♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

pahit manis di negeri orang #1

Photobucket


Selamat pulang ke Ipoh! heeeee.... I miss all memories that are created here. oh eh ? haha! By the way, tamat sudah pratikal di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani selama 3minggu. Fuhhh! rasa macam baru semalam aku sampai di Sungai Petani yang mana ma ayah hantarkan. Serius masih hangat terasa pelukkan ma adik sebelum mereka tinggalkan aku di Sungai Petani tu. Ya! baru rasa macam semalam! 

Bagaimanapun, itu hanya ilusi! Kini berlalu sudah 3minggu di rantau orang. Begitu jerihnya hidup terjatuh bangun duduk sendiri. *tak ley blah ayat! haha! Yeah, thats life! Kalau selalu happy langsung takda masalah, tak best jugak kan. Macam mana nak be matured kalau gitu? That why la orang tua selalu kata, banyak masalah yang berlaku dalam hidup seseorang tu, makin banyak lah pengalaman. Kerana pengalaman tu lah mengajar seseorang tu supaya berfikir dengan lebih matang

Al-kisahnya begini,.... Alamak! tak tahu nak start dari mana. Terlalu banyak moment yang nak distorykan. Ahhh! cincai2 je. Sebab nanti aku boleh remembering balik moment tu. Kalau nak tahu satu ayat can figures out all of the moments that we make tahuuu... kan? betul tak!? betul tak!? Sama macam sekeping gambar jugak.

(Bila aku nak start bercerita ni!!!) NO ENDING, NO STORY okayyy!..

First day, kami sampai kat Sungai Petani. Uishh! biar betul jalan nak masuk ke rumah yang kami sewa (area AMBANGAN HEIGHT guna jalan yang lalu kot mahkamah). Kiri kanan ladang kelapa sawit kira2 3KM... Mak aihh! jauh tuu! Dan kalau korang nak tahu, jalan tu jugak digunakan sebagai tempat nak hapuskan bukti dimana mayat dijumpai kat jalan tu. Motif? dadah. Kisah ni seminggu sebelum kami posting.  Memang jalan tu jarang ada kereta lalu. Melainkan sebelah pagi dan petang. Orang keluar dan balik kerja guna jalan tu. So, bayangkan lah cemana keadaan jalan tu lagi lagi sebelah malam. Lampu jalan pun, just diletak kat selekoh sahaja. Scary woooo! Encik Hayazi ada cakap salah satu selekoh tu ada yang "makan orang".

Ini ada something yang memang boleh panaskan hati aku. Tapi suam2 je la. Dibilang nya cik puan tu kat member kami yang posting sebelum kami tu, katanya sewa lah rumah dengan dia. Full furniture tapi tak ada wash machine dan ada transport sekali. Bayarannya RM90. Okay! terus kami terima before kami sampai. Pada asalnya, nak sewa kat Taman Ria, double storey, full furniture dan RM60 satu kepala tapi takdak transport. Yela, kami mana ada transport so amek je la yang cik puan tu.

Tapi bila ditanya pulak cik puan tu, berapa nak bayar. Pastu dia kata RM120. Time tu parents aku ada. Diorang apa lagi angguk2 pastu bayar sebelum balik tu. Pada mulanya, aku terkejut jugak banyaknya naik, RM30 tu! Tengok bilik kami just ada tilam 5. Tapi guna 4 jela sebab space dalam bilik tu tak berapa nak mengizinkan guna semua tilam tu. Padahal master room dah tu.  Yang aku tak boleh nak terima. Macam2 cakap kat parents aku, TV pun ada tapi tak sampai lagi. Ada astro sekali. Kabinet kat dapur kejap lagi sampai la sekali dengan dapur memasak. Hahaha! ma siap pesan tahu, "hah! ada tv tu, jangan duk ngadap tv sapa dok ingat ko book laa"

Itu lah cik puan dok kata. Tapi yang duk kata2 tu satu haprak tak ada! TV? kata dah order, nanti cina tu hantar. 3 minggu aku kat situ skrin tv pun tak nampak! Astro ? apatah lagi. Kabinet dapur pun tak sampai! Yang sampai dapur dan gas tuk memasak tu je. So, memasak la kami sambil duduk mencangkung. Bila ditanya Cik puan tu pulak beriya2 suruh tanya ustaz. Ustaz? tak tahu cerita. Apa sebenarnya ni? Cik puan! duit kami RM120 tu buat apa? Takkan sewa rumah yang kata full furniture sebanyak tu bayarannya? It's not fair! Dah la apa yang duk kata2 tu tak ada!

Bukan setakat tu saja, transport nak ke hospital tu haa.. First week, waaa! best lah kan, naek innova pergi hospital. Tup tup tup! 2nd week tu, naek kereta dengan diorang laki bini. Aik? habistu Pak Tam yang selalu hantar kami tu? Just hantar tuk sementara shj. Sebab van yang ditempah ada masalah.

Dah la, first day naik kereta dengan diorang kena marah. Sebab cik puan tu call senior suruh kami keluar tunggu dekat taman permainan (tak tahu taman permainan yang mana) senang tuk dia dengan laki dia ambik. Tak perlu pusing2 ambik kami. Ohh! Dan hari first naik dengan diorang kene blebel. Sebab pergi tunggu kat tempat lain. Wehh, sapa tak bengang weh! Kami baru kat sini, mana lah tahu!

Setiap hari, terpaksa lah berjalan tunggu ditepi jalan besar. Tak pasai2 kene exercise pagi-pagi tak lebih 10minit tu. So, mestilah kene bangun awal kan? nak breakfast lagi.

Ni ada something yang buat aku rasa nak marah, sebak, bengang macam macam! Malam last nak balik ni. Kami call cik puan ni, tanya nak ambil kami dan hantar ke stesen bas pukul berapa? sekarang dah pukul 8.30 dah ni. Tetiba, "apa ni? saya tak tahu apa2 pun! suami saya kat hospital dan tak ada bagitahu saya pun. Nanti saya call suami saya." Tunggu punya tunggu dah 10minit daa. Cik puan tu tak call kami lagi. Then, aku call cik puan tu balik, "saya kat rumah ni, suami saya tak angkat fon, cuba kamu tengok ustaz ada kat rumah" .. Elok2 je buka pintu pagar, tengok bini ustaz keluar dengan kelisa. Pastu call ustaz tak angkat. Ya allah, saat tu jugak aku rasa nak mati! Tengok jam 8.50 daaa..

Apa yang terlintas kat mind aku time tu. Encik Rahimy! Call lah dia, time tu aku tak leyh nak pegang fon da bagi wawa je cakap dengan dia. Ya, aku lemah! Dah tergagap tak tahu nak kata apa daa... Tengah2 bercakap tu jugak cik puan tu call. Dia kata apa, nak hantar boleh. Hantar sampai kat hospital pastu ambik taxi. Tak ke bangang nya! Suami puan dah cakap nak ambil! kami kami ni saksi! Suami puan sendiri cakap kalau saya tak boleh hantar saya minta tolong ustaz. Tapi satu haprak tak ada inform dari suami puan! Kalau awal2 suami puan inform, tak perlu kami menyusahkan orang lain! Kami call sahaja taxi! Tapi dah terlambat!

Nasib baik encik Rahimy sudi hantar. Pukul 9.10 sampai depan rumah. Memang eloklah bas pukul 9.15. Bas Aen pukul 10.. Perghhh! encik Rahimy drift chevrolet cruz dengan gaya cool nya... (sempat lagi puji) .. Dan aku bernasib baik sebab sampai sahaja kat stesen bas, jalan jem. Jalan disekat sebab keretapi nak lalu. Berlari-lari lah kami dalam jem. Aku lari2 pastu ketuk tingkap driver bas. Encik Rahimy lari2 bawak luggage aku yang besar dan berat, Aen bawa bag yang diisi bantal dan macam2 la. Fuhh! lega aku dapat duk dalam bas. Penat berkejaran. *nak tergelak tengok encik Rahimy lari2... cool! dengan short pants cream then baju kaler hitam. Bertambah kesegakkan dia. hehe

Tengah2 melayan perasaan dalam bas tu,  tetiba ustaz call then minta maaf tak angkat call aku sebab sibuk dengan program sekolah dekat Pantai Merdeka. Ya Allah ustaz! kalau saya tahu macam tu, saya tak call ustaz. Huishh! manangis aku time ustaz call. Dia yang over minta maaf dengan aku. Sepatutnya aku! Niat dihati nak cerita pasal Cik Puan tu tapi tak sampai hati bercampur dengan tangisanku yang tak henti sudah! adehh! Lemahnya aku. Dan rasa bersalahnya aku, sebab tak bagi apa apa kat ustaz walhal terlalu banyak dia menolong kami. Serius rasa sangat bersalah. Ustaz, insyaAllah panjang umur kami turun Sungai Petani jumpa ustaz. May Allah bless you.

Cik puan? saya tak tahu nak kata apa. Janji puan hanya tinggal janji. Dan saya tak tahu nak halal kan tak duit sewa tu. Puan dan suami puan sama sahaja, Cakap besar! Saya takkan lupakan apa yang Puan buat kat kami. Dan saya sikit taknak bantu puan cari orang, sewa rumah dengan puan! Saya bernasib baik tak berada under puan time kat hospital tu. Kalau tak, tak ada la nak halal mengahalalkan ilmu tu. By the way, TERIMA KASIH PUAN! atas segala yang puan buat kat atas kami sepanjang kami kat sana.




Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd