♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Bila diri ini ingin didampingi

Photobucket


Ohhh..! hari ni, amatlah membosankan! Serius! bosan! bosan! bosan! bosan gila tahap gabang seyh! arghhhh! tension! I'm alone in Ipoh.. Waaaa! housemate semua tak ada. Tinggal lah diri ini sensorang. woo woo woo

By the way, best jugak macam ni! hehehe... Rileks! Tenang.... 

Ehemm, rasa macam nak tergelak lah! haha! Sungguh tak ku sangka. Diri ini ramai peminat. Woooo! *mendabik dada! Okay, bukan aku nak perasan dan bukan aku nak jual mahal tapi memang harga nak mahal tak boleh tawar-menawar. So biarlah begini.... (ehh, apa aku merepek ni!)  hehehe.... Actually, hari ni aku rasa macam tersempit dalam jiwa sendiri. Tak tahu apa nak buat.

Hari ni, ada laa 3,4 orang laki-laki yang ingin 'mendampingi'ku (mendampingi? laen macam! haha! lantak ahh!)... Sorang tu ajak pergi tengok wayang. Sorang tu ajak keluar dan sambil tu boleh saling kenal mengenal dengan lebih dalam. Al-maklum laa, kami baru kenal dan dia merupakan kawan kepada kawan aku. Pastu, sorang lagi ajak keluar lepak kedai mamak tengok bola. Dan, sorang lagi... tak habis2 duk menelefon aku pastu duk text mesej entah apa2 bajet nak mati daa gitu. Alahaiii~ tension! tension!

At last, semuanya aku tolak dan buat tak tahu. Oh, kejam nya aku! Eh, bukan apa. I have a reason why I reject their 'offer'. Okay, first. Encik Is (not truly name)  ajak aku tengok wayang? Mak aihh... segan la oiih! Aku kenal dia pun time sama2 terlibat dengan satu program tu. Dan dalam program tu pun. Langsung tak pernah diri ni bersua muka apatah lagi berbual-bual. Inikan pulak, tetiba dia offer tengok wayang bersama. Oh tidakkkkk!!! For your information, aku TAK PERNAH tengok wayang berdua laki perempuan. Serius! Kalau ada pun, ramai2. So, standard lah kan. Aku bukan cop dia "haaa haa". Aku tahu dia merupakan lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Apa-apa pun, maaf yerrr.... Tapi seronok la berIM dengan awak! hahaha! Sempoiii......

Second. Encik...... (encik apa aku nak panggil ni.. hoho!) haaa... Encik Satria? Hurmmm, aku kenal dia pun dalam laman sosial twitter. Dia follow aku dan selalu tegur aku kat twitter. Dia merupakan kawan kepada classmate aku yang duk Ipoh ni haa. Hampir 2 bulan jugak kot kenal. Weh! weh! weh! Hensem kot dia. Smart giler! tinggi, putih, ada kete. Oih! sape tak nak ni...?  Rezeki kot rezeki! haha! Biar lah dok pom. Ku akui dia memang hensem. Tapi tak tahu la realiti macam mana plak kan. Selalunya gambar dengan kat luar, lain! Kadang-kadang gambar tu fake! Please jangan terpedaya! hohoho! Okay, tadi pun dia ajak aku keluar jugak. Bukan sekali ni je di ajaknya aku keluar dengan dia. Banyak kali jugak laa.... Dan macam biasa, asal terkeluar je topik macam nak date2 ni. Terus tukar topik! Hehehehe.. aku pun satu, tak nak! tak nak! Layan jugakkkk..... huhu! Tak apa, teman suka2 dalam dunia maya aje. Why aku tolak? Dia terlalu hensem! haha! segan laaa weh! Okay, memandangkan dia tu orang Ipoh, mesti punya ramai member kan? So, aku tak nak laa bila kenal dia kat luar ni pastu mesti ada member2 dia akan kenal aku kan? Nanti aku keluar kemana2 susah pulak! Aku ni jenis suka pergi tempat orang tak kenal aku. Sebab aku rasa bebas nak buat apa sahaja! Orang tak kenal kita kan, mesti diorang tak ambil peduli hal kita. So, elakkan! Kalau tak nak aktiviti sosial aku ni terganggu. hoho! 

Third,.. My classmate ajak keluar melepak dan tengok bola. Memandangkan aku ni jenis layan bola jugak, so diajak nya lah aku. hoho! Aku rasa lah kan, dalam 58 orang girl students dalam batch aku ni, aku sorang je yang suka bersengkang mata layan bola! wahahaha! Apa nak jadi entah aku ni. Hurm, tadi time tengah syok bershopping kat tesco, tetiba Izzat text ajak keluar. Mula2, nak je aku join. Yelaa, aritu pun aku cancel  nak join tengok bola daa... Tapi bila tanya dengan sape lagi, dia cakap sorang. Okay! aku nak tidur! huhu! Kalau ramai2 okay jugak. Baru syok 'berperang mulut'. Gamat lah suasana jadinya. Baru best! Kalau aku dangan Izzat berdua? Nak bual apa? bosan! *Pernah tengok bola berdua... eh, bukan berdua. Oleh sebab sampai awal sebelum yang lain2 sampai.. Jadi lah berdua! hoho! Izzat, sorry. Hurm, aku rasa ni kali ketiga aku tolak. Eh, kejamnya aku! kawan sekelas je pun! aishh! tak ape, chelsea menang malam ni! hehehe...

Haaaaa.... Yang ni paling aku tension sekali! Serius aku tak faham dengan mamat sorang ni. Adess! (tu laa, gatal sangat dok layan dulu)...  Myraa lah ni punya pasal! hoho! Aku pun satu, bagi izin kat myraa bagi je nombor telefon aku ni kat Mr. Beard tu. haaa, sape salah sape? erm, Mamat ni bestfriend Myraa kot. Tinggal sekampung plak tuuu...... Aku ada dengar cerita2 dari myraa pasal dia ni, perkara yang paling aku tak suka dengar dan kurang enak didengar. Dia ni duk mengharapkan aku, pastu kat bbm tu ada dia letak nya gambar aku. Gambar aku? Dia download kott.. entah kat mana dia ambil. Oohhh, matiiiii! Dia ni selalu telefon aku. Dulu selalu jugak bergayut dengan dia. Banyak plak kredit dia call aku.. hurmm, time bergayut dulu. Dia banyak cerita2 pasal hidup dia. Ahhh, stress nya! Tak faham betul aku. Mudah plak dia ni cerita2 pasal peribadi dia bagai. Kenal pun tak sampai sebulan. Biar betul dia ni. Pastu pulak, cerita2 dia tu banyak melerettttttt....  Mengantuk aku dengar. Dan maghrib tadi aku terima text dari dia... katanya begini

  "Sory gngu awk. lme xkecek dgn awk. mne tau lpas nie xleh dgr suara awk dh. k, salam"

aku tak tahu apa yg dia nak nga aku ni.... alahaaiiii...  6 missed call dia ptg tadi... huhu! Semuanya tak berjawab! dan mesej pom tak berbalas! Ahhh lantak ah..... Kejam kan aku ? 

Ohhh, awak, awak, awak, awak, awak..... Maafkan saya! Saya memang kejammmm! 


p/s: Aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya... Aku bukan memilih, aku bukan demand nak yang kaya2, aku bukan pandang rupa,  tapi aku nak something yang buat aku senang dan happy bila bersama. Apa orang selalu dok kata tu.... Haaaa! "Ada chemistry" macam tuuu.. baru iye~ 





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd