♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

pahit manis di negeri orang #2

Photobucket


hahai! Kita sambung balik cerita pahit manis di negeri orang yep! Hak sebelum ni, Cik Saa cerita pasal geram kat orang. Geram kat orang ke? erm, tak jugak! errr... Whatever laa... Ni nak cite pasal feeling duk kat Sungai Petani pulak! huhee! (Amboihh! excited naa)

Okay! Pada mulanya, (first week kat sana) kitorang asyik duk fikir... "ermmm, macam katak duk bawah tempurung la kalo cenggini. Nak jenjalan cemana tak dak transport. Dah laa kt kawasan ni tak dak facilities , pastu pulak duk agak pedalaman. Alohaiii~"

Hahaks! Ni nak g buat pratikal kat hospital ka nak g buat sijil travel guide ni? haha! Cik Saa ni duk ja mana-mana mesti nak jenjalan. Tambah lagi kalau ada yang satu kepala, duit ada lagi syokkk! Nikmat sungguh lah hidup! Mati hidup semula pun tak apa! hehehe...

Ada satu moment yang buat aku "terkalut".. huhu! Hari yang encik Rahimy kasi motor dia kat aku. First tahu encik Rahimy nak kasi motor tu, ewahhh! sengih sampai ke telinga. Ye la, mana taknya. Boleh pergi beli makanan. Kedai jauh kot! Okay, part ni yang agak gila lah sikit! Aku ambil motor dengan encik Rahimy sambil tu suruh classmates aku 3 orang tu tunggu dan teman aku. Al-maklum laa, aku sorang ja perempuan. Motor tu encik Rahimy letak kat depan deparment fisio kat hospital tu buat pameran. Huhu! Katanya, motor tu ayah dia punya. Tapi dia jarang naik, sebab kereta kan ada.

Dah dapat motor tu, terus aku ride balik rumah. Yang classmates aku tu, aku tak bagi diorang ikut aku. Bukan apa, susahkan diorang pulak. Jalan tak sama, diorang hulu aku hilir. So, faham2 je lah kan. Bukannya dekat! Erm, tengah ride tu kan tetiba motor mati! Oihh gila mak kau! Dah la handphone duk rumah. Housemates aku semua dah balik dengan Pak Tam. Usaha punya usaha start motor tu. At last, hidup gak. Then, motor tu mati pulak buat kedua kalinya. Kali ni mati kat tengah ladang kelapa sawit! Macam mana perasaan time tu,memang tak leh nak cakap la. Dah la dua tiga buah kereta ja lalu time tu , tambah plak angjing liar 3 ekor kat depan tak jauh dari aku. Tak sampai beberapa minit, motor hidup balik! terus aku pecut tak pandang kiri kanan. Macam minah rempit oo! Erm, motor tu nak kata buruk tak jugak. Motor EX5 baru lah kan ada starter tu. Ini kes mati sebab tak de orang guna. Btway, alhamdulillah aku selamat.

First weekend yang paling best dan awesome! Haha! Tak pernah lagi aku jumpa jiran kasi je apa hak diorang kat orang yang baru dikenali. Jiran aku ni ustaz, cikgu sekolah lah lebih kurang. Dia cakap kalau nak pergi jalan2 ambil la kereta dia. Kebetulan, rumah dia ada 3 buah kereta. Satu untuk dia, satu untuk bini, satu tu buat sako! haha! So, aku apalagi? Sengih laa. Dapat jalan! Keretanya, not bad la.. Ford Laser? kereta vintage gitu. Cepat pick up taw kereta tu. Ingat pesanan ustaz "Jaga elok2 taw kereta ni, walaupun nampak lama tapi saya sayang kereta ni" hahaha! oraite ustaz!

Lastly, satu bandar Sungai Petani kami jelajah. Pergi Village Mall and Central Square. Lepak kat pusat membeli belah. Tengok wayang pastu gelak sampai tak ingat dunia. Untuk Tiga Hari memang kelakar dan agak censored. haha! Then, karaoke yang murah. RM1 untuk satu lagu. Walaupun duit hampir pokai, sempat lagi enjoy! Pastu lunch mc'D.. amboihh!

The things that make me happy, hari elaun masuk! Hahaha! Rasa macam "jutawan" kejap! Time tu masuk second week. Pastu pulak, Cik Puan bagi kereta suami dia kat kami. Dia siap amanahkan kereta tu kat aku. Fuhhh! Kebetulan pulak haritu Iman nak balik. So, aku volunteerkan diri hantar dia kat stesen bas. Biasa lah kan, "meksaa ada kereta" hahaha! Lepas dari tu, apalagi. Pizza la! duit masuk kan. huhu!
Second weekend tu pulak, kitorang pergi jenjalan. Tempat yang sama. Central square! hehe. Shopping, karaoke, tengok wayang, makan, cuci mata. huhu! Makan yang paling best! Perghh, sedap giler! Betul2 orang siam yang buat. Order tom yam, pulut mangga,. Perghhhh! Air dia sedap! Rasa orange dia lain dari yang lain kot! Tom Yam tu bea umphhhh abes! huhu
Sebelah malam pulak, jenjalan kat Ambangan Mall. Mall yang baru bukak. Hohoi! Part ni yang enjoy habis! Elok2 time tu astro buat perasmian apa ntah. Pastu ada buat karaoke, 'Luahkan bakat anda'. Elok ja, dalam group kami ada yang suara best! WAWA! Paksa dia nyanyi! hahahah! Gelak2 lah kami seolah2 mall tu kami yang punya! Wawa terbaikkkkk! 

Permintaan wawa. "Meksa, jom kita pergi Pantai Merdeka. Saya teringin nak pergi" alahaii, saya anytime on! Jom! huhu! Pergi lah kami............. TERSESAT jalan! hahaha! pukul 10.20  kat Ambangan Mall. Pukul 11.20 kat Pantai Merdeka,.. hewhew

Kuatnya berjalan. Pukul 11pagi keluar rumah, pukul 2pagi sampai rumah. Ish! ish! ish!

Minggu Terakhir kami posting.......

9/10/2012.... Hari yang best! HAHAHA! *poyo lah pulak! Petang tu kan, perghh! Tak sangka dapat drive Chevrolet Cruz milik encik Rahimy. Bravo la! (kembang lobang hidungku) hahaks! Walaupun tak sampai 15minit aku drive. At least dapat merasa ouh! haha! *jakungnya aku.. Ayat yang paling melucukan. Ini "bini" saya, elok2 "kawan" dengan dia. HAHA! hurmmm, Encik Rahimy? still single, umur 31tahun daa.. tak kahwin lagi. Kahwin dengan saya lah encik Rahimy! haha! (amboihh! ni nak harta duit dia ka.. nak dia? haha!) By the way, semoga encik Rahimy bertemu jodoh yang baik, yang dapat membahagiakan encik Rahimy.

Sebelah malam pulak, encik Rahimy belanja makan Mee udang banjir. Perghh! sedap siottt! Untungnya dalam beberapa hari tu, ustaz suruh aku guna je kereta tu. Tak payah hantar lagi. Gunalah sepuas2nya. OMG! Bea betul ustaz! haha! So, drift la aku dengan ford laser. Berlumba dengan chevrolet encik Rahimy! hakhakhakhak! 

Then, lepas tu kami pergi karok dekat pusat karakoe sekeluarga. Woooo! Kenyang makan pastu karaoke. Perghhh! enjoy habis! 

Encik Rahimy feeling habesss! haha!
Pstt! sedap kot suara dia.
Kami nyanyi dan nyanyi dan nyanyi. Pedulikan suara sedap tak sedap janji enjoy! hahaha! 2jam karaoke rasa macam sekejap jaa.. hehehehehe! First time karok dengan lelaki ada sekali. Eh, second time lah ni kira. First time dengan cousin aku time dia pergi jalan Ipoh tempoh hari. huhu! Tak leyh blah, mula2 malu nak nyanyi. Nak pegang mic pun tak nak. Last2 mic duk kat tangan nyanyi tak ingat dunia. HAHA! sampai kene tegur , "meksaa, sabar meksaa" haha! time tu nyanyi lagu Bougainvillea by Spring. Memang kene feeling lah kan! hahaha! 

Enjoy muda mudi. Around 0010a.m baru ingat rumah! hewwww!  Aishh! dah la keesokan harinya tu kerja..huhu 

10/10/2012... Moment yang takkan aku lupa! I didn't expects that thing berlaku dalam hidup aku. And that thing will make me smile like a crazy when I remember it. HAHAHA! tahu apa? tayar kereta tercabut! I'm not joking! I'm serious! Macam tak percaya kan? tapi itulah yang berlaku! HAHAHAHAHAHA! Time tu on the way nak ke hospital naik kereta Ford Laser.

Yela, selalunya aku terbaca komik tengok drama. Tapi ni betul2 berlaku kat aku. Eh, not aku. kami! Anyway, aku bersyukur sangat2 sebab tayar tu tak tercabut time aku tengah laju. Around 100kmh/j tayar tercabut boleh buat kereta terbabas tahu! Alhamdulillah umur kami masih panjang. 

Sebelum tayar tercabut, aku dah rasa macam tak sedap dengan keadaan kereta. Sebab tetiba bunyi something weird. So, aku perlahankan sikit turun 40kmh/j. Lagipun time tu mana boleh nak laju dah kereta tengah banyak sebab masing2 on the way nak pergi kerja. Bunyi tu terus terusan keluar bunyi. Bajet nak tengok nanti sampai hospital. Yela sikit lagi nak sampai kot! Lastly,.....

Elok ja, lepas potong "keto galo", tetiba drenggg kereta straight and stop statically kat tepi jalan. Dekat2 nga semak! Dalam pada masa yang sama, terkeluar biji mata aku tengok tayar sebelah penumpang depan terlompat2 terbang jatuh masuk dalam parit. Terdiam semua! 

Tengok muka kawan2 semua  nampak macam pucat dan terdiam! aku? Keluar kereta dan berjalan pergi tengok tayar kat dalam parit sambil call ustaz. Hahahah! Nak tergelak aku, ustaz apa lagi? Pom gelak jugak! Pastu dia suruh aku ambil tanyar tu. Mak aihh! kotor uniform aku! Masuk dalam parit ambil tayar dengan tanahnya yang lembik. Oh kasut ku kotor! arghhh! pedulikan! Pastu orang lalu lalang, pun tengok! Abang2 , pakcik2 takkan tengok jaaa? aihh~ Gelek2 lah aku tayar tu dengan muka sempoi bersahaja. huhu! pedulikan orang!

Kawan-kawanku duk dalam kereta ja. Aishhh! takut lagi ka? haha! Then aku, masukkan tayar tu dalam kereta pastu kunci apa dan ambil apa2 yang patut. Ustaz suruh tinggalkan kereta kat situ nanti dia ambil. Berjalan kaki lah kami ke hospital. Serius kelakar! haha! 

Aku ada mesej ustaz, minta maaf dengan apa yang jadi pastu tanya keadaan kereta. Balas ustaz "tak apa, kamu tak payah riso. Krta tu mmg patut kene jmpa doktor dah pun. Apa yang pnting kamu dan kawan2 kamu selamat". huhuhuhu! Tak tahu nak kata apa! 


p/s: Gilakan aku? hahha! sempoi.....! Pedulikan orang!  ENJOYYYYYY!

p/ss: pedulikan orang? kawan2? haha! Tak tahu nak kata apa. Siapa berkawan dengan aku tahulah macam mana aku berkawan. kaq cha! huhee





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd