♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

The truth of Happy Ending

Photobucket

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..
"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Cinta bukan milik kita. Setiap perpisahan tidak sia-sia.Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.
Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata,,,insyaAllah.♥





Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

The "best" posting

Photobucket

Hai brader! Hai sista! Hai adik! Hai Lee Min Hoo! Haaa, hai eberibodi ! haha! (ehhh.. Nak membebel apa haa

Actually lah kan, aku ni tengah berposting. Kat mana? Kat Hospital Pantai Kolumpo.(eleh action lebih) Tahu tak letak kat mana? Alaaa, dekat Bangsar berdekatan jugak dengan University Malaya. Uish! Tak tahu lagi? Nanti nampak bangunan tinggi apa namanya, Menara TM! haaa.. situlah! 

Harharharhar! Bajet semua tu! Bajet! Berlagak posting dekat Hospital Pantai (poyo) walhalnya terdampar kat sini. Oh shit! Damn! 

Now, I'm at Subang Jaya SS15 beredekatan dengan Subang Avenue dan Subang Parade (okaylaa, tak dak lah hulu ponggg) Tapi duit buleh habis sokmo, kalau tak kuat iman. hehe

Before start hari posting (21/01/13), malam tu kemain aku semangat! Tempat tinggal? No need to worried. Sebab boleh je stays hostel UM. hehu! Transport? No problem! Taxi ada. Alahai berapa lah sangat dari hostel UM pergi Hospital Pantai tu. Just only RM3 cukup laa aku dengan membe aku. Pergi aku bayar, balik dia bayar. Haa, adil! 

First day posting tu kan, malam tu aku dengan member aku, Aen stayed hostel dekat dalam UM tu. Tumpang bilik hostel sepupu aku. Wow! awesomeee biliknya. Bilik luas, katil besar waaa cukup lah keperluan untuk seorang students. Atas katil tu, aku kongsi tidur dengan Aen. Sepupu aku pulak dengan membernya. hehe! Lenaaa tido! 

Ahhh! Tapi itu semua untuk seketika cuma! Plans tinggal plans. Huh! siottt je! Nak je aku ketok kepala sorang sorang! Sape suruh buat aku bengang macam ni. Blerghh!

Pagi tuu, memang bad mood sangat. Dengan keadaan aku yang tak berapa nak sihat. Memang tak lerrr! Alih  alih, pratikal tak start lagi. Just buat kelas untuk seminggu. So, tak payah cakap banyak kami kene pergi Subang Jaya. Nasib baik tambang taxi boleh tahan jugak laa. RM15 dari UM ke Subang Jaya SS15 ni. Okay la, divided by two. hehu!

Yang ni aku nak melenting sikit! Keadaan rumah, keadaan bilik tempat yang aku terpaksa kene stays for a several days. Bilik yang aku tompang lelap mata tu, hmmm ada tiga katil single dirapatkan. Shared untuk 4 orang. Datang aku dengan Aen share pulak untuk 6orang. Bilik pulak sempit giler! Bag pakaian parking bawah katil je tak ada spaces kot. Lagi pulak, bilik tak dak tingkap! Hanya ada satu pintu keluar masuk. Tak ada safety langsung! Panas tak panas macam tu laa, nasib baik ekon still jadi. Keluar hawa sejuk sikit sikit. Memang crowded! Bayaran? RM12 satu kepala untuk sehari! Gila vavi! Baik duk hotel kalau macam tuuuuu.

Yang ni pulak tak enak didengar. Rumah tu dah berapa kali di rompak! What the hell!? Yang owner tu pun tak reti reti ke amek inisiatif buat something kat rumah tu. Okay kalau korang nak tahu dinding dekat depan rumah tu tak rapat pun dengan siling. Kalau tak perhati tak nampak sangat sebab terlindung dengan atap. Kalau tengok betul betul. Gelohong! So, boleh la orang keluar masuk dengan mudah. Pulaknya, rumah bangla kiri kanan. Bengong! 

Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Selasa. 5 hari dah "posting"! Tahu tak dalam 5 hari tu buat apa? Nak tahu? Hahahha! Honeymoonnnnn! Kome ada? tak dakkkkk.... Kami je ada! 



Best gilerrr posting! The best experiences that I never had for a long times! Fuyyyooo! Kome tak ada! kome tak ada! HAHAHA! Online, sembang, lepak, tidooooo, tengok movie. Serius best! (padahal)

Memang aku bayar mengaji mahal mahal pastu praktikal macam ni. Memanggggg! Memangg untuk ini! 


p/s: Actually aku melenting dalam ni jaaa. Kat luar watlek! Haha! Think positive bro! Thinks positive! Lives lives for the life! Hidup biar cool *hmmm* 






Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Saatku rasa goyah

Photobucket

Alhamdulillah. Usai sudah solat zuhur hatiku sedikit tenang. Ya, solat make your heart feel cool and calms. Kawan-kawan mari kita layan lagu ni......


Rapuh by Opick




Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Haihhh, syahdunya lagu ni. Bila sedih cenggini, pastu pulak layan lagu ni. Allahuuu..... Korang rasa lah sendiri bagaimana rasanya. Bertitis titis airmata mengalir. 

Ya diriku kini mula rapuh, mula goyah. Rasa begitu hinanya diri ini dimata Mu , Ya Allah. Saat ku bahagia sedikit sebanyak aku lalai dalam mengingatiMu. Saat aku berduka derita sebegini diriMu lah yang kucari. Meminta ketenangan hati, memohon petunjuk dariMu, momohon keampunanMu. 

Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Sesungguhnya aku hilang kata kata saat ini. Semoga Engkau mengerti perasaan hambaMu ini. Ku mohon padaMu.

Pagi ni mak telefon. Allahu syahdunya dengar suara mak. Pesan mak. Kata kata mak. Oh mom you make me cry mom. (Nasib baik ma tak ada kat depan. Anak mu ni tertitis air mata

"kito buke ore berado ,buke ore mewoh banyok pitis. Sada seda lah kito hanyo ore biaso biaso. Ma bui duit tu wat mu belaja. Panda panda lah guno." 

"Teko buleh belaja ni belaja lah molek. Mu tak dok pitih oyak ko ma, ma bui. Nati ma tak dok sek sok, takdok doh ore nok tolon mu. Nok harap ko kakok abe abe, sek dio pun ado tanggungan...." Serius ayat  ni tertusuk dalammmmm. Jauh kedalam hati. Maaaaa 


Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama robbayyani soghiro.

"Ya Allah, Ampunilah dosa dosaku serta kedua dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."


Perasaanku bercampur baur. Sometimes, I need someone to be with me. Someone who cares about me. Someone can cherish me. Someone who always stay by my side when Im at the worse condition. But its just in my dream. Angan semata mata. Tapi mana nak cari someone ni? 

Getting worse day by day. Ya Allah, please gives me strength. 



*Suasana petang yang hening menghibakan lagi suasana. Aku goyah! I'm not strong to lives for this life......






Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

Mungkin ini kesudahan

Photobucket


Assalamualaikum ku hulurkan dan Salam sejahtera ku ucapkan. Apa khabar semua? Ciksaa doakan yang korang sihat sihat walafiat hendakNya. AMIN (ayat bajet retis lah pulak -,-)  By the way, dah bersawang dah laman blog ciksaa nih.(Sapu sapu dan lap sikit!) Nak buat acano, ciksaa tak ada mood nak mengarang. Terlalu banyak kerja yang nak dibuat. eh? Banyak kerja? Koya je. Padahal hari hari duk melepak tak kira duk kat mana lah. huhuhu! 

Okay, straight to the point lah! Entri kali ni tak lain tak bukan kalau tak pasal hati dan perasaan. Hehehe. Yela, kat sini jelah tempat aku releases any problem that disturb my mind.

Korang korang pernah tak, bila kenal someone tu mula mula kemain payah nak kenal. Pastu bila dah kenal apa tu semua then break up atau diam sepi gitu. Pernah tak? Pernah tak? Apa agaknya korang buat ? 

I always think about this! Do all of you do like what me do? Do all of you feel like what me feel? Adehhh, susahnya bermain dengan perasaan ni kan? Lagi lagi orang macam aku ni. Mudah sangat terasa kat hati ni. Tak kiralah rasa perasaan macam mana pun. Wajib terasa! Benciiiiiiii !

That's why laaa, aku malas sangat nak kenal dengan manusia yang bernama lelaki ni. Ye, aku mengaku. Sometimes, I easily fell in love with a man at first sight. Arghh! I hate this feeling. I hate it! I hate it! I hate it damn much! I feel like a stupid lady. Stupido! 

Menyesal lah pulak kenal dengan dia ni. Dulu kemain aku buat tak layan. Memang tak layan! Dek kerana bosan tu lah aku slow slow sweet talkie dengan dia. Layan dia. Macam yang aku cerita dalam entri lepas. Keluar dengan kawan kawan dia, lepak tu semua. Once aku mula start jatuh hati tu, tiba tiba macam semua berubah! Aku tak tahu siapa yang nak disalahkan. Eh, kenapa aku nak salahkan orang lain? Patutnya aku kene cermin diri sendiri. Tapi salah satu sebabnya, munculnya salah sorang housemate aku ni antara aku, dia dan kawan kawan dia. Kenapa?

Sebab ada kawan dia tu, nak kenal dengan housemate aku sorang ni. So, kerana kawan, aku kenalkan. Percaya tak, first time kawan dia dengan housemate aku jumpa. Perghhh! Gila! macam dah kenal setahun. Hurm mungkin housemate aku ni pandai bersosial. Pandai amik hati. Dan start dari situ aku mula rasa jauh hati. Dia pun mesra dengan housemate aku. Aku? hmmmm.... 

Until diorang kenal tu, slow slow relation aku dengan dia makin sepi. Ya, sepi. Mungkin ini kesudahannya....... But, why do I have to feel like a person lost her husband? Why? Whereas, our relationship there is no such thing. Only just as a friend. HAHAHA! bodoh nya aku! gila sensorang! 

Betul lah bak kata orang. sesaat untuk kenal, seminit untuk dating, sejam untuk berpisah, selama lamanya ambik masa nak melupakan, 

Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Aku mohon padamu, tutupkan hati ku supaya tidak terjebak dengan cinta palsu dan dusta manusia yang bukan ajnabiku. Aku bermohon padaMU. Jagalah hatiku supaya tidak dinodai lagi. Aku serik Ya Allah. Aku penat , Aku lelah menanggung pedihnya perasaan itu bila dilukai. Aku tidak mahu berperasaan sebegini. Selawat ke atas Rasulullah dan keluarga baginda. Amin ya robbal alamin. 


*Bahagianya housemate aku yang sorang tu sekarang ni... Seolah olah diri ini diketepikan.....

Oh tuhan hapuskanlah rasa cintaku. Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia............. =3


Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com
diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd