♡ ♡ ♡ "What do you wanna do?" "I dun no what do you wanna do?" ♡ ♡ ♡ (。♥‿♥。)

Derita aku, hanya aku merasa.

Photobucket


Salam sejahtera. Lama benar tidak bersua. Lama sangat tidak menaip. Semua jadi kekok. Janggal. Disini aku muncul untuk menaip mencatit serba sedikit perit jerih derita hidup moga menjadi penguat semangat untuk aku dikemudian hari dan juga kepada mereka yg punya penyakit yg sama dengan aku.

Dipendekkan cerita. Aku tidak tahu apa penyakit aku. Yang aku tahu aku pekak sebelah. Mild hearing loss at the left side. Sometimes bleeding. Ada nanah. Apa yg aku buat? Didnt care about it. 

Symptom ni dah lama. Sedari aku kecik lagi. Semua orang buat endah tak endah. Ma? Ayah? Kakak? Abang? Ahh apa yg mereka tahu. "Pekok la dio nih". "Mu dengar ko dok?" . Ya Allah, hanya tuhan saja mengerti perasaan aku ketika itu. Dalam diam aku menangis tiada siapa yg tahu. Memang waktu aku kecil dulu aku aktif macam macam buat sampaikan batang kayu aku masukkan dalam telinga. Waktu kecil tu mana aku ngerti. They didnt taking care about me until now sampaikan aku besar. Dorang tak adanya nak bawa aku jumpa doktor. Tak ada. Perit.

Sampaikan satu hari aku pratikal kat Hospital Taiping. Miss Praba tahu aku ada problem. Dia yg paksa check. Itu sebab dia rapat dengan doktor pakar. Minta tolong dia. Ya Allah, aku takkan lupa saat itu. Miss Praba, baru kenal seminggu banyak sungguh pertolongan dia. Bawa aku ke klinik. Pergi farmasi. Kat situ jugak aku menangis. 
I owe you Miss Praba. Thanks for everything what you did.
Dari Hospital Taiping ke Hospital Ipoh aku follow up. Doktor bagi ubat reduced bleeding. Hilangkan nanah. Buat arthroscopy. Ujian pendengaran. CT Scan. Sendirian aku laluinya. Alhamdulillah berjalan dengan baik semuanya. Tapi aku tak tahu final diagnosed apa.
Ni la kuman yang ada kat dalam telinga.
Allah, takut tengok keadaan dlm telinga aku begini rupa
Maka tiba jua tarikh yg seperti dijanjikan. 19/3/2014.  Setelah hampir 4 bulan follow up. Ulang alik pergi hospital. Menunggu dan menunggu. Malas nak bertangguh. Taknak buat kat Kelantan. Biar je buat kat sini. Kat Ipoh. Sakit aku biar aku merasa. Biar aku yg tanggung. Buat operation ni pun ma tak tahu. Ayah je tahu. Tu pun terpaksa lah jugak sebab kalau tak bg tahu mna aku nak dapat duit kalau ada apa apa. Pastu kakak dua orang je tahu. hmmm 

Okay. Before masuk OT kononnya kuat tak nak menangis. Cool. Relax. At last, bila terbaring atas katil. Doktor kiri kanan. Ramai. Lampu kat atas tu. Keadaan tu menakutkan buat aku menangis. Menangis. Menangis. Bacaan selawat ayat ayat al quran tak mampu tenangkan aku saat tu. Yang aku tahu TAKUT. Dan MALU sebab dorang selak pakaian aku nak letak red dot bantuan pernafasan. Malu. Dalam pada doktor tenangkan aku perlahan lahan aku tidak sedarkan diri. Mereka bagi aku general anathesia buat aku tidak sedar apa apa.

Perlahan lahan ubat bius hilang kesan. Perlahan lahan aku buka mata. Allahurabbi. Sakitnya. Peritnya. Yang aku ingat waktu itu. Mati. Sakit yang tak tertanggung. Perit. Nak telan liur tak mampu. Tiub masih lagi kat hidung. Sakit yang teramat. Aku tidak sedarkan diri semula. Sampai lah aku terjaga dah dipindah wad. Pembedahan 5 jam tu cukup buat aku rasa peritnya jadi pesakit. Kata kata semangat tak mampu menenangkan mereka yg melaluinya. Ya benar. 

Sakit yg tak terluah dengan kata kata.
Lepas beberapa jam post op. Nak makan susah. Bangun apatah lagi. Pening. Nak kencing susah. Waktu aku tak tahan nak kencing. Usaha bangun sendiri. Aku nak harapkan siapa? Tiada siapa siapa disisi aku waktu tu. Ini plihan aku. Aku harus kuat. Waktu aku cuba bangun sendiri , nurse nampak aku. Dia yg tolong aku. Nurse yang hamil datang bantu aku. Tolak aku dengan wheelchair bawa aku pergi toilet. Pening kesan ubat bius tak yah cakap la cemana. Allah, kau permudahkan segala galanya bagi nurse yg hamil tu. 

Semalaman tahan dalam wad. Bosan. Setiap tiga jam nurse datang check BP bagai. Masukkan air. Ngilunya rasa. Terima kasih Bismie kerana sudi tolong. Aku nampak keikhlasan mu disini. Berbanding dengan yang lain. Aku tak merasa mereka benar benar ingin menolong. Tapi apakan daya hadirnya mereka tolong tu pun dah cukup. Hanya tuhan saja tahu niat mereka. 

Esok paginya. 20/3/2014 doktor datang bukak bandage kat kepala. Lahh, lega rasanya. Ketat sangat doktor balut. 
How it looks.Oh scarry nya!
Omaigad. Takut jugak tengok diri sendiri punya. Scarry. Oh lupa dah habis operate nak discharged baru tahu final diagnosed apa. CHOLESTEATOMA. Ketumbuhan dekat middle ear belakang ear drum. So, nak remove ketumbuhan tu kene buat Mastoidectomy. Patutlah, aku pekak sebelah. Eardrum telinga sebelah kiri loss function. Hahahahaha . 

Okay dah cacat dah aku. Boleh masuk kategori Orang Kurang Upaya dah ni. Sekarang ni pun telinga kiri langsung tade function. Hmm sedihnya. Sabarlah untuk sekejap sahaja lagi Saa. Seminggu lagi bukak jahitan. And then, seminggu lepas tu buang kain kapas yang ada dalam telinga tu. Sabar. Keep strong. Lepas ni kau boleh dengar. Insha Allah. 

Sabar. Dugaan ini semua. Kene cool. Kene chill. 


p/s: Cuti dua minggu apa nak buat. Duk Ipoh takde buat apa bosan weh. Depa ni semua balik. Cuti weekend. Hmm kesian Bismie macam terpaksa kene teman aku. Balik lah Bismie. I'm okay here. 

p/s: Ya Allah, I think I'm doing the right thing. Guide me if I'm wrong... Anything what will happens dengan penuh redha aku terima. Mungkin takdir hidup aku tertulis sebegini rupa.










Terima kasih kerana sudi baca. May الله bless you.

www.tips-fb.com

0 people pray for me ✿:

diperakui oleh Cik Saa sdn.bhd