♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

apa "kawan" ni ?

Photobucket


Salam malam... First of all, I want to ask something... Have you felt left out of the precise from your friend? Alaaaa , macam kena banned kat kengkawan korang gitu laa... Diorang buat anda tak wujud... Pernah rasa tak ? Ehemm, sebentar tadi bestfriend aku merangkap sepupu aku telefon dan menceritakan masalah dia dan kengkawan.. Menangis-nangis. Alahai , sebak rasa hati kecik ni dengar cerita dia.

Oh, kawan ? hurmmm... memang susah nak bagi satu definisi yang tepat! Alaa, kalau ikut kamus dewan... Kawan ni adalah orang yang berada sekeliling anda... ( betul ke ni ? Kamus dewan kat kampung... ermm,bedal je! sori! Nanti check balik ). In my opinion, the meaning of friends sangat2 lah umum! Bila kamu kat sekolah, pelajar2 lain secara tak langsung akan digelar kawan kamu. Bila kamu involved kan diri dengan aktiviti macam kem, peserta lain tu pun dianggap kawan kamu. Dengan family atau parents pun sedar tak sedar akan jadi kawan kamu jugak. Sangatlah susah nak spesifik kan "kawan" ni... Melainkan la, kawan sejati , kawan baik,... Mungkin boleh sebab ada perbezaan nya.

Okay, berbalik kepada masalah bestfriend aku ni. Ceritanya macam ni. Classmates ( kawan jugak ) dia, boleh plak buat dia tak wujud dalam kelas tu. Setiap kali nak buat kelas diorang ikut kepala diorang je.. Tak bawa bincang la nak buat kelas bila? hari apa? pukul berapa?  Even orang tu tak ada time tengah bincang wajib kena pm, bagitahu dia. Bayangkan, tiga kali bestfriend aku ni ponteng kelas. Sebab tak tahu. Yang ni sadisnya, sent mesej cakap ada discussion kat library. Pergilah dia nya. Sampai library, tak ada orang! Tunggu punya tunggu sambil telefon classmates almost 1 hours jugak. Dapat mesej, discussion cancel! What the heckkk! ( kalau aku naik angin ni! )... Sedih tak sedih, kawan yang dia dok caya tu, pun sama jugak! Dah la dari sem 1 sampai sem 3 dok rapat gitu. Tetiba berubah! Time susah bestfriend aku ni duk tolong2 dia. Sanggup g hantar stesen bas hampir setiap minggu. Hurmmm.. tak mampu daa nak cakap lebih2! Manusia.......

Oh, my dear friend.... Mungkin ini adalah kali pertama kau melaluinya. Aku? Sudah lali. Masih ingat lagi, mula2 sekolah kat Putrajaya suatu ketika dulu ( form 4 and form 5 ). First day, agak kekok. Rasa macam terasing! Tapi time tu, try to think positively. Just try, "kawan2" dengan diorang. Okay, diorang pun macam "menerima" kehadiran aku. Nak tahu kenapa aku senang nak dapat kawan. Sebab aku adik ustazah! HAHA! ( okay, tak lawak. ) Umph, percaya atau tidak... Aku rapat dengan student kelas2 yang "low" macam tu la... asalnya, aku tak tahu pun. Sampai lah, bahagi2 kelas tu. Okay, students kelas depan sombong!  ( Form 4,  kelas 2nd. Form 5 kelas first. )... Time tu baru lah aku tahu mana langit mana bumi. Aku kelas depan nak g kawan dengan student kelas belakang. Eh, bukan tak nak kawan dengan diorang. Takkan la, nak suruh diorang masuk kelas depan semata2 nak teman aku, kan ? Tak logik! Start dari tu laa, semua benda buat sendiri. Diorang mana nak pandang aku pun! Memang nak nangis la.. ( memang nangis dah pun ) Buat hal sendiri. Pergi makan kat kantin sorang2 kot! ( tapi jarang pergi kantin, bawa bekal ) Sampai 3 bulan macam tu, telefon mak mintak pindah sekolah. Tak bagi tahu akak, malu! Lastly, kene bebel kat ma. Tapi ada akak aku yang sorang tu support aku! Rasa semangat la sikit. 

Lepas dari tu, aku try solve that problem. Dengan apa ? Ikut rentak atau cara diorang. Slow2 aku ikut cara diorang. Last2, baru rasa diri ni wujud dalam kelas mahupun dalam sekolah tu. Lagi2 aku aktif dengan aktiviti kokurikulum dan banyak involves kan diri dengan acara sukan. Sedar tak sedar, time ni memang ramai kawan-kawan yang aku dapat. Bukan setakat upper form je, lower form pun aku dapat. Sampaikan ada budak laki tuu, ( aku form 4, dia form 3 dan kelas belakang ) minta aku jadi kakak angkat dia dan  jadi "cikgu" dia. ( Heehh! kelakar la kalau diingatkan balik ni. ) Budak ni pun satu hal, mentang2 la aku ni buat baik, layan dia. Lain plak dia fikir.

Sejak dari tu kan, mana2 je aku pergi. Aku belajar try ikut cara orang2 kat sekeliling aku ni bergaul ( bukan ikut perangai! ). Itu pun, kalau aku rasa macam nak tambah kawan. Kena jadi friendly and open minded laa.. Kalau tak nak aku melongo sorang2. Tengok mood. 

Oihh! banyak plak membebel! Nak cerita pasal bestfriend aku ke pasal aku ni? haha! alaaa, ada kaitan jugak. ( banyak lagi ceritanya yang berkaitan dengan "kawan" ni.. Sehinggakan aku sendiri menangis dan at the certain time buat aku senyum tapi biarlah ia tersimpan dalam kotak ingatan ni ) Oh my bestfriend! bersabarlah, bersabarlah.... Tabahkan hati. Fighting!

Pesanan yang sempat aku titipkan buat bestfriend aku tadi....

" Nah, sabarlah.. Ermm, ginih2! xsoh caro lah ko sep dio. Hok pentin loni mu kena ejas wat baik nga lecturer. Gapo2 hal mu contact la lecturer tu! Sep dio gapo kijo ? buke buleh bui markah ko mu pun! Xsoh ambik pusing la dengan sep dio tu. Wat otak mu jadi migrain dan stress jah. Seriously! Pah so lagi... "ALERT" ... Hok ni paling pentin.. bila mu duk sore2 mesti payoh nok buleh information kea.. Tak apa, mu just kene alert dgn keadaan sekeliling mu. Pehe lah kea gano ? Pandai2 laa buat gano nok tahu gapo2... okay ? tarik nafas pnjang2 dan rileks. Banyak2 ingat Allah s.w.t... "


Ada hikmah aku stalk wall dia tadi... At least, dia tak keseorangan.  



p/s: Konklusinya, ( bagi aku ).... Jangan terrrrrrrlalu mengharapkan kawan untuk selalu berada disisi kamu. Mereka juga ada life. Life dia bukan dengan kita je, malah dengan orang lain lagi. Pastu, mitok jangan duk cayo sangat laaaaaa... Hok masaloh ni la timbul tikam belakang nya. Yang penting , ikhlaskan hati. Dengan niat kita nak berkawan bukan nak bermusuhan. Nak buat something untuk kawan kita even dia tak minta pun. Buatlah dengan hati yang ikhlas. Balasan yang kita dapat tu samada baik tak baik, itu urusan ALLAH s.w.t.  DIA buat macam tu, ada hikmahnya. Usahlah mengungkit! Okay ? chill lahhhhhh!







Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd