♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Bila Demam Raya

 Photobucket





Ku Pohon Restu Ayah Bonda
-Mamat Exist-

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Kesalahan diri ku…


Waaaaaaa... Nangis dengar lagu Mamat ni. Serius! Terjatuh jua setitik dua air mataku ini.. T__T  Sayu hati mengenangkan keluarga dikampung... sob! sob! sob! begini lah hidup seorang anak perantauan!

Actually, ini bukan kali pertama keadaan ku sebegini. Tapi perasaan nak balik buat kali ni lagi hebatttt! Kalau boleh petang ni jugak nak balik! Kelas? alaaaa.... Aku rela ponteng! Macam tak biasa kan.... Hhahaha! time lecturer tengah mengajar pom aku boleh excuse cakap nak pergi toilet, tiba2 lesap masuk dalam surau.. Tidur! hehehe.. Pergi kelas pom tak pernah awal! Pastu plak masuk kelas tak pernah sampai kelas, lecturer tak ada! ( Ishhhhh! teruk giler!!! Please, tolong jangan tiru macam saya! ) HAHAHA! *Sama je pun kalau aku ponteng kelas...

Kalau lah aku ada kereta, habis kelas tadi terus je aku balik! Kalau lah aku tak ada 'beban' macam ni, habis kelas terus je aku naik KL balik Kelantan dengan kakak malam ni. Ermm, nak balik dengan abang, dia sekarang dah sampai Kelantan. Nak balik dengan bas....? Umpphhh! Memang tak lahhh...! Musim2 raya macam ni... Oh tidakkkk! Cukup lah sekali balik dengan bas tapi naik bas tambahan... Bas sekolah plak tu!  Cukup cukup sudah! Rela aku berpenat lelah naik bas ke KL then balik dengan kakak2 or abang...

TAPI... untuk balik kampung nanti, aku hanya bergantung kepada tuan empunya kereta ni... Okay, untuk raya kali ni... Aku balik dengan housemate aku memandangkan dia bawa kereta. So, apa-apa keputusan yang dibuat depends on her. Siapa lah aku nak membantah........  Kalau lah aku ni kejam.... Lantak p lah kau! Aku nak balik sekarang! Tapi, hati ni, terlalu mudah simpati... Oh hati oiiiiiii! Bila kau nak jadi kejam yep dalam bab macam ni ?

Oh Maaaaaaa! nak kelik....! Siapakah yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini...  *Lap airmata sikit! 



ps/ : Maa, maaf ma... Ore tipu ma je kelik konvoi nanti...(I'v reason kenapa tak berkonvoi) Ore balik satu kereta je dan rasanya tak perlu ma risau sebab ada seorang lelaki bersama kami. InsyaAllah selamat ma.. AMIN!

ps/ : Lupakan slogan ini  "Bea loghat asal cepat sapa" ke "Biar lambat asal selamat"... Heheheheh! Semoga perjalanan kami selamat.... Before bertolak baca al-kursi dan doa naik kenderaan to avoid from sesuatu yang tak diingini berlaku....... Mudah-mudahan perjalanan kami dalam lindungan-NYA.. AMIN!

Dear Cap Aye,
Sorry. Because of me, you have involved with this situation.  I know you can't wait to see your beloved family.. As well as to myself. And, Terima Kasih sebab sudi meneman diri ini yang tengah pening tak tahu nak kata apa da........ THANKS A LOT! ^__^





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd