kosong balik perut... selalu ginih! Anoreksia ke apa ni ? Pregnant ? Takkan lah kottttt.....

Dalam sabar menanti azan subuh berkumandang, entah kenapa tetiba aku teringat pesanan ma untuk abang aku... " Apih, nak cari bini.. Cari lah hok rajin2 buleh ma nok tupe... Jangan cari hok reti jangok jah! Ma tuo doh ni, tok cekak doh! " You know why my mum talked about thats ? Because , there is my sister in-law have lack of attitude. Eh , no! Lazy! Haaaa... Macam tu lah! (mende tah aku merepek!)

Something yang buat aku terkelu, terrrrr apa-apa laa... First day puasa, hurmm! Time pergi hantar adik aku  kat hostel, boleh plak dia nak ikut jugak pergi hantar.. (Papa adam pergi hantar ieyqa) Adam pun tak ikut! Dah la time tu boleh lahh nak masak2 untuk berbuka.. Ishhh! actually time tu aku tak ada kat rumah, sebab keluar dengan sepupu.. Aku keluar pun sebab dah bajet kak ipar aku tu ada boleh la tolong ma aku masak! Tak puas nak berjalan pun tiba2 kakak aku call suruh balik tolong ma! (ma aku call kakak aku terkilan cerita pasal kak ipar aku ni)...

What the heckkkk! aihhh! Sejak dari kahwin sampai sekarang still macam ni! oihh! tak malu dengan mertua ka.. Ma aku pun dah tak tahu nak cakap apa... Aku? buat tak tahu! Sebab aku ni malas nak amek tahu! Dok dengar adik-beradik aku mengata dia je... Pernah hari tu, kak ipar aku ni menangis mengadu tu la, ni laa... Mana taknya memang kena laa dengan kak liey (kak no2) and kak na (kak no3) tuu! Mulut kakak2 aku yang ni... Straight to the point! Tak ada nak kias2 nya... (Okay, malas nak cite)

Yang tak tahannya lah kan.. Lepas makan basuh pinggang dia je! pinggang2 lain kat dalam sink buat tak tahu bea berlambak pun! Nak sapu rumah,? Hurmmm.... Time bab basuh kain, basuh kain dia je.. Kain2 yang berlambak dalam bakul pejam sebelah mata je! Pernah aku basuh kain... Dia masuk je baju2 dalam mesin basuh bea dalam tu sarat nga baju dah pun... Yela, boleh tumpangkan sekali sebab dia tak perlu nak g jemur kain kan... Yang ni lagi lah tak tahu nak kata apa, baju anak2 dia selalu akan ada yang tertinggal! Sehelai dua tu boleh la lagi.. ni tak! Banyak lah jugak! 'Kadang2' tu boleh terima jugak.. Ni tak 'selalu'! Baju sendiri pun dia tinggal! Sampai ma tak tahu nak simpan mana...

Kalau nak diceritakan ni memang banyak sebenarnya.. Aishhhh! kurus dah puasa aku! Konklusinya, my sister in-law ni ibarat Datin goyang kaki atas kerusi je.... Reti men"jangok"kan diri je! Kesian ma aku.. Time abang aku ni balik (adik-beradik lain tak balik), macam ma ni kuli je.. Mana taknya, waktu lunch sibuk2 g jalan! Pastu balik makan!  Amboihhhh! Pastu, rumah2 tu bea berdebu pun! Pejam mata je tengok! Ma dengan kudrat yang ada, jalan pun keknyah2 macam peguin mampu lagi kemas rumah... Tak faham lah aku dengan dia ni! Abang aku pun sorang! Sayang sangat bini! Tak reti nak didik ka? *oh lupa pakai bibik...

Apa-apa pun, Alhamdulillah laa.. aku ? dari kecik lagi dah dididik pegang batang penyapu... dari kecik lagi belajar kemas2 rumah... dari kecik lagi belajar basuh pinggang bea tangan alergik pun. Boleh maen2 lagi dengan sabun! That why la, pantang tengok keadaan bersepah.... Ehemmm! Boleh jadi menantu kesayangan aku ni! hahahahaha! Tapi satu benda je aku tak leh nak g nyaaa... Cooking! failed! hihi.. Kena belajar ni! 

Okay lah, subuh dah nak habis... Solat dulu.....


p/s : hope abang aku yang sorang ni, dapat bini yang rajin... Boleh ma tumpang sekali.. Maknanya, ma duk rileks je laa.... 







Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd